Monday, November 11, 2013

aku pencinta alam: bukit tabur



"ni kalau jatuh, memang beterabur la..." aku

Ok, kalau nak tau. Bukit Tabur ni terletak dekat Taman Melawati, KL. Dan, semalam aku dan officemate aku bersama kawan kepada kawan dia, telah dengan jayanya mendaki bukit tersebut. Bagus kan aktiviti ni, dapat mengeratkan yang dah kenal dan dapat kenal dengan kawan baru. 

Review:

Ada beberapa puncak berketinggian lebih kurang sama yang perlu dilalui (sekiranya korang mahu melalui 'circle' ataupun sampai puncak dan patah balik) sebelum menempuh kebun untuk menuruni bukit tersebut. Kami mendaki lebih kurang 45 untuk ke puncak pertama. Overall masa yang diambil lebih kurang 3jam setengah (naik dan turun), dari 7am sehingga 1030am. 

Saturday, November 2, 2013

movie review: psiko pencuri hati & thor: the dark world




Filem: Psiko Pencuri Hati

Rating: 7/10

Review:

Mengisahkan tentang 3 watak utama: Osidi (Bront Palarae), penulis novel pembunuhan, Wani (Sharifah Amani) dan suaminya Dr Khai (Syed Hussein), yang punyai masalah dalam rumahtangga mereka. Dalam masa yang sama, berlaku pembunuhan bersiri yang mana kesemua mangsa adalah wanita, dan hati (liver) mereka dikeluarkan. So, siapa pemunuhnya? Filem ini berkenaan dengan obsessive dan kesempurnaan. How far you'll go to reach something. Nak hasilkan novel pembunuhan yang 'sold-out', adakah kamu harus menjadi pembunuh itu sendiri?

Pujian harus diberikan kepada Nam Ron kerana berjaya menghasilkan filem ini, sebuah filem psiko yang pada aku, lebih 'gelap' berbanding SAM arahan Syafiq Yusuf. Genre yang jarang jarang kita nampak dalam sinema Malaysia. Namun, terdapat beberapa kekurangan dari segi teknikal yang sangat obvious dalam tontonan aku.

Sunday, October 20, 2013

movie review: insidious chapter 2




Alkisah Insidious Chapter 2:

Ok, kalau korang dah tonton Insidious yang pertama, Insidious Chapter 2 merupakan kesinambungan daripada filem yang pertama itu. Di mana, si hantu @ roh jahat masih belum settle dengan keluarga Lambert. Roh jahat memasuki badan Josh (Patrick Wilson) manakala Josh yang sebenar masih terperangkap dalam dunia ghaib.

Review:

Insidious Chapter 2 punyai elemen seram dan suspen yang begitu baik disampaikan. Namun, aku berpendapat yang elemen seram yang disampaikan kadang kadang tampak terlalu kerap dan ada satu scene, ia seperti 'tak kena' pada waktunya: scene di mana renai Lambert diganggu oleh hantu perempuan di siang hari. Walaubagaimanapun, James Wan masih lagi sukses dalam filem ini. Aku tak senang duduk menonton filem ini, dan, aku menjerit pada satu scene. Oh itu memang terkejut aku cakap ngkau!

Saturday, October 19, 2013

keluangman dan sidekicknye, tiongman



Aku masih ingat zaman sekolah rendah aku. Zaman dimana aku begitu mengagumi produk animasi tempatan kite: Sang Wira, Usop Sontorian dan Keluangman. Hehh..



"Sejak abah membelikan patung aksi keluangman ini, berat badan saya berkurangan 2 kilogram!.."

"Cepat.. Cepat.. Sape cepat dia pandai!!"

Kahkahkah

Thursday, October 17, 2013

kisah sayu di aidiladha



Aku bercuti raya sehari je. Itupon mostly jadi driver mak dan bapak aku. Dan, awal pagi selepas solat raya, aku, mak dan bapak aku pergi melawat pakcik aku di Felda Trolak Selatan, Sungkai. 

Nak dipendekkan cerita, setibanya kitorang ke sana, secara visualnya, macam takde orang dekat rumah pakcik aku: pintu tertutup dan takde moto pakcik aku parking dekat luar. Tapi, bapak aku selamba bagi salam 2 3 kali dan tolak pintu utama. Tak berkunci. Dari luar aku dengar sayup sayup kedengaran suara  seseorang menjawab salam kami. Oh, ade makcik aku rupenye.

Kisah makcik aku:

Makcik aku kena serangan strok lama dah. 3 4 tahun mungkin. Aku pon dah tak ingat. Lumpuh separuh badan. Even separuh badan, sekarang tangan die pon dah semakin lemah. Sampai sekarang pakcik aku yang jaga die dekat rumah.

Ok, sambung balik cerita. Yup, makcik aku sorang sorang dekat rumah. Anak anak tak balik. Pakcik aku ada dekat kenduri berdekatan. Dia balik rumah lepas bapak aku call. Mereka dua beradik pon bersembang. Dan isi perbualan mereka dipenuhi dengan sungutan dari pakcik aku: Anak tak balik jenguk diorang; Kalau balik pon, nak pinjam duit. 

Aku, sedikit sebanyak dapat rasakan rasa kekecewaan pakcik aku. Dan satu lagi, aku juga dapat rasa betapa sunyinya makcik aku disaat saat hujung usia ni. Sebak. Sayu.

Aku berdoa agar benda ni tak jadi dekat mak bapak aku.

Monday, October 14, 2013

salam aidiladha




salam aidiladha ;)


movie review: KL Gangster 2





"kesimpulannya, aku masih dara.." 

