Friday, August 5, 2011

ini cerite seram (pt. 1)



AMARAN: Entry ni panjang yop, yong.. kalau rajin, bace la..


Mak Wok memang dah lame sakit lutut. Bukan baru-baru ni aje, tapi dah lame dah. Sakit lutut Mak Wok semakin menjadi-jadi lepas jatuh di kebun semasa menoreh. Sakitnya bukan kepalang. Hanya tuhan je yang tahu beban yang Mak Wok hadapi. Mak Wok hanya mampu mengeluh bile tiba masa kesakitan lutut beliau datang.

Bukan tak ikhtiar, tapi dah macam-macam cara dah Mak Wok cuba. Urut, ubat klinik termasuklah terapi elektrik. Namun, hasilnya mengecewakan. Mak Wok dah naik fade up. Bulan Ramadhan dah tinggal beberapa hari sahaja lagi datang menjengah. Mak Wok sudah berkira-kira. Seperti tak mampu nak follow sembahyang Terawikh mahupun rewang moreh dek kerana sakit lutut.


*****************************************************************


“Kak Wok, ni Miah ade kenal sorang ni.” Sapa Makcik Miah pada Mak Wok semasa rewang kenduri Pak Mat Lalang.

“Sape?” Jawab Mak Wok ringkas.

“Die ni kire macam bomoh la. Miah kenal mase kakak Miah sakit dulu. Kene buatan orang.” Balas Makcik Miah.

“Ish, ko ni Miah! Taknak la akak jumpe bomoh-bomoh ni. Sakit lutut ni ade kaitan ke dengan hantu setan bagai ni.” Balas Mak Wok tanda tak setuju.

“Try la kak. Miah boleh bawak pegi jumpe orang tu. Miah tau rumah die mane. It’s worth trying.” Pujuk Makcik Miah lagi. Kali ni dalam dwibahasa.

“Kak tak sedap ati la Miah” Mak Wok tolak lagi.

“Jom la kak. I insist. Please.” Balas Makcik Miah.

“Ok la. Akak pegi.” Mak Wok turutkan sahaja pujukan Makcik Miah.

“Orite..” Jawab Makcik Miah.

Wednesday, August 3, 2011

bicara puase #3



Dah 3 hari aku taman anggur kat umah. So, hari ni agak bosan. Broadband celcom aku memang takleh support area rumah aku. Maybe sebab signal die banyak tesangkot dekat pokok-pokok getah mahupon pokok-pokok kelapa sawit. Awek celcom yang jual broadband tu kate coverage memang superb, tapi...indah kabar dari rupe. Lagi satu, bil dah masok. Bile aku tengok, what the heck? Punye la banyak bil tersembunyi. Aishhh, Ok, cut the crap! Kat CC ni jangan nak membebel banyak-banyak.


************************************************************************


First day puase kat umah memang terase best. Sebab.. Errr, best kot..

Teringat mase dulu-dulu, mase susah-susah dulu. Mase mak aku buat atap rumbia, mase bapak aku motong getah sambil amek upah menebas. Mase tu, bile time puase je, aku ngn adik-beradik aku tolong bapak aku dekat masjid. Bapak aku siak masjid, so, keje kemas-kemas ni memang die kene wat la. Termasuk la kitorang adik-beradik.

Tiap-tiap bulan puase, akan ade majlis buke puase a.k.a moreh. So, dah makan-makan mesti la ade pinggan mangkuk yang kotor. Kat situ la kitorang main peranan selaku anak-anak Tok Siak Masjid Kampung Menderang. Haha. Basuh pinggan mangkuk sampai habes.

Penah satu mase tu, Raja Nazrin (Raja Mude Perak) datang untuk buke puasa. So, ramai la yang datang. Yang penah datang ade. Yang tak penah datang pon ade. Yang datang dari ceruk mane pon ade. VIP, VVIP sume turun. Pinggan mangkuk die jangan cakap la. Basuh ari ni, esok pagi sambung lagi. Baru siap. Tu kire yang paling hardcore la yang penah kitorang handle.

Tapi tu cerita dulu-dulu. Sekarang dah ade orang lain take charge dah. So, kitorang sekeluarge dah resign jadi pencuci moreh. Sekarang pon life family aku tak sesusah dulu. 

Kadang-kadang bile teringat balik, aku bersyukur lahir dalam keadaan yang susah. Sebab aku leh belajar erti kesusahan. Ade orang dah biase hidup senang, so bile susah sikit, merungut. Nak sentiase senang je. Nak mintak ape pon dapat. Bile dah terbiase hidup susah, kite akan belajar menghargai ape yang kite ade. cait!!

