Monday, October 17, 2011

jalan jem, kereta manual




Driving manual car in a traffic jam really get on my nerve.


Kalau aku rodok bontot kereta depan ni,

 Agak-agak boleh ilang tension tak?

Saturday, October 15, 2011

movie review: real steel



Sudah menjadi habit aku untuk check tahap best sesebuah movie di IMDB sebelum terjah kat pawagam. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, maki hamun je yang dapat. Makan minyak, makan duit, makan masa, makan hati. So, it's better check than regret.




So, real steel. Even dah ade malaun-malaun yang share movie ni dekat internet dengan of course la visual yang low kualiti, aku still nak tengok dekat pawagam. Di ratedkan sebanyak 7.5/10 oleh viewer di IMDB which is quite good score membuatkan aku nak tengok jugak movie ni.

First impression aku sebelum menonton movie ni: filem robot gaduh-gaduh yang penuh dengan CGI efek, vicious and cold blooded robots fighting, yada yada yada. Tapi, yang sebenarnya, movie ni hanya ditunjang dengan kuat kisah hubungan anak dengan bapa, dan of course la robot fighting yang tak over effect dan bagi aku, best. Cth movie dengan over effect but pathetic is, Transformer. Pfftt. 

Ok. Kisahnya. Charlie (Hugh Jackman) ialah seorang jackass yang suke berhabis duit dalam robot fighting. First thing first, latar movie: 2020, dimana virtual game di real-action kan dan tinju-tinju manusia dah takde. So, sukan tinju ni di replacekan kepada robot fighting.

Charlie ni juga dahulu seorang peninju yang boleh kata power la. Die juga ade seorang anakluar nikah bernama Max. Nak dipendekkan cerita, mak kepada Max mati dan hak penjagaan sepatutnya jatuh pada Charlie. Tapi Charlie taknak. In the mean time, Charlie dah sengkek disebabkan hutang keliling pinggang. So, makcik Max kawen dengan orang kaya dan sanggup nak jaga Max. So, Charlie 'jual' Max dengan USD100,000 kepada makcik Max. Tapi, makcik Max dan laki die nak honeymoon dekat oversea. So, Max kene dijaga oleh Charlie sementara nak tunggu depa ni balik honeymoon.

Mula-mula, si anak dan bapak memang takleh blah. Bapak rasa si anak annoying dan sebaliknya. After certain time, bibit-bibit kasih sayang mula terbit. Cliché. Apa yang mengikat antara Charlie dan anaknya ialah game fighting robot. Berkongsi minat yang sama.

Nak dipendekkan lagi cerite, Max jumpa robot yang dah sampai tahap junk dekat junk yard. But surprisingly, robot ni still function. Dipendekkan cerita lagi, Charlie dan Max masuk liga robot fighting. Max dengan selamba badaknya mencabar juara dunia robot fighting: robot bernama Zeus, robot besar bagak yang power nak mampos. So, berjayakah robot junk Charlie dan Max menewaskan Zeus? Macam mane dengan hubungan antara Charlie dengan Max. jeng jeng jeng


 Rating: 7.8/10

dreamt wishlist against real live



Semua orang ade wishlist. Yup. Semua orang ade. Wishes yang di'list'kan. Nak kawen umur 24 taun la, nak beli Altis la, nak beli rumah la, nak beli motor besa la, nak beli DSLR la, nak beli gitar la, nak putar satu negara la. Well, it is not wrong to have a wish, a target. At least ade bende yang kite nak capai dalam hidup. 

Dulu, aku memang dah aim nak angkat DSLR dan juge gitar, walaupon main takde tahap power ala Man Kidal. Still, practice makes perfect. Bile nak powernye kalau gitar sendiri pon takde. Same goes to DSLR. Addictnye aku disebabkan oleh kualiti gambar yang cantik tahap best banget. Jauh meninggalkan kamera 3.2mp Sony Ericsson K770i aku. Yeahh, DSLR dan gitar. Target aku.

Tapi, tu dulu. Zaman jiwa mude berkobar-kobar. Semua bende pon aku nak. Haloba punye manusia. Disebabkan kebanyakan masa aku dikekang oleh masa kerja, wishes aku yang dua ni dah makin malap. Selain itu, isu-isu berbangkit macam priority penggunaan duit, releven atau tak, takde masa nak main tangkap-tangkap gamba, dan sebagainya mempengaruhi keputusan aku untuk give up pada bende ni. Tambahan teman main gitar dah takde. Lagi la membantutkan impian aku. Impian suci aku.

So, officially potong wishlists ni. Erm, tak potong la, tapi letak sebagai less less less priority berbanding wishes yang lain. Kot-kot nanti duit dah bersepah-sepah tak tau nak buat ape. Maybe aku hidupkan balik wishes aku ni. Yes, the day may come. I guess..


Ka-ching!




Tuesday, October 11, 2011

soalan cepumas



Ade sorang pakcik maintenance dekat kilang aku ni. Takde la pakcik sangat. Nak bagi dekatkan level sembang, aku panggil die 'abang'. Takde la awkward sangat nak sembang gelak-gelak bagai.

Biase la, budak baru macam aku ni kene la mendekat-dekatkan diri dengan geng-geng otai dekat kilang ni. So, nanti takde la susah nak mintak tolong depa nanti. Depa ni dah keje dekat kilang ni dari zaman firaun lagi. Memang selok-belok kilang ni memang depa expert tahap superb la.

So, me watching the maintenance gang repairing a machine. A conveyor to be precise. Changing the sprocket.

"Tukaq spoket ke bang?" Aku mula bicara. Dah tau tukar spoket tapi tanya lagi. Nub!

"Ha'a. Dah longgaq" balas pakcik maintenance tadi.

"Baru ka?" dia tanya aku pulak.

"Ha'a. Baru sebulan." aku jawab.

"Ooo.."

"Dah kawen ka?" dia tanya lagi.

"Belom!" ringkas aku jawab. 

Aku sengih-sengih 5 minit, pastu blah.




Pakcik, tolong la tanya soalan lain...

Wednesday, October 5, 2011

Sunday, September 25, 2011

24th of september




This is what happened on the 24th of september 2011




All the sweats, all the pain in the ass, all the struggling, all the tense, all the pressure, all the burdens..

Had finally paid off

Thanks mak and apak

Thanks my fellow friends

Thanks prof, doc, sir, miss, mrs

Thank you

Terima kasih

Xie xie

Syukriya

Syukran

Gracias

Thank you all

I love u all




Tuesday, September 20, 2011