Alkisah KL Gangster 2:

Merupakan prequel kepada KL Gangster (2011) yang menceritakan tentang sebab musabab kepada event yang berlaku dalam KL Gangster (2011):  Apa hubungan antara Malik dan King. Kenapa Shark sanggup bunuh bapaknye dan pedajal Malik. Apa yang terjadi dalam keluarga Malik. Semua teruangkap dalam filem ini.

KL Gangster 2 berkisar tentang permusuhan antara dua kumpulan gangster iaitu antara King dan Tailong (Rosham Nor).

Review:

Filem ini punya tempo yang laju. Tiada scene yang meleret dan membosankan. Semua scene dan point disampaikan secara jelas dan direct. Sepanjang durasi 1jam 55minit, filem ini diiringi dengan skor muzik yang begitu... 'Syamsul'. Ya, jika korang faham apa yang aku cuba katakan. Setelah beberapa filem Syamsul aku tonton, aku boleh nampak 'gaya' filem arahan beliau. Tempo laju dan diiringi skor muzik (Maafkan aku kalau aku tersilap). Sekurang kurangya, buat masa ini. 

Aksi filem ini lebih kurang sama dengan KL Gangster (2011). Cuma, banyak budget ditambah untuk meletupkan beberapa buah kereta termasuk sebuah kereta polis (kalau tak silap aku). Ya, aku akui aku terhibur.

Dari segi lakonan pula. Semua memberi persembahan yang menarik. Terutamanya Rosyam Nor. Ya, aku yakin ada yang sependapat dengan aku. Walaupon Aaron Aziz merupakan watak utama filem ini, namun, Rosyam Nor berjaya mencuri perhatian aku dan membuatkan aku terfikir bahawa betapa 'bad-ass!!'nye beliau. Watak villain yang sukses. Sukses dari segi lakonan dan juga aksi lawan. Cayala Rosyam Nor! Seperti juga filem KL Gangster (2011), Zizan masih lagi dengan watak gila gila yang bercakap besar dan Soffi Jikan masih seorang gangster yang puitis.

Rating:

7/10

Friday, October 11, 2013

movie review: Gravity





Aku memasuki pawagam dengan expectation yang tinggi untuk filem ini. Ya, ternyata filem ini tidak menghampakan aku. 

Alkisah Gravity:

Kapal Angkasa milik US, Explorer berlabuh di ISS (International Space Station) dan Dr Ryan Stone (Sandra Bullock) ditugaskan untuk memasang suatu device pada bahagian luar kapal tersebut. Sementara itu, komander Matthew Kowalski (George Clooney), pada misi terakhirnya, turut serta dalam misi ini.

Semasa mereka sedang menjalankan misi tersebut, Houston, pemilik suara yang berkomunikasi dengan Stone dan Kowalski, melaporkan terdapat sisa kepingan yang berterbangan dengan sangat laju mengelilingi orbit Bumi. Sebelum sempat mereka kembali ke dalam kapal angkasa, mereka telah dilanggar dengan serpihan tersebut menyebabkan mereka mengalami kerosakan yang dahsyat dan terpaksa mencari jalan untuk pulang memandagkan kapal angkasa mereka telah rosak.

Review:

Apa yang benar benar mengkagumkan aku ialah, kesan khasnya. Ya. Sangat cantik, sangat real dan teliti disampaikan. Aku sangat teruja menyaksikan visual filem ini. Visual Bumi yang begitu indah. Disertakan pula dengan kesan bunyi yang betul betul kena pada 'scene'nya. Semasa sunyi, semasa cemas. Benar benar hebat. Kalau ada filem yang boleh menandingi Life of Pi, inilah filemnya.

George Clooney sebagai Matthew Kowalski adalah begitu bersahaja, kelakar dan bijak. Manakala Sandra Bullock sebagai Dr Ryan Stone pula disampaikan dengan baik sekali. Seorang yang kematian anak dan cuba untuk bangkit semula dalam hidup. Bagaimana beliau cuba menyampaikan semangat survival itu, pada aku, berjaya disampaikan. Persembahan yang cemerlang dari kedua dua pelakon.

Ini, boleh dikatakan, bagi aku, filem yang terbaik pada tahun ini. Well, setakat ini..

Rating:

8.5/10

Saturday, July 27, 2013

diari ramadhan 2013: meatball ikea



Aku sebelum ni selalu sangat dicanang canang oleh kawan aku yang 'meatballs' IKEA memang sedap, lembut, juicy dan menyelerakan. Makan sekali, nak makan banyak kali. So, tadi aku berpeluang untuk merasai pengalaman kulinari yang digembar gemburkan tu.

Meatballs bersama menu lain (e.g: chocolate cake, chicken chop). Aku tak nak tangkap gambar lain sebab taknak nampak macam 'peghak' sangat kan. Kahkah..

So, personal opinion: Memang benar yang meatballs IKEA ni sedap. Berbaloi untuk makan. Lembut dan juicy. Tunas rasa aku melonjak kegembiraan tatkala aku kunyah juadah ni. Tapi.... ini bukanlah jenis yang aku akan makan kerap. You know what i mean.. Ya, meatball ni memang sedap. At the same time juga, aku cepat muak. Makan 5 6 ketul, aku dah muak. So, kena tunggu next few months, baru aku akan jamah balik meatballs Ikea ni..

Burpp.. Alhamdulillah~ :)

Friday, July 26, 2013

diari ramadhan 2013: how hard can it be? #2



Salam Ramadhan kalian,

Agak lame aku tak update dek kerana broadband aku yang rosak dah lebih seminggu. Mujur ade warranty lagi.

Bersambung dari entry aku yang sebelum ni...

Time awal puasa, geng geng yang tak puasa ni secara cover cover hisap rokok dan beli makanan bagai. Paling kuat pon, geng ni akan suruh bangla untuk belikan roti canai dekat kedai mamak untuk diorang mencekik dekat 'port' tersorok.

