Time kasih Lina, even birthday aku belom pon tibe lagi :)
Thursday, March 29, 2012
Thursday, March 22, 2012
beriyani paha kambing Puncak Mutiara Kg. Pelet ~ a magnificent culinary experience
Disebabkan kualiti gambar yang direkod k770i aku tak berape nak awesome, ahh, pedulik la kan, kire boleh je la layan gambar gambar yang berjaya menaikkan nafsu makan aku ni..
Air feveret aku: jus nanas..ok la, tak berapa nak awesome.
labels:
makan
Monday, March 19, 2012
movie review: bunohan ~ si pembunuh, si tamak dan si peninju
Alkisah Bunohan,
Sekiranya kamu kamu peminat kipas-susah-mati Adnan Sempit 1 dan 2, Cinta Kure Kure, mahupon Karipap Karipap Cinta, tolong la jangan tengok cerita ni. Kalau tengok jugak, tolong jangan post komen dekat FB, "bapak bosan tengok bunohan", "bunohan equal zzzzzzz", "baik aku tengok cinta fotokopi dari tengok bunohan", dsb. Bunohan adalah filem berat yang requires kite untuk berfikir dan figure apa yang hendak disampaikan oleh si pengarah. Bukan seperti filem filem tahap junk seperti Cuti Cuti Cinta dan yang sewaktu dengannya. Arghh, aku malas nak kutuk filem Ahmad Idham. Tak berbaloi. Aku tak paham kenapa orang boleh berpusu pusu tengok Hantu Bonceng berbanding Songlap, mahupon Pisau Cukur. Ahh. Kalau aku berpeluang, aku mahu tonton Bunohan untuk kali kedua (nak bagi paham lagi).
Kalau nak disampaikan dalam bentuk yang senang, Bunohan mengisahkan tentang 3 beradik. Ilham (Faizal Hussein), si pembunuh upahan, Bakar (Pekin Ibrahim), si pemaju hartanah, dan Adil (Zahiril Adzim), si peninju tomoi. Adil terlibat dalam perlawanan tinju haram yang mempertaruhkan wang, nyawa dan maruah (aku suspek) tapi beliau hampir tewas dan terbunuh. Namun, Adil sempat melarikan diri bersama kawannya menuju ke Bunohan, perkampungan di Kelantan yang berhampiran dengan Thailand. Ilham diupah untuk membunuh Adil. Ilham tidak pernah mengenali adiknya.
labels:
movie review
Wednesday, February 29, 2012
oh, blue sands
Oh, blue sands..
Aku sangat suke lagu ni :)
Lyric version
Live version yang sedap untuk didengar
Warning!!: Sila dengar lagu ni sampai habis. Kalau setakat separuh jalan baik tak payah. Sekian~
Friday, February 24, 2012
ketidak-adilan sejagat
Di suatu petang yang hening, aku, dengan berbaju T berseluar track berselipar jepun menuju ke Alpha Romeo 660 yang aku park di tempat parking yang sangat awesome, bawah bumbung jiran. Tujuan aku hanya satu: beli pak tongkol yang paling awesome penah aku makan, pak tongkol Perda. Best in the world..
**************************
"Kejadah mende la pak tongkol tu?? pakciknye fendi afifi ke???"
Let me explain about this pak tongkol. Pak tongkol Perda ni memang terbaik. Dulu mase aku kecik kecik dulu, mak aku selalu belikan aku burger singgit dekat pasar malam. Rase die ok la. Bese la, singgit. Kalau nak sedap lagi, beli la burger dekat kedai Pak Mat kedek tu. Name pon kedek, memang mahal la burder die jual. Tu yang aku bengkek je bile beli kat kedai die. Adoi la..
Aku tau macam tak berapa nak menjawab soalan kan. Terime je la!!
***************************
So, dengan lesen kompeten aku, aku drive ke Perda dengan penuh berhemah. Berenti time berenti. Jalan bile time jalan. Awesome tak aku..
Thursday, February 9, 2012
Tuesday, February 7, 2012
aku pencinta alam: empangan muda ~ day 1
Kami dimaklumkan bahawa perjalanan dari jeti Tasik Muda menuju hulu Sungai Kecil cuma mengambil masa dalam beberapa jam. So, aku terfikir maybe 3 4 jam. 5 at most. Tapi ternyata meleset. Dari jam 1130 pagi bertolak dari jeti menaiki bot, sehinggalah jam 715 petang baru sampai ke hulu sungai. 7 jam wa cakap lu..
Perjalanan menentang arus sungai yang cetek dan berjeram memang menduga mental dan fizikal. Kami memang perlu bekerjasama sepenuhnya dengan Joki (driver) bot untuk tiba di hulu sungai. Tiba di tempat cetek atau jeram, semua turun dan tarik bot. Bende ni la yang kami buat untuk 4~5 jam dari total perjalanan 7 jam tersebut. Memang penat..
Seawal jam 7 pagi bertolak menuju Sik, Kedah
Geng pencinta alam 1: Jeli
labels:
pencinta alam
Subscribe to:
Comments (Atom)




