Friday, August 26, 2011

dari penyimpan mohor besar



Ok. Next week raya. So, da leh start mintak maap mintak ampun. Mintak maap mintak ampun pada:

1. Dr Kuan, klinik panel southern steel

2. Celcom
 
3. Pengarah drama "Sebuah Keranda kayu"

4. Telekom Malaysia

5. Pemandu keta dan moto yang aku maki 

6. Pemandu keta dan moto yang maki aku

7. Kaum keluarga dan Sahabat handai


Selamat Hari Raya, Maap zahir dan batin

Sunday, August 21, 2011

Sebuah keranda kayu



Sedang aku membelek-belek channel di astro, aku terbaca satu tajuk drama / telefilem bertajuk “Sebuah Keranda Kayu”.Try tengok jap. So, aku press enter pada remote dan siaran pon berubah.


*Scene di mana si suami tengah sangap nak kawen laen. Muke aram tak hensem pon. So, kisahnye, disebabkan dia nak kawen, bini pertama beserta anak-anaknya dihalau tanpa belas kasihan..


Aku tak kire, aku nak kawen lain aku punye pasal la!!”


Abang, tolong jangan buat Piah macam ni bang..”


Aku peduli ape. Ko dengan anak-anak ko boleh blah dari rumah ni. Ko duduk la kat mane-mane pon!”


*Si bini pon menangis teresak-esak sambil merayu pada sang suami yang jackass.


Aku tergamam sekejap. What the heck punye citer. Baek la aku tengok Masterchef dari citer yang tak membina pemikiran ni.


Come on la. Honestly, ade ke orang yang macam ni dalam masyarakat kite? Nonsense.Tapi tak tau la kalau si pengarah ade experience bende yang macam ni. Yup. Selalunya cerite / movie / drama yang best terbina berdasarkan pengalaman atau latar hidup sang pengarah. Sepertimana yang dilakukan oleh Mamat Khalid, Allahyarhamah Yasmin Ahmad, dll.


Baik, kembali pada “Sebuah Keranda Kayu”. Ape yang aku boleh komen ialah: Cerita terlalu stereotaip. Tipikal. Aku boleh predict ending die. Mesti si suami yang jackass tadi ditimpa bala. Then, die merayu-rayu nak mintak ampun pada si isteri yang malang. What a story. Sikit pon tak buat aku rasa nak menangis. Bukan hati aku yang kering, tapi cerita tu yang kering. Yup, kering.


With all due respect, buat la cerite yang lebih membina. Yang lebih berpendidikan. Banyak lagi isu yang boleh dibangkitkan oleh si pengarah. Sebagai contoh, drama “Tahajjud Cinta”. Isu pembelaan wanita dalam Islam. See! This is what I meant. Cerita yang tak lari dari latar kehidupan sesetengah masyarakat kat negara kita, tapi isu yang dibangkitkan tu make sense. No wonder la aku suke drama ni. 


Drama kita perlukan perubahan. Yang aku maksudkan ialah, dari segi storyline, isu berbangkit dan of course la lakonan. Penterjemahan drama dari novel merupakan satu inisiatif yang boleh dikatakan berjaya. Tengok saja drama “ Trilogi Cinta”. Storyline dan lakonan, best. Rosyam Nor, memang takleh dinafikan kredibiliti lakonan beliau, Fauziah Gous pulak, aku suke die punye ‘innocence face’. Overall, best.


Tak dinafikan cerita air mata memang tak leh lari dari taste penontonan masyarakat kita. Tapi zaman tu dah nak berakhir. Orang punya taste penontonan yang lebih dari laki gatal nak kawen lain, anak derhaka kena pembalasan, pondok buruk, dan macam-macam lagi storyline stereotaip yang membosankan. Drama seperti “Kami”, “Ghost”, “Nur Kasih”, “Trilogi Cinta”, dan “Tahajjud Cinta” patut dijadikan contoh dalam pembikinan drama.