Sampai je separuh bulan puasa, this activity doesn't go secret anymore. Geng geng ni dengan relek hisap rokok dekat tepi tepi jalan. Beli air tak pakai bangla dah. Sendiri beli. Dengan selambe teguk air depan aku dalam kereta. Sampai aku sendiri jadi segan.

Aiii... Kalau kerja kene kerahan macam bangla, aku tak runsing sangat la tengok ngkau tak puasa. Ini, keje office pon tak puasa. Bagi aku, takde alasan langsung kenapa ngkau perlu tak puasa. 

Oh dunia~


Sunday, July 14, 2013

diari ramadhan 2013: how hard can it be?



I am currently working in construction area. Seeing workers having a hard time doing harsh works while fasting is normal. So, watching them drinking or even eating in the middle of the day during fasting month, I don't want to argue more. 

But, there is this guy, whom I know, aged over late 30's, and I am certain he's a Muslim, just like me, smoking during the day and only God knows if he was even eating somewhere someplace. This guys job is monitoring and consulting on job done by the workers. So, for sure he's not even sweat himself doing his work. But then, he's skipping his fasting while claiming the heat as the excuse of his action. But all I saw was he just resting under shades while watching the work done. Oh, this is so wrong.

The job was just supervising, how hard can fasting be?


p/s: Please excuse my poor English..

Wednesday, July 10, 2013

diari ramadhan 2013: sahur





Roti Massimo sapu Tuna Mayonis pedas dan Barli panas. 

Mungkin esok pagi punye sahur pon same jugak.

Sunday, July 7, 2013

ramadhan



Aku boleh dikira dah menetap di Penang selama hampir 5 tahun. Dari belajar sampai la kerja. Macam macam scene puasa yang aku dah hadapi. Sahur beli nasik goreng ayam mamak share dengan roomate, sahur air kosong, beratur panjang nak beli murtabak, berbuka dekat masjid sebab nak jimat, berbuka dengan meggi, bertarawikh dekat masjid yang paling laju dan macam macam lagi la.

Tahun ni, aku dah tak lagi menetap di Penang. Masih ternanti nanti suasana puasa di Kajang. 

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Sunday, June 30, 2013

melayan perasaan



Kite memang sibuk dengan aktiviti seharian kite. Yang bekerja, bekerja. Yang belajar, belajar. Yang tak tau nak buat ape, tak tau aku nak kate ape. 

Mungkin ape yang akan aku tulis pada perenggan seterusnya ni takde kaitan pon dengan perenggan atas ni. Oh, dunia~

Aku, kadang kadang perlukan satu masa untuk aku melayan perasaan. Ya. Duduk termenung. Tengok awan. Tengok pokok. Tengok pantai. 

kau mawarku...syu...syuwaaaa.....

**aku pernah terfikir untuk berhenti kerja dan melepak di rumah dek kerana terikutkan sangat layanan perasaan. Oh dunia~

Thursday, June 27, 2013

KIL




Aku dah tengok trailer untuk filem lama dah, tapi last May baru keluar. Memang agak lama aku tunggu tunggu filem ni. Tapi sayangnya, tak banyak cinema yang tayang filem ni. Agak frust dan bertambah frust lagi bila filem melayu yang ditayang dekat cinema berhampiran aku tu filem Ahmad Idham. Alahai..

So, KIL dah keluar Astro First dan for sure dah keluar untuk download. Dan.. Aku baru je download filem KIL. Mungkin akan direview nanti. Walaupon agak terlambat. Haha..

**Sorry KIL, aku memang nak support filem melayu yang berkualiti. Aku dah tonton Bunohan dan Songlap dekat cinema. Tapi tak tercapai untuk KIL. Filem yang dinanti akan datang ~ Hanyut. 

Wednesday, June 26, 2013

ular sawa dan satay teluk batik




 Ular sawa tersebut dilihat terbonjol perutnye setelah menelan anak lembu Pak Amit. Nak menyorok dalam tanah gamaknye. Tapi apekan daya, tak termampu dek kerana perut yang over-streched.

 Pak Wahid, individu yang menemui ular sawa tersebut. Beliau tidak mahu wajahnya dipaparkan kerana tak mahukan publisiti murahan.

 Sehingga ke siang hari, ular sawa tersebut tak dapat nak bergerak pun. Kenyang gile katenye..

Pak Amit, pemilik anak lembu yang ditelan si ular sawa, tak dapat menahan perasaan marah dan hiba. Kemarahannya ditunjukkan dengan menendang nendang perut ular sawa yang terbojol.

"Pulangkan!!.."

"Pulangkannnnnnn!!!..."

Teriak Pak Amit sambil kakinya ligat menendang perut si ular. 

Dek kerana dendam kesumat, Pak Amit dan orang kampung secara beramai ramai melapah dan menjemur ulas sawa tersebut.

 Ular yang sudah kering, dipek dan digredkan mengikut permintaan pelanggan.

Nyum.. Nyumm.. Buleh dimakn selalu :)

Tuesday, June 25, 2013

so far..



Assalammualaikum dan selamat sejahtera pembuka bicara...

Ok. Aku tau aku dah lame betul tak update. 3 bulan lebih mungkin. Kalau korang semua nak tau, sekarang ni aku tengah struggle untuk carik idea bende ape nak tulis, nak susun ayat lagi, dan nak tulis bende yang bile korang bace, korang tak kate "hek elehhh! ape bende mamat ni membebel..". Serius bile dah lame tak membebel dekat sini, bile nak start balik, otak akan jadi jam. Aish..

Ok. So far, ape yang dah jadi dalam hidup aku..

