Thursday, November 3, 2011

aku pencinta alam: bukit hijau



Sedang aku membelek2 gambar time di USM, aku terjumpe gambar aktiviti pencinta alam yang tidak dipost di blog. So, ini la die Bukit Hijau: perkelahan sempena minggu study week third year....




Dek kerana gambar2 lain adalah amat tidak proper untuk tontonan umum terutamanya anak anak kecil, makanya, nikmatilah pemandangan langit biru yang indah serta hijau alam flora fauna.

Tuesday, November 1, 2011

penangan cuti raye korban



Pagi ni, aku bangun dengan attitude yang teramatla malas untuk ke kerja. Terase berat satu badan nak bangun. Sungguh tak produktif aku pagi ni. Ape yang ade dalam otak aku hanyalah..

"ciss, hari ni rabu dah..lagi 2 hari nak balik kampung.."

Tapi aku kene fokus, so, aku kerahkan tulang empat kerat aku ni ke keje walau dengan semangat yang tak berape nak berkobar.

Drive ke tempat keje.

Scan jari.

Pakai safety helmet.

Tengok jam..


"baru 8.56 pg.."

"eh.."




"baru hari selase rupenye.."




"ciss..."




...................................................................................................


home sweet home. hari jumaat ni aku jumpe ngkau, wahai rumah..

mentaliti seorang pekerja



Sudah genap dua bulan aku bekerja dalam bidang food industry ni dan bermacam ragam lagak perangai yang aku lihat, perhati dan telan. Tugas sebagai jurutera bukan sekadar setelkan kerja yang dibagi bos dan pihak atasan, tapi turut bertanggungjawab meng'control' anak buah, orang bawahan.

"aku buat kerja tara gaji 600 je r. tu bukan keje aku.."

Satu mentaliti yang pada aku amat 'sakit' dan annoying. Aku paling anti kalau soal gaji dibangkitkan dalam penyelesaian keje. Bekerja untuk duit semata, bukan untuk maju ke level yang lebih tinggi, atau untuk merubah nasib bangsa, jauh sekali. 

Tak kisah pada pandangan orang. Tak kisah pada pandangan Ah Chong dan Raju. Tak kisah pada satu impression; takleh pakai punye melayu..

"aku taknak buat keje assistant miller, aku nak buat conditioning je.."

Aku pernah terfikir untuk propose keje secara giliran pada assistant miller dan condition-man. Ya, supaya both asst. miller dan condition-man boleh buat kedua dua keje.

Dan, bos terlebih dahulu membuat keputusan untuk laksanakan sistem ini sebelum sempat aku propose. Ternyata, memang mereka liat dan keras kepala. 

Pada hemat aku: mereka ni tak punya fikiran untuk berubah, atau malas untuk berubah. Terlalu selesa dan 'naik lemak'. 

Aku tahu aku masih mentah dan hingusan dalam bidang kerja ni. Ya, sape yang nak dengar cakap budak budak. 

"aku memang tak puas hati betol dengan bos ***** tu.."

Bile depan mata, 'ya bos', 'baek bos', 'setuju bos'

Time bersembang memang best, boleh jatuh langit kalau dengar die bersembang. Time suruh buat keje, macam macam la alasan die bagi.

...................................................................................................

Ya, memang susah dan mencabar untuk handle orang bawahan yang sebegini. Aku tahu mereka makan garam dulu dari aku dan aku masih cetek ilmu kerja berbanding mereka. Masih banyak lagi yang aku belum teroka dan belajar.

Dan sebab itu, aku selalu set minda aku,

"satu hari, aku nak ubah mentaliti depa ni.."


Sunday, October 23, 2011

hayao miyazaki, ghibli studio and a great masterpiece



Hayao Miyazaki dan Studio Ghibli tak pernah menghampakan aku dalam penghasilan animasi yang pada aku far exceeding certain real action movie. A great masterpiece. Ya, aku layan animasi, anime.Good film can come in any form of presentation. 

Bermula dari Nausicaa of The Valley of The Wind (1984) sampai lah ke The Secret World of Arietty (2010), ternyata tak pernah mengecewakan aku. Pada aku, mungkin disebabkan oleh:

i. Tema filem yang ditunjukkan dengan kuat sekali. Sama ada family, nature, love, child memory, fantasy dan sebagainya. Sesetengah filem terumbang ambing dalam penyampaian temanya. Tetapi bagi filem filem Hayao Miyazaki, it's almost perfect. Flawless. Lihat sahaja dalam Princess Mononoke, tema kasih sayang, nature disampaikan dengan jelas sekali. Aku tak perlu nak perah otak untuk mencari tema ape yang disampaikan.