Bak kate bapak aku...


"Bile ade duit tu beringat, dah takde kang, nak beringat ape pon tak gune.."





Renung-renungkan dan selamat beramal...





Friday, July 29, 2011

bicara puasa#2



Malam ni aku rase agak rajin. Sambil-sambil dengar OST The Borrower Arrietty, anime dari sang taiko kegemaran aku, Hayao Miyazaki. OST yang boleh layan dan sedap didengar.

Lagi kire-kire 2 hari je lagi Ramadhan bakal menjelma. As for me, macam-macam cerite dah aku dengar dari workmate berkenaan dengan puase ni. Bile tibe bulan puase, maka akan tertubuh satu group or persatuan di kilang aku, yakni, "GENG PLASTIK HITAM"..

Geng Plastik Hitam??..Yes, Geng Plastik Hitam. Die macam orang yang jual pirated CD la. Mane ade orang jual pirated CD dalam plastik clear. Semua hitam. Sebab? Nak sorok ape yang ade dalam plastik. Government said: PIRATED CD IS ILLEGAL. Same goes to fasting period, EATING IS NOT ALLOW DURING DAY. So, method plastik hitam digunakan untuk sorok ape yang nak disorok, which is in this case, ermmm boleh fikir sendiri kot..... haha



:
:
:
:
:

Harap aku tak tergolong dalam golongan Geng Plastik Hitam....

Thursday, July 21, 2011

suatu cerita di pagi hari



Pagi ni agak berkabus, atau berjerebu. Aku pon tak pasti sama ada kabus atau jerebu. Seperti pagi-pagi biasa, aku bergerak menuju ke kereta kancil bernombor pendaftaran AFD 154. Panaskan enjin, kibas-kibas pelapik kaki, dan meihat keadaan sekeliling. Lengang. Mungkin ramai yang sudah bergerak menuju tempat kerja masing-masing. Atau mungkin masih dibuai mimpi. ‘Ah, not my concern’. Aku menarik nafas panjang. Menghirup udara pagi. ‘Isk, tak sesegar seperti di Sungkai’. Getus hatiku. ‘Kawasan perindustrian la katakan’.

Kelihatan pintu pagar jiran sebelah terbuka luas. Miss-hot-with-short-skirt dilihat keluar sambil memeluk seekor…. ‘Aw man, anjing ni dah kluar pulak dah!’ bisik hati aku. Bersaiz kecil, berbulu umpama karpet pakistan, berbaju vase dan bertaring tajam. Satu-satunya watak antagonis yang paling dibenci seisi rumah aku. Villain yang suke menyalak dan mengejar macam nak makan orang. Villain yang suke kencing merate-rate termasuklah dekat tayar kereta aku beserta rakan housemate yang lain. What a total badass!

Aku berdiri ditepi kereta. Kalau-kalau si anjing datang nak memancut, seriously aku sembelih buat sup bagi orang Myanmar makan. Kalau die menyalak, aku pijak muke die sampai jadi belacan. Kali ni aku serious. Tatkala Miss-hot-with-short-skirt lalu dihadapan aku, aku usha tajam si anjing. Die balas balik aku punye usha. ‘Grrr, ko ingat ko kuat, hah budak gemok?’ Agaknya ini yang  difikirkan si anjing terhadap aku. Kurang ajar nampaknya si anjing ni.

Aku angkat jari hantu kasi tunjuk sama ini anjing. Dengan tak semena-mena, si anjing melompat turun dari pangkuan Miss-hot-with-short-skirt berlari sambil menyalak sambil tarik muka ketat sambil menjelir lidah. What the heck! ‘Datang sini kalau ngkau anjing jantan!’ aku menjerit dalam hati. 

5 meter. 

4 meter. 

Nak pijak jadi belacan ke nak sembelih buat sup. 

3 meter. 

‘Bring it on wahai syaitan bertopengkan anjing!’ Aku menjerit lagi… Dalam hati. Miss-hot-with-short-skirt buat tidak tahu je dengan anjing beliau yang hilang kawalan ni. 

2 meter.  

 ‘Aisey, nampak ganas lak anjing ni’. Bisik hatiku. 

1 meter. 

Lutut dah mule menggeletar. Peluh dah mula menitik.

Alamak!!

Berdesup aku lari masuk dalam rumah. ‘Cilanat punye anjing’. Dari jauh aku tengok si anjing tengah tersengih-sengih sambil angkat sebelah kaki menghala tayar Goodyear AFD 154 aku. Dan… Bermandikan air kencing lagi kereta aku pagi ni. Aku tengok si anjing buat muka puas sambil tunjuk ‘thumbs down’ padaku. Kurang ajar betul. Serious.