Aku tak lagi menetap dekat Penang, tapi sekarang ni aku menetap dekat Kajang, Selangor. Yup.. Tukar projek pulak. Dulu Penang Second Bridge, sekarang MRT. Dulu maintenance, sekarang utilities relocation. Good for me. New things, new experiences. Baru meriah aku punye CV. Tak gitu? 

Banyak bende aku nak buat dekat sini. Aku nak hiking. Aku nak main photo shoot. Aku nak jogging petang petang. Aku nak main gym. Aku nak mekap kereta. 

Tapi, satu pon belum tercapai... 

Tolong doakan aku. Boleh?


Friday, March 29, 2013

sehangat taik ayam



Salam,

Aku dapat rasakan yang aku begitu tak konsisten dalam penulisan blog. Ade la dalam dua minggu lebih aku tak update ape pun. Takde idea takde bahan bercampur campur dengan rasa malas mengukuhkan lagi tindakan aku.

Ah, tengok! Dah la lame tak update, bile update pulak, ayat sekerat dua je. Cis!

Sekian..

Sunday, March 17, 2013

movie review: eternal sunshine of the spotless mind




Mengisahkan tentang Joel (Jim Carey) dan Clemantine (Kate Winslet) yang merupakan couple dan masing masing cuba menjalankan prosedure untuk memadamkan memori sesama mereka. Walaubagaimanapun, semakin mereka cuba untuk mamadamkan memori tersebut, semakin mereka merasakan perasaan cinta itu. How they used to be, once. Betapa perit untuk memadamkan memori tentang seseorang yang pernah mereka cintai.

Joel dan Clemantine merupakan pasangan biasa yang pernah kita lihat. Bercinta, tak bersefahaman, dan bergaduh. Namun, masing masing deserve untuk mendapat peluang kedua. Ya, ini merupakan kisah tentang peluang kedua. Put aside segala ketidaksefahaman dan start fresh. 

Jim Carey dan Kate Winslet memberikan persembahan yang baik dalam filem ini. Aku tidak lagi merasakan yang Jim Carey hanya boleh melakonkan gaya lakonan yang stereotaip - lakonan bersama mimik muka. 

Filem ini mengingatkan aku tentang frasa "You'll never know what you'd got until you lost it"


Rating: 7.5/10

Wednesday, March 13, 2013

selektif



Tadi kawan aku ajak tengok cerita Django Unchained arahan Quentin Tarantino. Aku, dengan tak semena mena membangkang untuk menonton cerita tersebut. Wow, tegasnya aku..

Aku telah menonton Kill Bill 1 dan Kill Bill 2, Inglorious Basterds, dan Pulp Fiction. Semuanya arahan Quentin Tarantino. Aku boleh katakan gaya pengarahan beliau adalah hampir sama dalam setiap filem arahan beliau. Filem yang slow dan dipenuhi dengan skrip, music score yang old school, dan jalan cerita yang kurang aksi. Bagi yang tak suka genre sebegini, aku confident mereka akan kata 'bosan gile cerite ni'.

Aku, frankly speaking, tak penah meminati satu pon filem arahan Quentin Tarantino. Ya aku tahu rating IMDB bagi semua filem beliau adalah tinggi, tapi, bukankah movie review bagi seseorang itu bersifat subjektif pada dasarnya. 


p/s: tak sangka aku begitu bersifat selektif dalam menonton filem di pawagam.. :P

Monday, March 11, 2013

pokok lawan zombi




Jangan ganggu, aku tengah lawan dengan zombie..

:
:
:
:



p/s: tak sangka game ni best..kahkah

Sunday, March 10, 2013

ali, abu dan ikan paus



Ali dan Abu memang hobi mereka memancing di laut dalam. Biarlah apa orang kata, mereka tetap minat dengan hobi mereka. Sebutlah dekat laut mana, dekat lubuk mana, dekat sungai mana, semua depa dua ekor dah pegi. Sebutlah ikan ape, semua depa dah tangkap. Cuma.... mereka masih belum dapat menangkap ikan paus sahaja lagi. Ya, itu impian mereka.

Ali dan Abu juga, kegemaran mereka terhadap makanan juga sama. Yakni, pisang goreng. Tiap tiap kali trip memancing, mereka pasti akan membeli pisang goreng bungkus untuk dimakan semasa memancing. 

Alkisah pisang goreng... Dimana saja pastinya orang akan menjual pisang goreng dibungkus menggunakan plastik. Jarang jarang orang menjual dengan menggunakan bekas kertas. Sebab ape? Mahal baq ang. Lihat saja Mak Jah, dulu pakai Kancil 660, sekarang sudah tukar ke Honda City. Kenapa? Sebab jualan goreng pisangnya yang ya ampun, sangatlah laku. Dan, untung jualannya yang sangat banyak. Mana taknya, pisang tanam sendiri. Pisang goreng bubuh dalam plastik - tak pakai bekas kertas. Berbaloi baloi.

Ya, tiap tiap kali trip memancing, Ali dan Abu akan membeli goreng pisang dekat kedai Mak Jah.

Hari itu, Ali dan Abu memancing laut dalam. Macam biasa, dengan bungkusan pisang goreng. Berbungkus bungkus mereka beli. Mereka bercadang untuk bermalam atas bot. Memancing sampai keesokan harinya. Sudah tentu mereka perlu banyak bekalan makanan. Pisang goreng terutamanya.

Satu sifat buruk yang mereka kongsi ialah: suka membuang sampah dimerata rata. Tak kira masa, tak kira tempat. Dari dalam kereta, dari dalam bas, dari dalam teksi. Dari atas bot? Sudah tentu. Jadi, kemana lagi perginya plastik pisang goreng setelah pisang goreng di dalamnya habis? Ke laut la jawabnya.

