Thursday, September 23, 2010

UPSR



     Peperiksaan bagi ujian penilaian sekolah rendah atau lebih dikenali oleh orang awam tak kira di Kg Perlok Baru, Sungkai ataupun di Kuala Lumpur lebih mengenalinya sebagai UPSR, secara rasminya telah bermula beberapa hari yang lalu. 
     Terdiri daripada lima matapelajaran bagi sekolah kebangsaan dan enam matapelajaran bagi sekolah jenis kebangsaan, merupakan penentu masa depan senior-senior level sekolah rendah sama ada mahu menjadi engineer, doktor, guru ataupun penoreh getah, tukang kebun,dsb. 
      UPSR benar-benar menggamit memori aku ketika di SK Perlok, Sungkai suatu ketika dulu. Ia  merupakan sebuah sekolah pinggir bandar yang menjadi favourite setiap orang kampung aku menghantar anak-anak mereka bagi mencapai 5 A dalam UPSR, disamping lengkap insfrastukturnya seperti tandas dan kantin, persekitaran yang serba hijau, nyaman, aman, damai, dan jauh dari hiruk-pikuk bandar yang merungsingkan. 

     Cebisan kenangan di SK Perlok.....
 


     Senior student of SK Perlok, 2000

Tuesday, September 21, 2010

alkisah seorang pemuda bernama . . .



alkisah seorang pemuda bernama Pusaran...

    Pusaran merupakan seorang tentera yang berwibawa, baik budi pekerti, patuh pesanan ibu bapa, disayangi ramai dan seorang yang peramah. Beliau memang terkenal dengan keramahannya dalam kalangan rakan-rakannya. Perangainya amat disenangi oleh rakan-rakannya kecuali satu perkara. Setiap kata-katanya diakhiri dengan...

     "Owriteee...."


     "nak ke mane Pusaran oi?"tegur Mak Limah pada Pusaran.
     "nak pegi ke surau Mak Limah..owriteee".jawab Pusaran dengan selamba sambil tersenyum.
     "amboi rajinnye gi surau,semayang Tahajud ke?"tanya Mak Limah lagi.
     "semayang maghrib Mak Limah oi.owriteee..dah maghrib da ni.owriteee..."balas Pusaran.
     "ate,Mak Limah xnak semayang maghrib ke?owriteee..."tambah Pusaran lagi.
     "....."


     "lu mau beli ape?"tanya tauke Ah Tak pada Pusaran.
     "perangkap lalat ada ka tauke?owriteee..."jawab Pusaran.
     "ada.lu mau kecik ke besa?"
     "wa mau besa bas tauke.owriteee..."balas Pusaran lagi.
     "lu main2 sama gua, nanti gua bakar rumah lu baru tau"balas tauke dengan muke panas.
     "ala, marah pulak tauke.begurau je la.owriteee.."
     "....."


     "ai smart cik abang.nak pegi mane?"tegur Peah pada pusaran sambil senyum2 manja.
     "nak pegi tak kembali.owriteee..."jawab Pusaran.
     "ish abang ni.main2 pulak.kitew owrunk tny betot2 lew"balas Peah buat2 malu.
     "abang nak masuk meminang Peah le.owriteee..."jawab Pusaran lagi.
     "ish, abang ni naughty lew."muke Peah merah padam tanda malu.
     "acah mat labu.owriteee..."balas Pusaran selamba.
     "ish abang ni.kalau nak kt kitew cakap je la.kitew nak jew kat abang"balas Peah tanpa segan silu.
     "taknak la abang kat Peah.owriteee..."balas Pusaran lagi.
     "....."


     Walaupun orang-orang kampung Pusaran sentiasa aje hangin bila bercakap dengan beliau, namun orang-orang kampung masih menerima beliau seadanya. Perangai pusaran tersebut semakin menjadi-jadi sehingga terbawa-bawa sekembalinya beliau ke kem tentera.

     Pada suatu petang di padang kawad,

     "saya mahu kamu semua turun awal esok pagi. kita akan adakan latihan seperti biasa. saya tak mahu tengok sape2 yang lambat esok. FAHAM??" bentak Komander Leman pada semua kadet termasuk Pusaran.
     "faham Tuan!"
     "faham Tuan!"
     "faham Tuan!"
     "faham Tuan!"
     "faham Tuan!"
     "faham Tuan!"
     "owriteee!!!"
     "....."

Monday, September 20, 2010

exorgenesis symphony pt 1 : overtue



di suatu petang yang hening...

"ni lagu jiwa ni lan" tegur Pidot (bukan name sebenar) merangkap roomate aku tatkala aku memainkan lagu exorgenesis symphony pt 1 : overtue...

"mane de Dot, ni lagu nasyid ni" aku balas sambil tersenyum...

"heh.."getus Pidot tampak tak puas hati..

aku membiarkan diri aku melayang2 tatkala mendengar lagu exorgenesis symphony pt 1 : overtue...

"memang layan..."getus hatiku...