ii. Character yang menarik. Adventurous and ambitious. Ekspresi wajah yang menggambarkan dilema, kebencian, suka, cinta dan sebagainya disampaikan dengan baik dan bagi aku, menusuk. Watak Chihiro dalam Spirited Away menampakkan kanak kanak manja yang struggle untuk survive dalam dunia dewa dewi yang mencabar. 

iii. Detail dalam setiap movement yang tampak terperinci dan kemas.Seperti air, angin, bayang bayang dan sebagainya. Ia secara tak langsung menghidupkan lagi filem filem tersebut.

iv. Mesej yang disampaikan sampai ke pemikiran penonton. Mesej penjagaan alam, mesej kasih sayang, dan sebagainya. Kadangkala mesej yang disampaikan itu simple, tapi diterjemahkan ke dalam bentuk yang magnificent dan cantik.

v. Plot cerita yang terkawal rapi. Jauh panggang dari api kalau nak compare dengan Hantu Bonceng, jalan cerita yang messy sampaikan aku tertanya tanya ini cerita pasal hantu atau kisah cinta yang memualkan atau kisah nasi kangkang yang pathetic. Ini yang terjadi kalau plot tak dikawal.


Lain orang lain pendapat dalam pentafsiran sesebuah filem. Ada orang kata Transformer best tahap gaban, tapi bagi aku, sikit pon tak menarik minat. It basically depend on ur taste urself.




  




   

Friday, October 21, 2011

target!



Ape target kamu dalam hidop ni? Ha, kamu la! Ye, kamu yang tengah duduk depan laptop tu. Sengih pulak. Ok, ape target hidop kamu?

Kite flashback balik zaman sekolah rendah dulu. Bile ditanya cita-cita, skema jawapan yang wajib dijawab adalah: doktor, jurutera, polis, bomba, dan juga cikgu. Then, masuk sekolah menengah. Cita-cita menjadi advance seiring dengan masa dan pemikiran kite. Jurutera petroleum, doktor gigi, bisnessman, dsb. Well, takde salahnye untuk mempunyai cita-cita. Target. Cita-cita ni mendorong kita untuk berusaha keras. Dalam konteks student; belajar sekerasnya untuk mengejar cita-cita ni, skor dalam exam, masuk universiti/maktab dan menggenggam segulung degree/master/pHD.

Kite tengok pulak satu lagi level dimana cita-cita dah pon tercapai. Jurutera, doktor, cikgu, et cetera. So, ape target kalian sekarang ni?

Jawapan skema yang selalu kite dengar ialah: nak berjaya dalam hidup. Biasa. Tipikal. Do elaborate what kind of success that u wanna be? Ade rumah besar, bini cun, anak melambak, kereta besa bagak, dan duit yang melimpah ruah. Adakah ini pengertian "berjaya" itu?

Atau..

Berjaya dalam kerjaya: menjadi manager, membangunkan company sampai ke peringkat tertinggi. Kalahkan company pesaing. Besarkan company. Bangunkan branch keseluruh dunia. Adakah ini pengertian "berjaya" itu?

Atau..

Punyai hidup yang serba serbi lengkap. Cukup kadar makan minum. Punyai keluarga yang bahagia. Punya kebolehan membantu mak ayah adik beradik. Rumah yang selesa. Hidup yang tak berlebih lebih. Adakah ini pengertian "berjaya" itu?


Well, kalau tanya aku, aku sendiri pon tak tahu. Pada pendapat aku, target itulah yang akan memimpin kite untuk berada on the right track. Hidup tanpa target hanya membawa kita ke satu mindset; "adoi, malasnye nak pi keje","arini ponteng keje sedap jugak", dan "bestnye hidop time study dulu". Yep, tak akan membawa kite ke mana-mana.

Back to the whole point, ape target hidup kite?

So,


Ape target hidup kamu??

Thursday, October 20, 2011

mentaliti si manipulasi



Seberang Flourmill merupakan salah satu cabang dalam Soon Soon Group di samping Soon Soon Oilmill dan Soon Soon Feedmill. Soon Soon Feedmill menghasilkan makanan haiwan seperti dedak dan pellet. Manakala, Soon Soon Oilmill menghasilkan minyak masak dan Seberang Flourmill menghasilkan..well, of course la tepung. 

Well, Seberang Flourmill mempunyai plant yang berfungsi menghasilkan tepung dari gandum. Dan plant ini ditunjangi oleh Plant Manager yang bijaknya, mak ai, dari Kedah ke Johor, patah balik pusing ikut Terengganu sampai ke Kedah balik, semua orang tahu tahap kebijaksanaannya.

Kata-katanya keramat. Maka betullah segala tutur kata dan arahannya. Kuli adalah salah, Plant Manager adalah betul. Kuli buat salah, Plant Manager kata salah salah. Kuli buat betul, Plant Manager cari salah. Maka dengan itu, memang sah dan tentunye ke'betul'an Plant Manager itu.