Please do something before sampai masa dimana cerite masak-masak biskut raya lagi best dari drama melayu..

Wednesday, August 17, 2011

tips turunkan blood pressure



Kalau korang drive selama tiga jam non-stop, then naik turun apartment nak carik rumah, for sure blood pressure naik macam orang sakit darah tinggi. Plan nak bukak pose makan McD, Seoul Garden, Nasik mamak Pelita, langsung cancel. 

Aku la orang tu..

Berdasarkan plan, datang Penang, pegi medical check-up dekat Sotong Steel, malam buke sedap-sedap, What the heck! Blood pressure naik sampai langit. Cancel terus plan yang aku rancang selama seminggu kat rumah.

So, aku mintak khidmat nasihat dari Ir. Jeli sebab benda yang sama penah jadi kat beliau, 2nd medical check-up baru lepas. Antara tips dari sang jurutera besi ni:

i.  Bukak pose jangan makan nasik, tak kire la nasik ayam ke nasik kerabu ke. Nak-nak lagi nasik ganja.. Mati kering aku tengok housemate makan nasik kerabu.. Ade lada solok, ade ikan bakar, ade telur masin.. Peh, memang best kalau dapat makan.

ii. Minum air masak banyak-banyak. Paling afdhal, air botol 5 liter. Buke pose aku telan air masak ngn roti je. Tekad punye pasal.

iii.Minum teh peria. Yummy, taste like chicken..

iv.Makan epal hijau banyak-banyak. Atas ehsan Ir Jeli, aku dapat 5 bijik epal hijau beliau. Sahur pon aku makan epal hijau.

v. Ni yang paling hardcore dan yang paling mujarab. Makan bawang putih. Raw. Takde la teruk sangat rasa die. Muntah-muntah 5 kali je. Recommendation dari Ir Jeli, makan sebijik teros, bukan seulas, sebijik kawan. Yum2..

Setelah dua tiga kali pegi toilet, kepala pening lalat, perot bebunyi-bunyi, guess what.. blood pressure aku turun.

Nicely done..




Malam ni aku nak makan puas-puas dan terawikh full..

Friday, August 5, 2011

ini cerite seram (pt. 1)



AMARAN: Entry ni panjang yop, yong.. kalau rajin, bace la..


Mak Wok memang dah lame sakit lutut. Bukan baru-baru ni aje, tapi dah lame dah. Sakit lutut Mak Wok semakin menjadi-jadi lepas jatuh di kebun semasa menoreh. Sakitnya bukan kepalang. Hanya tuhan je yang tahu beban yang Mak Wok hadapi. Mak Wok hanya mampu mengeluh bile tiba masa kesakitan lutut beliau datang.

Bukan tak ikhtiar, tapi dah macam-macam cara dah Mak Wok cuba. Urut, ubat klinik termasuklah terapi elektrik. Namun, hasilnya mengecewakan. Mak Wok dah naik fade up. Bulan Ramadhan dah tinggal beberapa hari sahaja lagi datang menjengah. Mak Wok sudah berkira-kira. Seperti tak mampu nak follow sembahyang Terawikh mahupun rewang moreh dek kerana sakit lutut.


*****************************************************************


“Kak Wok, ni Miah ade kenal sorang ni.” Sapa Makcik Miah pada Mak Wok semasa rewang kenduri Pak Mat Lalang.

“Sape?” Jawab Mak Wok ringkas.

“Die ni kire macam bomoh la. Miah kenal mase kakak Miah sakit dulu. Kene buatan orang.” Balas Makcik Miah.

“Ish, ko ni Miah! Taknak la akak jumpe bomoh-bomoh ni. Sakit lutut ni ade kaitan ke dengan hantu setan bagai ni.” Balas Mak Wok tanda tak setuju.

“Try la kak. Miah boleh bawak pegi jumpe orang tu. Miah tau rumah die mane. It’s worth trying.” Pujuk Makcik Miah lagi. Kali ni dalam dwibahasa.