"heh..."

exorgenesis symphony pt 1 : overtue
muse

aping my soul
you stole my overtue
oh, I can't escape
who are we?
where we are?
when are we?
who we are?
where are we?
why? why? why?

 I can't forgive you
and I can't forget
who are we?
where are we?
when are we?
who are we in here?


Saturday, September 18, 2010

raya! raya! raya!!



raya tahun ni lebih kurang je cam raya2 yang lepas sebab;

     i. takde balik kampung mane2 sebab kampung takde...sadis,
     ii.duit raye xdpt da sbb da beso panjang...sedih,
     iii.adik-beradik ade yang xbalik..da bese, dsb...

tapi tahun ni ade gak improvement spt;

     i.sejak AFD 154 menjadi bawah jagaan aku, gi beraye xpkai moto da..yeah!
     ii.semenjak masuk skola menengah, 1st time ade baju melayu lengkap (skali ngan suar,selalu baju ngan kain je)
     iii.event budak2 ex-kasas beraye berjaye mngumpul 15 bijik keta (hambik ngkau!) bersamaan dgn 38 org ex-kasas '05..kawasan perumahan disekitar Bota, Seri Iskandar dan Batu Gajah kitorang serbu..

anyway, ni antara gamba2 yang sempat aku tangkap sepanjang raya 2010...

 bende wajib yang bos aku akan wat setiap kali ari raye

  
view menarik tanpa photoshop

sup tulang ngan rendang landak,spesel pny!!

ayam kg, ni kalau kat Mak Su, mau kene rm100 hrge die..pny la mahal...kat umah aku, sadin je ayam kg nih merayau2, kan da kene sembelih

ish, anak sape la ni...

bos bersame isteri bos

ex-kasas (credited to zaim)

ex-kasas lagi (credited to zaim)

lagi-lagi ex-kasas (credited to impit)


Thursday, September 2, 2010

pulang



pagi ini,
aku perhatikan,
kawanku berlari-lari,
bersiap pulang ke kampung halaman,
aku berkata pada diri sendiri,
ah, biarkan mereka..

tengah hari ini,
kawanku satu demi satu,
menyusun jari,
memohon maaf,
meminta halal,
bertalu-talu,
menuju ke komputerku,
aku berkata pada diri sendiri,
ah, aku maafkan kalian..

petang ini,
tatkala roomateku,
turut pulang,
aku cemas,
tidak tenteram,
gelisah, 
aku berkata pada diri sendiri,
aku mahu pulang...

selamat hari raya
maaf zahir batin


semalam



pagi ni aku teringat aku punye lauk berbuke semalam yang aku rase da sampai level jin punye level makan. punye la lahap. bile aku kire-kire balik, lauk utk 6 org pon ckup nih. tapi aku pedulik ape, makan ttap makan.

semalam, bertemankan wak jeli (bukan name sebenar), aku serbu bazar ramadhan parit buntaq (bak kate orang tempatan pekan ni) dengan prut yang lapar.  

elok-elok sampai je, nampak ayam golek besa-besa peha. bau die, mak ai, punye la masyuk. 'takpe, relek dlu', kate wak jeli dengan muke cool.

habis kitorang lari 5 6 round campur tolak lari berhenti-henti keliling bazar, ni la hasilnye...

bukan calang-calang punye ayam golek, sekor kitorang berdue tibai..

air tebu terbaek..

disebabkan sifat tamak haloba, kebab pon aku tibai gak. tapi bukan Doner Kebab (gambar hiasan) la.

tak lupe jugak, air tembikai (walaupon da beli air tebu)


 ni la die antara contoh tabiat buruk membeli lauk berbuke kat bazar ramadhan parit buntaq. renung renungkan dan selamat beramal...kenyang beb, sampai tak lalu bangun sahur dibuatnye...


Wednesday, September 1, 2010

kisah bulan pose



alkisah...

kalau time-time bulan puase ni, confirm r sume org puase kan, kecuali pada laki-laki dan pempuan yang uzur tak kire tua atau mude, gemuk atau kurus, tinggi atau pendek, rambut kerinting atau lurus, dan sebagainye..

time-time bulan puase ni jugak la keluar soalan-soalan lazim yang kompem mesti ade org tny...

antaranya...

    "ko sahur ape weh?"

    "arini ko bukak P.I. ke bazar?"

    "bukak pose nak makan ape weh?"

    "bukak pose pkol bape weh?"

dan ade gak yang tny soklan stok nk kne makan pelempang...

    "ko pose ke arini?"

    "arini bulan pose ke?"

    "ko ni reti pose tak?"

    "ko rase-rase makcik ni pose tak?"

    "apasal ade nasik kt mulut ko weh?"

    "klau aku xnk pose esok leh tak?"

dan soklan-soklan yang sewaktu dgnnye (tambh le mne2 yg ptut)...

yang pasti, korang x jmpe soklan camni selain bulan pose...

okeh, selamat berbuke~    arini nak buke mane weh??....