Plant Manager ada tag-team yakni, QC Manager. Segala keputusan adalah sudah tentunya betul datangnya dari Tag Team ni. Jangan gatal buat keputusan sendiri, Tag Team akan cantas. Tag Team memang tak boleh dan taknak dengar pendapat kuli kuli sebab kuli tak pandai, Tag Team pandai.

Tag Team bercadang nak kekalkan jawatan mereka sampailah ke titisan terakhir. In the mean time, kuli kuli muda yang berharap membawa perubahan boleh simpan hajat sehingga sampai masanya. Sebelum sampai masa itu, kuli kuli kena redha...



Ya, ini lah die mentaliti si manipulasi..

Wednesday, October 19, 2011

kerja boleh jadi best, kalau..



Kerja boleh jadi best, kalau..

1st: 
Of course la kalau ade keje yang nak dibuat. Tambahan lagi keje tu sememangnya sebati dengan daging tulang urat selangka kita. Kan. What point kalau datang keje tapi menganga je. Diri sendiri sakit hati, orang tengok kita pon sakit hati. Bagi aku, dibayar gaji tinggi mane pon, kalau keje (tugas) takde, ia secara tak langsung merupakan seksaan secara mental. Terasa bosan. Terasa biol. Terasa useless. Awkward, dan segala macam negative expressions.

2nd:
Bende yang kita suke. Ada yang suke mesin. Ada yang suke projek. Ada yang suka site job. Ada yang suke hands-on job. Ada yang suke keje cakap-cakap. Dsb. Tapi, aku sure seramai 55% yang tak suke keje die, tapi still keje. Ok, maybe aku over-judge. Maybe takde la teruk sangat. Maybe ade yang suke keje die, tapi ade benda picisan yang buat die tak suke keje die. Contoh, keje repair mesin, suke, tapi kene datang keje 6 hari seminggu plus kene buat OT 20 jam, tak suke. Contoh, keje cakap-cakap, best, tapi kene maki hamun dengan bos plus kene luku dengan customer, tak best. 

Aku dah lari tajuk rasenye...

3rd:
Bos yang kewl. Contoh bos yang tak kewl: selalu sangat datang awal, so kene la pagi-pagi buta rushing nak sampai sebelom bos. Contoh bos yang kewl: selalu pegi outstation, selalu datang lambat, selalu tak buat meeting, selalu layan anime. 

Ok, aku merepek dah..

Bos yang kewl ialah bos yang pandai ambik hati dan pandai berinteraksi dengan kuli-kuli die; dengar pendapat kuli die, even kuli tu yang paling kuli sekali; ambik berat hal ehwal kuli die; suke open table (belanje); dll. Ade ke bos yang macam ni. Mengarut. Ok, aku melebih lagi. Maybe ade jugak bos yang macam ni.. tapi....

never mind..

4th:
Increment dan bonus yang tinggi melangit. Secara tak langsung, akan push kita untuk buat yang terbaek banget-banget. Ok, maybe bukan yang terbaek banget-banget. Push kita untuk buat yang bagus. Increment yang ciput dan bonus 1/10 sebulan gaji bakal mengundang pekerja lompat kilang/company sepertimana mereka-mereka yang lompat parti. Kemungkinan besar parti lama tak bagi elaun minyak dan elaun duit poket menyebabkn lompat parti. 

5th:
Ada connection dengan pekerja yang lain. Ni bukan broadband connection, tapi connection dengan worker yang lain. Kite akan rase best bile orang senyum bile bertembung dengan kita. Orang senyum maknanya die suke kite. Suke bukan maksud 'suke' yang tu. Tapi.. suke. Bile rase best, diri sendiri pon rase semangat buat keje. Bayangkan kalau betembung je, tarik muke ketat. Mesti pop dekat kepala kite, "die ni tak suke aku ke?". Kan.

6th:
Elaun yang maha banyak. Keje boleh datang suke hati. Bile cuti je, mesti bergaji. Faedah yang mak ai, punye la banyak. Makan tengah hari yang ditanggung, termasuklah sarapan, minum pagi,dan juga minum petang. Duit minyak dibagi. Duit belanja cekedis dan cekelat turut ditanggung. Sorang satu dapat kereta buatan Malaysia sebijik. Bonus setahun gaji. Hari ahad, sabtu dan cuti-cuti umum tak payah datang langsung, gaji jalan. 

Ok, no6 ni memang totally and surely nonsense. Such a childish set of mind. Pfffttt..


Aku suke lepak dekat bumbung plant. Mengulat. Mencari idea. Mencatat list keje. Mengambil angin. Mencari nafas. Mencari ketenangan. Ya, ketenangan..