“Kak tak sedap ati la Miah” Mak Wok tolak lagi.

“Jom la kak. I insist. Please.” Balas Makcik Miah.

“Ok la. Akak pegi.” Mak Wok turutkan sahaja pujukan Makcik Miah.

“Orite..” Jawab Makcik Miah.

Wednesday, August 3, 2011

bicara puase #3



Dah 3 hari aku taman anggur kat umah. So, hari ni agak bosan. Broadband celcom aku memang takleh support area rumah aku. Maybe sebab signal die banyak tesangkot dekat pokok-pokok getah mahupon pokok-pokok kelapa sawit. Awek celcom yang jual broadband tu kate coverage memang superb, tapi...indah kabar dari rupe. Lagi satu, bil dah masok. Bile aku tengok, what the heck? Punye la banyak bil tersembunyi. Aishhh, Ok, cut the crap! Kat CC ni jangan nak membebel banyak-banyak.


************************************************************************


First day puase kat umah memang terase best. Sebab.. Errr, best kot..

Teringat mase dulu-dulu, mase susah-susah dulu. Mase mak aku buat atap rumbia, mase bapak aku motong getah sambil amek upah menebas. Mase tu, bile time puase je, aku ngn adik-beradik aku tolong bapak aku dekat masjid. Bapak aku siak masjid, so, keje kemas-kemas ni memang die kene wat la. Termasuk la kitorang adik-beradik.

Tiap-tiap bulan puase, akan ade majlis buke puase a.k.a moreh. So, dah makan-makan mesti la ade pinggan mangkuk yang kotor. Kat situ la kitorang main peranan selaku anak-anak Tok Siak Masjid Kampung Menderang. Haha. Basuh pinggan mangkuk sampai habes.

Penah satu mase tu, Raja Nazrin (Raja Mude Perak) datang untuk buke puasa. So, ramai la yang datang. Yang penah datang ade. Yang tak penah datang pon ade. Yang datang dari ceruk mane pon ade. VIP, VVIP sume turun. Pinggan mangkuk die jangan cakap la. Basuh ari ni, esok pagi sambung lagi. Baru siap. Tu kire yang paling hardcore la yang penah kitorang handle.

Tapi tu cerita dulu-dulu. Sekarang dah ade orang lain take charge dah. So, kitorang sekeluarge dah resign jadi pencuci moreh. Sekarang pon life family aku tak sesusah dulu. 

Kadang-kadang bile teringat balik, aku bersyukur lahir dalam keadaan yang susah. Sebab aku leh belajar erti kesusahan. Ade orang dah biase hidup senang, so bile susah sikit, merungut. Nak sentiase senang je. Nak mintak ape pon dapat. Bile dah terbiase hidup susah, kite akan belajar menghargai ape yang kite ade. cait!!

Bak kate bapak aku...


"Bile ade duit tu beringat, dah takde kang, nak beringat ape pon tak gune.."





Renung-renungkan dan selamat beramal...





Friday, July 29, 2011

bicara puasa#2



Malam ni aku rase agak rajin. Sambil-sambil dengar OST The Borrower Arrietty, anime dari sang taiko kegemaran aku, Hayao Miyazaki. OST yang boleh layan dan sedap didengar.

Lagi kire-kire 2 hari je lagi Ramadhan bakal menjelma. As for me, macam-macam cerite dah aku dengar dari workmate berkenaan dengan puase ni. Bile tibe bulan puase, maka akan tertubuh satu group or persatuan di kilang aku, yakni, "GENG PLASTIK HITAM"..

