Wednesday, January 18, 2012

movie review: minah tu bukan tomboy, der!




Gambar hanya hiasan. Tajuk pon aku tak sempat nk photoshop. Tajuk sebenar die "Minah tu bukan tomboy, der!"


Disebabkan aku sudah lama tak update dan entry latest aku macam ptuii, makanya, aku akan buat review movie ni.

Alkisah Minah tu bukan tomboy, der!

Da name tajuk pon da ade tomboy, mesti la ni cerita pasal tomboy. Alkisah Sapeah seorang gurl yang hilang arah tuju kejantinaannye dan menjadi tomboy.

Hmmm...

Aku rase malas pulak nak continue review movie ni.. Sekian...




Sunday, January 8, 2012

kenape aku masih pakai henset zaman firaun



Rosalinda dan Margarita

"Orang sekarang ni dah tak pakai handphone yang tekan tekan button ni. Semua touch screen. Smart phone beb!"

"Ko ni, ketinggalan zaman la." 

"Pegi duduk bawah tempurung sane." 

Pegi mati la orang nak pakai ape. Bagi aku, aku masih guna handphone based kepada keperluan, dan bukan kehendak. Keperluan untuk texting dan calling. Nak surf internet? ape sangat la yang aku nak bukak selain FB. Tipu la kalau kate nak bace paper online dekat handphone. 

Friday, December 16, 2011

movie review: songlap




Takkan la aku nak kencing mamat hensem macam engkau ni Man..

Aku memang tunggu movie ni untuk keluar pawagam. Satu, sebab TONTON yang recommend. Dua, sebab pengarah die merupakan pengarah Kami The Movie, which is one of my favourite malay movie so far. Tiga, Saheizy Sam tak lagi bawak watak bodoh ala ala 'Kongsi'. Empat, bukan Ahmad Idham mahupon Razak Mohaideen yang mengarahkan filem ni. Tu aje..

Alkisah Songlap:

Songlap mengisahkan Am (Sam) dan Ad (Shafie) yang merupakan dua beradik terlibat dalam satu sindiket penyeludupan manusia iaitu: jual bayi anak luar nikah dan jual mak bayi jadi hookers (aku rase). Sindiket ini diuruskan oleh seorang wanita bergelar 'Mama'. 

Am merupakan kaki judi yang menggunakan wang hasil kerja mereka untuk berjudi. Manakala, Ad mengimpikan kehidupan yang lebih baik. Apabila Hawa (Sara), adik kepada Razak (kawan baik Ad yang mati sebab drug overdose), hamil anak luar nikah, Ad menjadi terdorong untuk menyelamatkan dirinya dan juga Hawa serta bayinya.

Monday, December 12, 2011

selamat mengakhiri zaman bujang!




Aku terase seperti an ass sebab tak datang majlis walimatul'urus seorang kawan, Chu, semalam. Bertimpa timpa rase teruk lagi sebab rumah sewaan aku amatla tak jauh dari tempat kejadian. Damn it!

Segala kesulitan amat dikesali. 

Gambar dicuri secara senyap senyap dari Ahmad Azli..

Anyway, selamat mengakhiri zaman bujang kepada Chu dan Khairul.. To my friends, i promise to make it next time for you guys.. 

Thursday, December 1, 2011

Tuesday, November 29, 2011

Monday, November 28, 2011

movie review: misteri jalan lama



Suatu ketika dulu, bile aku tonton Buli Balik, Sumolah, mahupon My Spy, aku boleh nampak similarity dalam gaya arahan Afdlin Shauki. Tapi, bagi Misteri Jalan Lama, surprisingly, sangat berlainan dari hasil keje beliau sebelum ini. Teknik kamera, gaya penceritaan. Semua tampak baru dan fresh. Peningkatan yang positif dari beliau.

Alkisah Misteri Jalan Lama:

Indra (Hans Isaac) dan Illya (Que Haidar) merupakan adik beradik yang sangat berlainan dari segi sikap dan penampilan. Indra merupakan pelumba kereta yang banyak berhutang, manakala Illya anak yang patuh pada bapanya. Suatu hari, bapa mereka (Tamimi Siregar) maut dalam kemalangan sewaktu pulang melalui jalan lama menuju kampung halaman.

Indra diberi tanggungjawab untuk membawa Illya pulang melalui jalan lama atas arahan bapanya dengan ganjaran, beliau mendapat seluruh harta bapanya. Arahan bapanya jelas, menghantar Illya melalui jalan lama.

Nasib tak menyebelahi mereka, kereta mereka dicuri dan mereka bertemu kaum Nian. Di situlah segala gala mengenai sejarah silam Illya terbongkar. Jeng jeng jeng.