Wednesday, February 29, 2012

oh, blue sands



Oh, blue sands..

Aku sangat suke lagu ni :)

Lyric version

Live version yang sedap untuk didengar


Warning!!: Sila dengar lagu ni sampai habis. Kalau setakat separuh jalan baik tak payah. Sekian~

Friday, February 24, 2012

ketidak-adilan sejagat



Di suatu petang yang hening, aku, dengan berbaju T berseluar track berselipar jepun menuju ke Alpha Romeo 660 yang aku park di tempat parking yang sangat awesome, bawah bumbung jiran. Tujuan aku hanya satu: beli pak tongkol yang paling awesome penah aku makan, pak tongkol Perda. Best in the world..

**************************

"Kejadah mende la pak tongkol tu?? pakciknye fendi afifi ke???"

Let me explain about this pak tongkol. Pak tongkol Perda ni memang terbaik. Dulu mase aku kecik kecik dulu, mak aku selalu belikan aku burger singgit dekat pasar malam. Rase die ok la. Bese la, singgit. Kalau nak sedap lagi, beli la burger dekat kedai Pak Mat kedek tu. Name pon kedek, memang mahal la burder die jual. Tu yang aku bengkek je bile beli kat kedai die. Adoi la..

Aku tau macam tak berapa nak menjawab soalan kan. Terime je la!!

***************************

So, dengan lesen kompeten aku, aku drive ke Perda dengan penuh berhemah. Berenti time berenti. Jalan bile time jalan. Awesome tak aku..

Tuesday, February 7, 2012

aku pencinta alam: empangan muda ~ day 1



Kami dimaklumkan bahawa perjalanan dari jeti Tasik Muda menuju hulu Sungai Kecil cuma mengambil masa dalam beberapa jam. So, aku terfikir maybe 3 4 jam. 5 at most. Tapi ternyata meleset. Dari jam 1130 pagi bertolak dari jeti menaiki bot, sehinggalah jam 715 petang baru sampai ke hulu sungai. 7 jam wa cakap lu..

Perjalanan menentang arus sungai yang cetek dan berjeram memang menduga mental dan fizikal. Kami memang perlu bekerjasama sepenuhnya dengan Joki (driver) bot untuk tiba di hulu sungai. Tiba di tempat cetek atau jeram, semua turun dan tarik bot. Bende ni la yang kami buat untuk 4~5 jam dari total perjalanan 7 jam tersebut. Memang penat..

Seawal jam 7 pagi bertolak menuju Sik, Kedah 

Geng pencinta alam 1: Jeli 

Friday, February 3, 2012

aku pencinta alam: empangan muda (pre-post)



Kembara geng pencinta alam kini sedang bersiap siap untuk mempastikan segala barang sudah disediakan. Meh aku check :

1.  Baju selai dua 
2.  Suar selai dua
3.  Topi
4.  Boxer
5.  Torchlight (bateri pulak tak beli lagi..adoi)
6.  Joran
7.  Kamera
8.  Losen mustajab pati halia..
............

So, malam ni akan bermalam di rumah sarzli the photographer-with-the-big-as-hell-lens. Esok, dijangka bertolak dalam jam 0630 pagi.

Tomorrow gonna be a big day..

Get ready, Tasik Muda, Kedah..


Friday, January 27, 2012

movie review: 50/50 ~ kisah sakit yang tak buat aku mengerut hidong





I wish you were my girlfriend..

..... Girlfriend can be nice

Movie ini ber'genre' drama komedi. Ade sedih, dan komedi yang tak melampaui level gelak tahap movie Razak Mohaideen. Dan juga Ahmad Idham. Oh, nak ingatkan. Ni adalah based on true story. Bukan Hasan Mutalib yang tulis.

Alkisah 50 / 50

Adam merupakan seorang lelaki normal yang ade awek tapi relationship depa macam suam suam kuku, seorang member yang kaki pempuan, dan mak pak yang jarang dihubungi. Kehidupan die normal je sampaila ke satu hari dimana die mendapat tau bahawa die menghidap kanser yang sangatla rare.

Dalam die punye fight nak melawan kanser tersebut, awek die pulak layan balak lain. Betambah frust dan pressure la si Adam ni. In the mean time, member Adam, yakni, Kyle, tidak mahu menjadikan kanser tersebut membuatkan member die down dan mandom. So, die bagi idea botakkan kepala dan jadikannye point untuk mengorat awek. Adam juga bertemu therapist mude bernama Katherine. So, ape jadi seterusnya pada Adam. Hidup ke mati? tengok la sendiri, yop dan yong sekalian..

Thursday, January 26, 2012

kenapa aku suke kerja aku



Post: M & E Engineer

1.   M & E engineer is equal to maintenance engineer. Tugas M & E ialah menjaga dan troubleshoot segala mesin baik dari segi mekanikal mahupon elektrikal. Dengan kata mudah, hands-on job. Aku memang suke hands-on job, dan aku rasa sepatutnya, sejak dari awal lagi aku patut masuk team maintenance (so, takde la asyik lompat company je).

2.    Aku punyai basic mekanikal yang tak berapa kuat, tambahan lagi ilmu elektrikal, memang aku paling tak suke. So, involving myself into this kind-hands-on-job membolehkan aku menajamkan ilmu mekanikal aku, disamping mempelajari ilmu elektrikal. Mechanical stuff: Hydraulic system, chiller system, motor system, mechanism, tools, electrical stuff: inverter, switch breaker, relay, phase, etcetera etcetera.. Banyak benda aku boleh belajar dari kerja aku. Sedikit sebanyak, aku, sedikit demi sedikit menjadi agak minat pada ilmu elektrikal, even kadang kadang serabut. 

3.     Kontranya M & E department ni ialah: bila ade kerja, memang sungguh ade kerja. Tapi, bila takde kerja, makanya, menjadi ulat ulat bertebaran mencari perlindungan. So, disini, workplace memainkan peranan. Kerja site memang panas. Tangan dan muke aku memang dah makin gelap. Tapi, mencari port mengulat, memang banyak. 

Ok, aku compare area kerja kilang dengan area kerja site, dalam kes aku, laut. Kilang (mengambil pengalaman aku bekerja di Soon Soon dulu): close area, yakni, pusing pusing, jumpe balik benda yang sama. Environment yang tak best. habuk dan lain lain. Site: Open area, banyak tempat boleh lepak / explore. Environment yang best. Still ade sikit sikit habuk, tapi, bayu laut boleh cover semua habuk tu. Senang cerita, aku tak rasa pressure pon kerja dalam site. Well, kecuali kerja melambak la.

4.    Ni lebih kepada peribadi. Kerja jadi lagi best bile workmate kite best, dan, workmate aku memang best...So, best la keje aku :)

Sekian..


Launching girder

Atas permintaan, aku tambah sikit gambar2 site keje aku..