Geng Plastik Hitam??..Yes, Geng Plastik Hitam. Die macam orang yang jual pirated CD la. Mane ade orang jual pirated CD dalam plastik clear. Semua hitam. Sebab? Nak sorok ape yang ade dalam plastik. Government said: PIRATED CD IS ILLEGAL. Same goes to fasting period, EATING IS NOT ALLOW DURING DAY. So, method plastik hitam digunakan untuk sorok ape yang nak disorok, which is in this case, ermmm boleh fikir sendiri kot..... haha



:
:
:
:
:

Harap aku tak tergolong dalam golongan Geng Plastik Hitam....

Thursday, July 21, 2011

suatu cerita di pagi hari



Pagi ni agak berkabus, atau berjerebu. Aku pon tak pasti sama ada kabus atau jerebu. Seperti pagi-pagi biasa, aku bergerak menuju ke kereta kancil bernombor pendaftaran AFD 154. Panaskan enjin, kibas-kibas pelapik kaki, dan meihat keadaan sekeliling. Lengang. Mungkin ramai yang sudah bergerak menuju tempat kerja masing-masing. Atau mungkin masih dibuai mimpi. ‘Ah, not my concern’. Aku menarik nafas panjang. Menghirup udara pagi. ‘Isk, tak sesegar seperti di Sungkai’. Getus hatiku. ‘Kawasan perindustrian la katakan’.

Kelihatan pintu pagar jiran sebelah terbuka luas. Miss-hot-with-short-skirt dilihat keluar sambil memeluk seekor…. ‘Aw man, anjing ni dah kluar pulak dah!’ bisik hati aku. Bersaiz kecil, berbulu umpama karpet pakistan, berbaju vase dan bertaring tajam. Satu-satunya watak antagonis yang paling dibenci seisi rumah aku. Villain yang suke menyalak dan mengejar macam nak makan orang. Villain yang suke kencing merate-rate termasuklah dekat tayar kereta aku beserta rakan housemate yang lain. What a total badass!

Aku berdiri ditepi kereta. Kalau-kalau si anjing datang nak memancut, seriously aku sembelih buat sup bagi orang Myanmar makan. Kalau die menyalak, aku pijak muke die sampai jadi belacan. Kali ni aku serious. Tatkala Miss-hot-with-short-skirt lalu dihadapan aku, aku usha tajam si anjing. Die balas balik aku punye usha. ‘Grrr, ko ingat ko kuat, hah budak gemok?’ Agaknya ini yang  difikirkan si anjing terhadap aku. Kurang ajar nampaknya si anjing ni.

Aku angkat jari hantu kasi tunjuk sama ini anjing. Dengan tak semena-mena, si anjing melompat turun dari pangkuan Miss-hot-with-short-skirt berlari sambil menyalak sambil tarik muka ketat sambil menjelir lidah. What the heck! ‘Datang sini kalau ngkau anjing jantan!’ aku menjerit dalam hati. 

5 meter. 

4 meter. 

Nak pijak jadi belacan ke nak sembelih buat sup. 

3 meter. 

‘Bring it on wahai syaitan bertopengkan anjing!’ Aku menjerit lagi… Dalam hati. Miss-hot-with-short-skirt buat tidak tahu je dengan anjing beliau yang hilang kawalan ni. 

2 meter.  

 ‘Aisey, nampak ganas lak anjing ni’. Bisik hatiku. 

1 meter. 

Lutut dah mule menggeletar. Peluh dah mula menitik.

Alamak!!

Berdesup aku lari masuk dalam rumah. ‘Cilanat punye anjing’. Dari jauh aku tengok si anjing tengah tersengih-sengih sambil angkat sebelah kaki menghala tayar Goodyear AFD 154 aku. Dan… Bermandikan air kencing lagi kereta aku pagi ni. Aku tengok si anjing buat muka puas sambil tunjuk ‘thumbs down’ padaku. Kurang ajar betul. Serious.


‘Jaga ngkau makhluk kencing..’


‘Esok aku beli klorofom. Aku pengsankan ngkau..’


‘Aku kencing atas muke ngkau….’












**ini hanyalah rekaan semata-mata. takde kaitan dengan yang hidup ataupon yang mati..