Aku baru habes layan satu-satunya movie yang mendapat rating tertinggi sepanjang zaman yakni sebanyak 9.2 dari total 10 point berdasarkan rating dari viewer di imdb. Movie ini adalah mengisahkan tentang keadaan di sebuah penjara yang diberi nama Shawshank. Segalanya menjadi lebih menarik setelah kehadiran seorang banker yang geliga ke situ setelah didapati bersalah membunuh isterinya yang curang, dan disitu die bertemu Red, lakonan Morgan Freeman. Apa yang menarik mengenai movie ini ialah ia bukan sebuah filem tipikal yang mampu kita predict apa yang akan berlaku seterusnya bagi setiap scene. Nak citer banyak pon tak gune, tengok la sendiri penangan Shawshank Redemption...
Wednesday, October 13, 2010
vortex tube refrigeration
Vortex tube merupakan salah satu dari cara untuk mendapatkan kesan penyejukan (refrigeration effect) selain dari meletak ais ke dalam kotak ikan. Aku bersama group aku yang terdiri dari Wak Jeli, Sapuang dan Markusan mengambil masa selama 2 hari sahaja untuk fabricate vortex tube ni. Hasilnya. . . . .
labels:
isu semasa,
kerja,
suke-suke
Tuesday, October 12, 2010
aku seorang Kasasian...[pt 1]
SMKA Sultan Azlan Shah yang juga lebih dikenali dengan SMKA Bota merupakan sebuah sekolah yang terletak di pinggir jalan raya menghala Bandaraya Ipoh dan ia dihuni oleh semua warga Kasasian termasuklah pelajar, guru, kerani, pengetua, makcik cleaner mahupun brader kantin. Ke'legend'nan skolah ini bukan shj diukur melalui result pmr dan spm yang sentiase je power, (ntah makan ape la budak-budak ni) ia juga dapat dilihat melalui guru-gurunya sendiri yang 'Legend'.
labels:
isu semasa
Saturday, October 9, 2010
berubah alam
Berubah alam mungkin pada pandangan sesetengah orang bermaksud berubah dari alam kanak-kanak ke alam dewasa, alam tadika ke alam universiti, atau mungkin dari alam roh ke alam dunia. Di sini, perubahan yang menjadi priority ialah berubah dari alam bujang ke alam perkahwinan.
Pertunangan Chu esok hari mengingatkan aku kepada kawan-kawan aku yang telah berumahtangga tak kire yang nikah dalam negara mahupun di selatan Thai ataupun di Mesir. Terdapat juga yang dah plan tarikh perkahwinan sama ada pada umur 27, 25 ataupun 30, tidak kurang juga yang nak kawen tahun depan sejurus selepas tamat pengajian. Apa-apa pon, selamat berbahagia diucapkan pada yang akan dan telah melangsungkan perkahwinan...
Dah kawen da depa, aku blajaq pon tak hbis lg...adey~
Pertunangan Chu esok hari mengingatkan aku kepada kawan-kawan aku yang telah berumahtangga tak kire yang nikah dalam negara mahupun di selatan Thai ataupun di Mesir. Terdapat juga yang dah plan tarikh perkahwinan sama ada pada umur 27, 25 ataupun 30, tidak kurang juga yang nak kawen tahun depan sejurus selepas tamat pengajian. Apa-apa pon, selamat berbahagia diucapkan pada yang akan dan telah melangsungkan perkahwinan...
Munirah bersama suami
Naimah bersama suami
Dah kawen da depa, aku blajaq pon tak hbis lg...adey~
Thursday, October 7, 2010
karok nan barai @ jamuan raye 2010
Selain dari event Gusti lengan dan Pool, booth karaoke juge tidak kurang hangat menjadi tumpuan para Mechian menunjukkan bakat masing-masing. Bermula dari level pro-karok, pre-karok hinggalah first timer-karok, masing-masing tak mahu ketinggalan menghentam set karok CC Jaya yang separa barai. Di samping itu, booth karok juga berjaya mengeratkan tali silaturahim antara geng2 meche bak kate pepatah "tak kenal maka tak cinta"..ade kaitan ke???
Smapian a.k.a ariel Peterporn
Menunggu giliran
Berhajat join Rabbani lepas grad
Most influenced singer in US, Marcus a.k.a Marzuki
Shukue de Johorian
Last but not least....penganjur booth karok
Selain dari mereka-mereka di atas, turut menyumbangkan suara tetapi tak sempat di'candid' adalah antaranya Mark Yo, Malik Jurit, Shasha, Alip Zubir, Paod, En Jay, serta Faris...Memandangkan sambutan hangat dari Mechian, maka diharapkan booth karok akan dibuka lagi pada jamuan raya haji, raya cina, dan juga raya deepavali
[tiada dalam gamba: Ain, Sareh, Hasif, Chu, nurul husna]
Hope this will not be the last....
labels:
isu semasa,
makan,
suke-suke
Sunday, October 3, 2010
aspura
Aspura
Aspura atau name panjangnye, asrama putera merupakan pot tido bagi kasasian-kasasian yang telah sehari suntuk menelaah dan menghafal segale jenis nota, rumus, alamat rumah, toyol dan segale macam bahan pelajaran demi mendapatkan straight A1 dlm SPM atau secare commonnye lulus semua subjek tanpa sebarang cacat cela.
Bilik Prep
Disebabkan penghuni2nya yang terlalu taksub dgn pelajaran, maka pihak pentadbiran telah terdesak menyediakan bilik telaah di aspura yakni lebih dikenali sebagai bilik Prep.