‘Jaga ngkau makhluk kencing..’


‘Esok aku beli klorofom. Aku pengsankan ngkau..’


‘Aku kencing atas muke ngkau….’












**ini hanyalah rekaan semata-mata. takde kaitan dengan yang hidup ataupon yang mati..

bicara puasa #1






Tahun ni, puase bakal jatuh pada 1 Ogos 2011 sekiranya kelihatan anak bulan Ramadhan. 1 Ogos 2011 jugak jatuh pada hari Isnin, yakni, hari bekerja bagi company aku yang sangatla kedekut dalam bab-bab cuti ni. So, melepasla plan aku nak berpuasa pertama dekat rumah. Aiya..

Memang terase best bile dapat puase kat rumah; sahur ramai-ramai, buke ramai-ramai. Bile dah keje ni, tak tahu feel puase aku nanti rase macam mane. Teringat lagi puase time kecik-kecik dulu. Mak kejut bangun sahur. Aku dengan abang aku masuk toilet nak gosok gigi. 5 minit. 10 minit. 15 minit. Tak kuar-kuar. Mak pon masuk toilet tengok. Rupenye; tangan kanan pegang berus gigi, tangan kiri pegang ubat gigi, duduk bertenggung, mate pejam. Haha..

Tu bab sahur, belum masuk bab terawikh lagi. Bile semayang terawikh je, duduk paling belakang sekali. Kire kalau takde dinding, duduk terus kat parking moto sane. Sebab duduk belakng sekali, boleh bersandar sambil sembang pasal baju raye. Bile imam takbir, kitorang tak takbir lagi. Tunggu sampai rukuk, baru kitorang takbir. Habis je 2 rakaat, siap tulis atas karpet berape rakaat lagi kene semayang. Haha..

Memang best kalau terkenang time puase zaman hingusan dulu...

Tak sabar nak berpuase.. :)




Wednesday, July 20, 2011

wordless wednesday #1





Kais pagi makan ikan bilis,

Kais petang makan ikan tuna..

:
:
:
:


Monday, July 18, 2011

movie review: nur kasih the movie






Maybe ramai yang dah tgk movie ni. Aku je yang ketinggalan zaman. Sebulan lagging.. Anyway, malam tadi aku berpeluang menonton Nur Kasih The Movie downloaded version. Impression aku; movie ni bukan sekadar cerite cinta kosong.. It’s a wonderful story..

Ade yang kate cite ni bosan, efek cam tahi, dan sebagainye. Well, lain orang lain pendapat. Lupekan efek keretapi meletup, tembak menembak dan kemalangan kereta. Memang ketinggalan zaman.. Tapi, fokus kat jalan cite, lakonan, skor musik dan sinematografi. Skor music dan sinematografi die memang cantik, as expected from kabir Bhatia. Dari segi lakonan, persembahan yang mantap dari kesemua pelakon. Lihat saja ekspresi wajah Aidil dan Nur yang benar-benar menampakkan kesedihan. Benar-benar sampai ke hati..

Bagi jalan cerite, Kabir menyampaikan cerite dengan skop yang lebih luas: bukan sekadar kisah cinta Adam, Nur, Aidil dan Aliah, tetapi kecintaan kepada keluarga, bangsa, dan yang paling penting, kepada Allah. Episod kesedihan Aidil kehilangan isteri, Nur menjaga Adam yang kesakitan, memang betul-betul menyentuh perasaan. Ditambah skor music yang meruntun jiwa.

Kite tolak tepi kisah cinta Adam, Nur, dan Aidil. Apa yang lebih besar yang cube disampaikan disini adalah; penerimaan Qada’ dan Qadar Allah serta ujian dariNya. Sejauh mane kita sanggup berkorban demi agama. Sejauh mane kite mampu menghadapi ujian dari Allah. Seteguh mane iman kite nak menghadapi cabaran. Hidup ni bukannye sentiasa senang sentiasa seronok, banyak lagi ujian yang bakal kite hadapi. Sedikit sindiran pedas juga pada orang yang bersikap racist dalam penyampaian ilmu.



Akhir kata, It’s one of the greatest malay movie ever made..




**Ending movie ni menyedarkan aku yang kite semua akan menjadi tua, sekiranya panjang umur, dan pergi mengdapNya.

**walaupon efek cam tahi, tapi still lagi best dari Transformer..