Monday, October 18, 2010

aku pencinta alam: pantai kerachut



Baru-baru ni aku bersama beberapa pencinta alam menyerbu Taman Negara Pulau Pinang yakni Pantai Kerachut. Pantai Kerachut merupakan satu-satunya pantai yang terpelihara dan yang tercantik di Pulau Pinang jika dibandingkan dengan Batu Feringgi mahupun Pantai Queensbay. Kalau di'search' melalui Google map, Pantai Kerachut terletak berhampiran dengan Teluk Bahang atas sedikit selepas Batu Feringgi.

Peta ke Pantai Kerachut, sama ada hiking ataupun melalui laluan air (bot)

Friday, October 15, 2010

langsir baru



Testing..testing...testing

Ok, line clear...beribu-ribu aku habes pasang langsir baru nih...hehh~

Thursday, October 14, 2010

senapang ais = 3.6 degree C



 

Senapang ais yang menjadi kebanggaan group 6: aku, sapuang, jeli dan markusan(bos). Request kpd bos, blanje r technician2 nih. Penat da fabricate senapang ni.Kalau setakat Old Town tu ape r sgt...hehe~

Wednesday, October 13, 2010

the shawshank redemption



     Aku baru habes layan satu-satunya movie yang mendapat rating tertinggi sepanjang zaman yakni sebanyak 9.2 dari total 10 point berdasarkan rating dari viewer di imdb. Movie ini adalah mengisahkan tentang keadaan di sebuah penjara yang diberi nama Shawshank. Segalanya menjadi lebih menarik setelah kehadiran seorang banker yang geliga ke situ setelah didapati bersalah membunuh isterinya yang curang, dan disitu die bertemu Red, lakonan Morgan Freeman. Apa yang menarik mengenai movie ini ialah ia bukan sebuah filem tipikal yang mampu kita predict apa yang akan berlaku seterusnya bagi setiap scene. Nak citer banyak pon tak gune, tengok la sendiri penangan Shawshank Redemption...





vortex tube refrigeration



     
     Vortex tube merupakan salah satu dari cara untuk mendapatkan kesan penyejukan (refrigeration effect) selain dari meletak ais ke dalam kotak ikan. Aku bersama group aku yang terdiri dari Wak Jeli, Sapuang dan Markusan mengambil masa selama 2 hari sahaja untuk fabricate vortex tube ni. Hasilnya. . . . .


 bahan-bahan yang diperlukan: paip pvc, washer, batang mop, skru dan nat, pengikir, gam epoxy, gam pvc, pisau, tape dan juga teh ais bungkus



Tuesday, October 12, 2010

aku seorang Kasasian...[pt 1]




     SMKA Sultan Azlan Shah yang juga lebih dikenali dengan SMKA Bota merupakan sebuah sekolah yang  terletak di pinggir jalan raya menghala Bandaraya Ipoh dan ia dihuni oleh semua warga Kasasian termasuklah pelajar, guru, kerani, pengetua, makcik cleaner mahupun brader kantin. Ke'legend'nan skolah ini bukan shj diukur melalui result pmr dan spm yang sentiase je power, (ntah makan ape la budak-budak ni) ia juga dapat dilihat melalui guru-gurunya sendiri yang 'Legend'.


Saturday, October 9, 2010

berubah alam



     Berubah alam mungkin pada pandangan sesetengah orang bermaksud berubah dari alam kanak-kanak ke alam dewasa, alam tadika ke alam universiti, atau mungkin dari alam roh ke alam dunia. Di sini, perubahan yang menjadi priority ialah berubah dari alam bujang ke alam perkahwinan.


     Pertunangan Chu esok hari mengingatkan aku kepada kawan-kawan aku yang telah berumahtangga tak kire yang nikah dalam negara mahupun di selatan Thai ataupun di Mesir. Terdapat juga yang dah plan tarikh perkahwinan sama ada pada umur 27, 25 ataupun 30, tidak kurang juga yang nak kawen tahun depan sejurus selepas tamat pengajian. Apa-apa pon, selamat berbahagia diucapkan pada yang akan dan telah melangsungkan perkahwinan...
 

Munirah bersama suami


 Naimah bersama suami


     Dah kawen da depa, aku blajaq pon tak hbis lg...adey~