Setelah dua hari satu malam mereka memancing, macam macam ikan mereka berdua dapat: ikan merah, ikan kerapu, ikan jenahak, ikan layar, ikan tuna. Cuma.. masih belum dapat menangkap ikan paus. Tetapi mereka tetap berpuas hati. Jadi, mereka pun pulang ke darat.

Sesampai sahaja di pantai, kelihatan sesuatu objek yang besar berwarna gelap. Semakin dekat, semakin jelas kelihatan susuk tubuh objek tersebut. Kelihatan beberapa orang mengerumuni objek yang kadang kala bergerak sedikit sedikit itu. Seperti sudah nazak gayanya. 

Bot berhenti, Ali dan Abu turun sambil menghampiri objek tersebut.



Oh, ikan paus rupanya.. Dan..

Ada plastik dalam perutnya....

Ali pandang Abu dan Abu pandang Ali. Akhirnya, mereka berjaya juga memancing ikan paus. Hanya dengan umpan plastik pisang goreng. Gembiranya bukan kepalang. Sehingga menitis air mata dibuatnya.


Wednesday, March 6, 2013

movie review: rock oo!, zero dark thirty



Filem: Rock Ooo! RimbaBara Kembali
Rating: 7.3/10
Review:


Rock Ooo merupakan filem yang menceritakan tentang kesungguhan, impian, dan.. betapa hebatnya pengaruh 'rock' pada zaman itu - lewat 80'an dan awal 90'an. Dari pakaian, mekap, rambut, hinggalah ke suasana.

Mengisahkan tentang Amy Mat Piah (Que Haidar) yang bersungguh sungguh mahu menjadi lead-singer Rimbabara semula - setelah post beliau digantikan oleh Zul Kapan (Soffi Jikan) di dalam Rock (2005) - dan seterusnya menaikkan kembali nama Rimbabara di mata peminat. Sungguhpun mulia usaha beliau, berbagai dugaan yang datang menerpa dalam perjalanan meniti impian tersebut. 

Unsur humour merupakan penguat filem ini disamping iringan lagu yang benar benar mengimbau kenangan. Skrip berulang yang semakin diulang, semakin kelakar. Ya, seperti "pantang anak petani moden mengaku kalah", "kan...kan...kan...". Penonton tidak diasak dengan humour yang 'bodoh' dan menjengkelkan. Skrip Slash (Pekin) dan Black (Azmi) aku dapat rasakan sangat minima tetapi memberi kesan. 

Penyudah filem ini benar benar berjaya menjentik perasaan nostalgik dalam penontonan aku (nak cerita lebih, takut menjadi spoiler). Aku yakin penonton lain turut merasakannya. Kan?

Ya, Rock Oo merupakan filem humour yang baik. 

.................................................................................................

Filem: Zero Dark Thirty
Rating: 5/10
Review:


Aku pertama kali menonton hasil karya Katherine Bigelow ini. Aku tak pernah menonton The Hurt Locker. Apa yang aku boleh katakan ialah betapa meleretnya cerita ini untuk menyudahkan suatu penyudah yang semesta dunia sudah tahu. Ya, semua orang tahu Osama Bin Laden telah dibunuh oleh askar US. So, kenapa perlu meleretkan cerita ini sehingga 2jam 37minit?

Di samping membongkar tentang penyeksaan banduan oleh agen CIA dalam memburu Osama, dan betapa obsesnya Maya (Jessica) mencari klu lokasi beliau, tiada pengisian lain yang aku boleh rasakan dalam filem ini. Ya, ia boleh dikatakan seperti dokumentari pemburuan Osama. Itu saja. Full-stop.

This movie is so overrated. Hehh..

Sunday, March 3, 2013

electronic distributor ignitor



Sebulan dua ni aku selalu je runsing bile nak drive kancil 660 aku. Biar aku story siket. Dua bulan lepas, kereta aku menjadi semput semput yang sangat teruk. Naik semput aku dibuatnya. So, hantar workshop, pomen kate contact point dah habis. So, tukar baru. Kereta pon ok.

Tapi kegembiraan aku tak lama. Dua minggu lepas aku tukar contact point tu, semput semput tu datang balik. Terasa sangatla menjengkelkan bilamana aku nak drive. So, hantar semula ke workshop tu. Pomen tu kata lagi, 'ni contact cap ayam, tak bagos'. So, tukar pulak Toyota punya contact. Kereta pon ok. Dan yang lagi best ialah: service is free-of-charge. Best kan? betul betul betul...

Nak happy sangat pon tak gune lagi, dua tiga minggu lepas aku tukar contact, semput semput tu datang balik. Mak ai, memang bengang tak tau nak cakap la. Kes ni pulak, bile aku hantar ke workshop, pomen try bawak, takde masalah pulak. So, pomen kate ok je la. Takde masalah. Ah, ini memang total annoying.

Dalam otak aku terbayang punce punce yang berkemungkinan penyebab kepada masalah ini. Tapi at the same time, aku ade doubt.. Nak overhaul la, nak tukar spark plug la, nak tukar exhaust la.. Ya, macam macam idea yang keluar. Tapi macam aku cakap tadi, ade doubt dan second thought.

Tadi petang, aku search di internet - disebabkan hantar ke workshop pon takde gune - dan, guess what. Aku jumpe satu web page yang bincangkan betul betul pasal masalah aku ni Klik sini. Sebelum ni aku penah bukak page ni. Cume mungkin aku tak go through dengan ape yang nak disampaikan. 

So, antara solution yang die propose ialah: tukar contact point system tu kepada electronic distributor ignition. Dan.... Aku pon pegi la ke workshop untuk tukar bende tu. Ya, dan akhirnya, masalah aku selesai. Costing me over RM180, but, I'm happy.