Disinilah para kasasian menghempas dan memulas otak2 mereka untuk mengulangkaji pelajaran, membuat latihan, membuat nota, menyediakan laporan, menjalankan mesyuarat, bermain badminton, bermain futsal, mendengar Palito, mendengar final AF3 yanag mane pada mase tu Mawi menjadi juara dan akibatnya kedengaranlah Aduhai Saleha di tandas2 dan di bilik2 seluruh Kasas pada setiap hari, dan selain dari itu, bilik Prep juga merupakan tempat yang sesuai utk membute setelah penat menelaah.
Disinilah para kasasian menghempas dan memulas otak2 mereka untuk mengulangkaji pelajaran, membuat latihan, membuat nota, menyediakan laporan, menjalankan mesyuarat, bermain badminton, bermain futsal, mendengar Palito, mendengar final AF3 yanag mane pada mase tu Mawi menjadi juara dan akibatnya kedengaranlah Aduhai Saleha di tandas2 dan di bilik2 seluruh Kasas pada setiap hari, dan selain dari itu, bilik Prep juga merupakan tempat yang sesuai utk membute setelah penat menelaah.
kasasian= Bermaksud budak kasas atau student kasas atau ahli kasas. Kasas pula merupakan singkatan dari SMKASAS (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah)...
Saturday, October 2, 2010
tragedi malam sabtu...
11:31pm (approximate)
Aku yang sedang lena dibuai mimpi tiba2 terjaga dikejutkan oleh panggilan dari Makyo setelah beberapa kali beliau missed call. Dengan mamai aku menjawab panggilan tersebut setelah dijawab oleh Sapuang. "lan.....bal.....bla.....bla.....kereta....bla.....bla.....rosak....bla....bla.....highway..bla..bla. ..bla..datang tolong ........ beli minyak itam....bla....Yusof Tayoob..." sayup2 kedengaran suara Makyo. Walaupon tak berape paham ape yang cube disampaikan beliau, tapi aku assume die perlukan pertolongan.
Tanpa lengahkan mase, aku bersama Sapuang memecut AFDal 154 sepantas halilintar menuju highway. Tapi sebelum itu, berdasarkan permintaan Makyo, aku membeli minyak itam/enjin bernilai RM67 dimana RM40 (aku) + RM27 (sapuang) = RM2 (balance) yakni berdasarkan tarif Samivelu, tak cukup pon nak bayar tol Juru. WTH!!!
12:00pm (appoximate)
Kelihatan ADB 3753 sedang tersadai di tepi highway tanpa seurat benang pon.Kesian..~. Aku dengan tidak membuang masa memberi minyak itam/enjin tadi kepada Makyo. Berdasarkan keterangan mangsa yakni Shukran, Syukry dan Affi, ADB 3753 telah kehabisan minyak, tapi bukan minyak petrol, minyak HITAM a.k.a minyak enjin. Tak penah dibuat orang minyak hitam leh kering.
Malangnya, ADB 3753 masih tidak mahu hidup. Maka, Makyo datang dengan satu solusi, "kite perlukan jumper..."
Maka, AFDal 154 menjadi wira sekali lagi bergerak dengan halaju cahaye menuju Shell Juru mencari jumper. Sudah jatuh ditimpa tangga, jumper tidak dijual di stesen tersebut. Dengan tekad, kami menuju ke Safira mencari jumper. Mane la tau kalau2 ade jumper teselit antara Abanja, WaRaK mahupun PJD.
12:20am (appoximate)
Nasib kami memang bertuah, jumper ditemui tersadai dalam Abanja milik Matrem. Nak dipendekkan cerita, kami teruskan perjalanan berpatah balik ke tempat kejadian. Disebabkan tiada U-turn di tol Batu Kawan, kami berU-turn di tol Jawi. Meter bahan bakar AFDal 154 kelihatan menyala kelip2 menunjukkan bahan bakarnye sedang kekurangan. Mengikut firasat pemilik AFDal 154 yakni, aku, kite jalan je, minyak abes, kite naik bas. Makyo dan Shukran angguk tanda setuju.
1:05am (appoximate)
Walaupon dengan bantuan jumper, ADB 3753 masih tidak dapat dihidupkan. Sedang kami asyik berbincang mengenai masalah dunia, hujan mulai turun dengan tiba2. Kami bertapa didalam AFDal 154 dan ADB 3753 selama beberapa ketika sehingga Rudi sampai bersama WaRaK beliau.
2:04am (appoximate)
Setelah cubaan menghidupkan ADB 3753 menemui jalan buntu, Makyo menghubungi beberapa kenalan beliau termasuklah Plus Careline, pihak insuran dan juga Samivelu. Tidak lama kemudian, Abanja tiba membawa bantuan makanan serta ubat-ubatan. Semua mangsa dirawat dan diberi makanan.
3:00am (appoximate)
Kelihatan trak tunda Plus datang dengan lampu disconya. Seperti hero lagaknya. Dengan tidak membuang masa, ADB 3753 ditunda menuju Plus Juru.AFDal 154, WaRaK, dan Abanja secara perlahan2 mengekori dari belakang.
3:27pm (appoximate)
Setelah selesai sesi menangkap gambar (photo-shoot) dan melepas hajat di Plus Juru, kami bergerak pulang meninggalkan ADB 3753 keseorangan di Plus Juru....
4:00am (appoximate)
Aku kembali tidur dikatil yang empuk dan selesa.....
11:50am
Sehingga ke pagi ini, nasib ADB 3753 masih belum dapat diketahui.....
labels:
cerpen,
isu semasa
Subscribe to:
Comments (Atom)