Harap takde masalah lagi. Sekarang aku cume nak pasang alarm system yang baru dan sarung seat sebelum aku hand-over kereta tu kepada adik aku.

p/s: terima kasih kepada brader MrSiber dalam page ini

Tuesday, February 26, 2013

rekod



Ya, inilah rekod ic aku yang terbesar penah aku miliki.


p/s: macam mane la aku nak bawak pegi jalan ic ni. nak buh dalam wallet pon tak muat

p/s: btw, untuk pengetahuan, sekiranya korang hilang IC atau dokumen lain, tak payah buat report polis, terus direct buat baru di JPN. 

aku



Sebelum ni aku ade baca entry nick yang menceritakan 7 perkara tentang diri dia. So, disebabkan semangat plagiarism dalam diri aku sangat tinggi, aku pon nak buat jugak.. Diharap saudara nick tidak sue aku di mahkamah... hehe

So, ini dia 7 perkara tentang diri aku..

1. Tinggi 165.5cm dan berat 68kg. Ya aku tau, aku pendek dan berat aku tak ideal.

2. Sukakan aktiviti yang 'back to nature'. e.g: hiking, camping, bbq tepi air terjun, mandi manda etc. Tu sebab, kalau aku ade masa untuk bercuti, aku akan pilih pulau pulau dan pantai pantai

3. Sukakan fotografi. Kalau boleh, nak jadi pro dalam snap potrait dan lanskap.

4. Makan takde yang pantang. Paling suka - kambing. Percaya atau tak, dalam family aku, aku sorang je makan kambing. Yang lain semua tak makan kambing. Dan, setiap kali makan nasi, mesti kena ade sayur - tak kisahla yang raw ataupon yang masak.

5. Aku sukakan filem filem yang bermutu. Tak kisahla datang dari genre mane: drama, aksi, animasi.. Tu sebab aku ade segmen movie review. Ya, movie review adalah sangat bersifat subjektif. Pendapat aku tentang sesuatu filem kadang kadang tak sama dengan orang lain.

6. Oh ya, anak keenam dari tujuh orang adik beradik. Disebabkan aku yang kedua bongsu, orang kadang kadang akan cakap aku ni manja. Manja ke? Puiii!!

7. Sukakan warna maroon. Time kawen nanti nak pakai baju kaler maroon.. kahkahkah


p/s: korang pulak?


Sunday, February 24, 2013

lama



Agak lama jugak aku tak update entry. Kira kiranya, dekat seminggu. Anyway, takde ape yang nak diceritakan sangat. 

Ok, itu saja..

Terima kasih...


p/s: em.. takde ape yang nak di'p/s' kan jugak... oh dunia~


Sunday, February 17, 2013

movie review: wreck-it-ralph dan the perks of being a wallflower



Filem: Wreck-It-Ralph
Rating: 8/10
Review:


Sebuah filem animasi yang mengisahkan watak villain, Ralph, dalam arcade game yang mahu menjadi watak baik dengan memenangi medal. Akan tetapi, dalam game tersebut, watak villain tak akan mendapat medal. So, untuk mendapat medal, Ralph telah menceroboh game arcade yang lain. 

Pujian harus diberi kepada pasukan pembikinan kerana berjaya menghidupkan suatu penceritaan di dalam game. Tak lupa juga bagaimana menariknya watak watak yang dibangunkan dalam filem ini. 

Yeah, it's a fun and entertaining movie..

.................................................................................................

Filem: The Perks of Being a Wallflower
Rating: 8.2/10
Review:


Ok, time hari terakhir aku di universiti, aku terasa semacam kesedihan. Kesedihan kehilangan. Setelah selama empat tahun hidup bersama, ya, aku merasakan kesedihan itu. Well, if you know what i meant. Entah kenapa, perasaan ini aku dapat rasakan  lagi dengan kuat setelah menonton filem ini... Yes, that feelings. It won't go..

Agh, sentimental la pulak..

Ok, dalam 15 minit pertama filem ini bermula, korang akan nampak visual filem high school amerika yang tipikal. Ini merupakan tekaan aku: Seorang junior baru memasuki high school. Dibuli and what-so-ever. In the end, ade awek kool menjadi awek die dan die tak lagi dibuli. Itu dia, tipikal dan simple.

But, that's what gets me wrong..

Ini bukanlah filem berkenaan high school semata. Temanya sangat kuat sehingga memberi kesan yang mendalam keatas penonton (e.g: aku?). Persahabatan, cinta, dadah, alkohol, mental illness, perpisahan. Charlie merupakan seorang yang pendiam dan tidak mempunyai teman. Then, Charlie bertemu dengan Patrick dan Sam, yang mana merupakan senior. Dan di situlah segala galanya bermula.

Filem ini hebat baik dari segi teknikal mahupon lakonan. Skor muzik, cinematography. Dilaksanakan dengan sangat baik. Lakonan? Ah, ini yang menarik. Charlie-Patrick-Sam merupakan filem ini. Ya, merekalah tunjangnya. Sangat memeranjatkan, watak Charlie dibawa dengan amat berkesan sekali. Mimik muka, body language. Amat berkesan. Watak Patrick dan Sam juga dibawakan dengan baik sekali. 

Ya, aku amat sukakan filem ini. Dan aku tak kisah untuk menontonnya berulang kali.

Yes, we are infinite..


p/s: Selepas tontonan aku yang ketiga, aku turun berjogging dan membuat push up-and-what-so-ever di sebuah taman permainan di taman perumahan aku. Selesai semua, aku tak tahu kenapa, sambil duduk bersila di atas tile di taman tersebut, aku termenung melihat awan, melihat lalang. Ah, perasaan itu datang lagi..

Aghh, menjadi sentimental lagi...

Saturday, February 16, 2013

penang second bridge: majlis segmen terakhir



Warning: entry ini mengandungi gambar yang terlalu banyak kerana si penulis sedang kepenatan dan kehabisan idea untuk mengulas lanjut mengenai majlis tersebut. Even gambar pon belum sempat diedit. Dear reader, please bear with me.

Ini, Launching Girder. Dulu penah explain

Gadis gadis jambatan

Staff dan para jemputan


Friday, February 15, 2013

aku pencinta alam: bukit hijau lagi



Entry ni patutnya aku buat 2 minggu lepas lagi. Masuk kali ni, dah kali keempat rasenye aku ke Bukit Hijau, Kulim. Tapi kali ini bersama workmate. Bbq, mandi, bbq, mandi. Tu je tantatifnye. Walaubagaimanapon, agak berpuas hati kerana dapat mandi sungai - sebab dah lame sangat tak mandi sungai.

So, nikmatilah gambar ayam + ikan bakar yang kami bakar pada hari itu. :)

klik gambar untuk melihat gambar2 yang lain..


Wednesday, February 13, 2013

keperluan, kehendak



Memiliki sesuatu yang kite inginkan merupakan suatu impian bukan? Mahukan kereta import berbanding kereta tempatan. Mahukan Honda City berbanding Proton Persona. Mahukan rumah banglo tiga tingkat berbanding rumah teres setingkat tepi highway. Mahukan smart phone yang boleh kite show-off depan kutu kutu yang takde kemampuan untuk memiliki handphone secanggih dan semahalnya.

Semua itu bagai impian bukan.

Tapi, adakah itu keperluan? atau kehendak?

Renung renungkan dan selamat beramal..



p/s: kalau terlalu mengikut kehendak tapi kemudian hari kite yang sengsara menanggung hutang, tak boleh jugak kan..

p/s lagi: entry ini sangatlah pendek kerana aku terkejar kejar untuk menonton Wreck-It-Ralph downloaded version yang aku baru download tadi. Mungkin akan di-review nanti :)

Tuesday, February 12, 2013

movie review: a good day to die hard - the impossible - husin, mon & jin pakai toncit



Filem: A Good Day To Die Hard
Rating: 6.7/10
Review:


Siri John Maclane yang kelima ni tak banyak berubah dari segi jalan cerita dan aksi. Klise tetapi menghiburkan. Tempo cerita yang pantas - seperti tak sabar sabar hendak menunjukkan betapa extravaganzanya action yang disajikan dalam filem tersebut - menyebabkan story development-nya terabai. Walaubagaimanapun, A Good Day To Die Hard masih lagi menghiburkan untuk ditonton.

.........................................................................................

Filem: The Impossible
Rating: 7.6/10
Review:


Berkisar tentang sebuah keluarga yang terjejas akibat kejadian Tsunami yang melanda Thailand pada 2004 yang lepas. Suatu persembahan yang menarik dari segi lakonan, kesan khas dan juga skor muzik. Akan tetapi, aku tertanya tanya - kerana ini filem yang based on true story - kenapa di hospital, yang ramai tersadai sakit ialah mat saleh @ orang kulit putih? Sedangkan ramai warga lain turut berada di tempat kejadian - orang kulit hitam dan juga warga tempatan. Walaubagaimanapon, itu tidak menjejaskan persembahan filem ini.

.........................................................................................

Filem: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit
Rating: 5.5/10
Review:


Masih lagi mengambil latar Kampung Pisang sebagai latar utama, dan Awie sebagai lead actor. Sedikit penambah baikkan dari segi kesan khas. Namun, idea humour yang masih lagi sama dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah menyebabkan aku menjadi kurang thrill untuk menonton. Penambah baikkan dari segi kesan khas adalah sesuatu yang bagus, namun, sekiranya kesan khas tersebut melebih lebih (kesan khas yang tak berapa nak real), maka ia tidak lagi menjadi satu kekaguman. Kalau bercerita lebih, akan menjadi spoiler, so, tengoklah sendiri di pawagam berhampiran.

Saturday, February 9, 2013

contest ce teke gambo ape



Jom join contest nih. Kalau yop yong sekalian power bebenor meneke gambo apekah ini, makenye, ce try teke gambo hape ke ini?

klik gambo kalau kome nak join

hadiah lumayan menanti:

pertama: rm300
kedua: rm200
ketiga: rm150
keempat kelima: rm80

p/s: nampak macam mate duitan kan? ha a..pande pon..hahaha

Friday, February 8, 2013

teruja



Serius aku teruja bile menonton trailer fast and furious 6 ni..


"THEY GOT A TANK!!!!"

Thursday, February 7, 2013

hutang




Sedar ataupon tak, kite sebenarnya hidup dibebani dengan hutang. Dari education sampai la hidup bekeluarga. Mahu atau tak, memang kite akan berhutang.

Belajar:

PTPTN merupakan option yang harus diambil oleh pelajar pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah untuk melanjutkan pelajaran di universiti universiti. Dari segi rasionalnya memang ia amat membantu kerana yuran pembelajaran di universiti memang agak tinggi. In the other hand, bila tamat belajar, dapat degree/diploma, dapat kerja, jangan suka sangat. PTPTN bukanlah badan kebajikan yang nak suke suke bagi duit macam tu aje. You have to pay back what you'd owed them...... With interest..Yes, interest..

Maka, sedarlah bahawa, even sebelum kite mendapat kerja lagi, kite (peminjam PTPTN) sebenarnya telahpon mempunyai hutang.

Kereta/Motor:

Mempunyai kenderaan sendiri adalah suatu yang crucial - memudahkan diri/bersama family untuk bergerak. Menggunakan public transport memanglah menjimatkan. Tapi, in case of emergency, kereta/motor merupakan satu keperluan. 

Beli kereta, even local brand, still require us to do bank-owing-money. Bayar kereta secara cash hanyalah untuk lord lord yang kaya raya, yang mampu menukar kereta sesuka hati. Untuk orang kebanyakan macam aku, macam kite, frankly speaking, hutang je la..

Kahwin:

Kawan aku sudah ade beberapa yang dah melangsungkan perkahwinan. Berdasarkan survey yang aku buat, kebanyakannya membuat loan untuk kahwen. Hanya beberapa je yang tak buat loan: mak bapak support, atau, pasangan pakwe makwe tu dah menyimpan dari zaman sekolah lagi. Kenapa hutang? Yup, aku boleh bayangkan kenapa.

Nak kawen, satu hal. Nak kenduri lagi satu hal. Nak bagi hantaran lagilah satu hal. Secara purata, hantaran zaman sekarang, kebanyakannya mencecah RM10k. RM10k diatas bahu lelaki (yang share share secara rahsia tu hal lain). Nak kenduri lagi. Cincin itu ini lagi. Ya, congak congak lah sendiri.

Pada aku, menyimpan untuk berkahwin itu cukup bagus. Namun, selepas kahwin pon perlu wang jugak. Tak gitu?

Hutang? Ya, option yang ada untuk anak muda kahwin cepat.

Rumah:

Hidup bekeluarga beranak pinak merupakan anugerah yang perlu kite hargai. Aku, selaku lelaki, bakal suami, bakal ketua keluarga, mahukan yang terbaik untuk bakal keluarga aku. Aku mahukan tempat tinggal yang anak anak aku boleh bermain berlari lari bagai. Tempat tinggal yang aku, bakal isteri aku, serta anak anak aku, berasa selesa. Tempat tinggal yang mak bapak adik beradik aku rasa seronok datang. 

Ya, rumah yang bagus, bagi aku, amatlah perlu.

Hutang? dah tentu..

Lain lain:

Lain lain seperti tanah, simpanan asb, dan sebagainya. Sesuatu yang bersifat optional tapi pada masa yang sama, kehendak kite. 


p/s: Betul tak ape aku kate? Hidup kite dikelilingi / bakal dikelilingi oleh hutang piutang. Whether we like it or not....

Wednesday, February 6, 2013

nano nano



Baru baru ni aku pergi ke kedai runcit. Aku tak lagi membeli Super Ring dah. Dah muak mungkin. Then, aku nampak paket gula gula yang memang betol betol mengimbau masa kanak kanak aku.

gula gula nano nano

iklan nano nano yang aku tonton zaman kecik kecik dulu


p/s: semasa aku play video iklan nano nano ni di youtube, roomate aku tegur... "gile nostalgik". 

Yes, no doubt.. betol betol nostalgik

movie review: hansel & gratel - boleh laaa




Aku tak penah ade intention untuk tengok filem ni even dari awal lagi. Tapi, sebab dah takde filem lain yang ngetop dan aku memang agak bosan sabtu lalu, so, tengok la aku filem tu bersama housemate aku. 

Aku straight to the point je lah ye. Hehe.

Filem yang simple jalan ceritenye dan takde element of surprise. Ape yang buat aku surprise ialah betapa berdarahnye filem ini dihasilkan. Darah tersembur sembur. Kepala pecah bersepai sepai. Rase macam tengok The Wrong Turn pulak. 

Nampak macam filem ini lebih mengutamakan action dan effect berbanding character development. Senang cerita, kurang skrip je la. Watak utama merupakan adik beradik yatim yang memang sudah lama hidup berdua. Aku suspek mungkin si pengarah mahu meletakkan sentimental/emotional value dalam hubungan dua beradik ni (dalam satu scene. satu je), tapi bagi aku ia terlalu mencuba dan kurang berjaya.

Spoiler: ade seorang pempuan dituduh sebagai ahli sihir tapi disangkal oleh Hansel dan Gratel. Sebab dikatakan tak mempunyai simptom ahli sihir. Rupa rupanya die betul betul merupakan ahli sihir. Tapi ahli sihir yang baik lah (the white witch). Korang nak tau tak, dari awal lagi aku dah syak die memang witch. Dan memang betol tekaan aku. Bull's-eye!!! Yeah! haha

Anyway, kalau korang terase sangat bosan dan takde certe lain korang nak tengok, boleh la tonton filem ni di pawagam pawagam berhampiran. It still worth your money. Well, partially..hehe

Rating: 6/10

Monday, February 4, 2013

hujan



Keluar je office aku nampak dah mase depan aku. Awan gelap, angin kuat, orang lain semua dah keluar berpusu pusu. Tak cakap banyak, aku pon follow semua yang dah keluar office tu. First sekali kena la bukak safety shoe. Pakai selipar pulak, kang dah lenjun habis sejuk satu badan, rambut, kaki dan juge kuku.

Nek moto pegi keje ni, ni la dugaannye. Tak kene panas, kene hujan pulak le. Tapi nak bawak kereta lak habis jahanam nanti masuk site durjane. Terpakse la pakai moto je. 

Tak sampai separuh jalan, hujan dah turun. Mane satu nak protect? laptop dalam rage atau badan kepale dan ubun ubun. Aku ambik baju hujan cover laptop dalam rage tak nak bagi kene setitik air hujan pun. Aku pulak lenjun. Jangan tanya kenape tak cover badan tapi cover laptop zaman firaun.

Sampai rumah aku tanggal helmet sambil mandi manda bawah hujan. Dalam hati aku cakap, "kalau mandi hujan, sok demam, boleh ambek mc, takyah datang keje dah kannnn". 

Sekarang korang da tau kenape aku tak cover badan tapi cover laptop zaman firaun..


p/s: Tapi sekarang rase sihat je..

Saturday, February 2, 2013

kerja tertangguh



Lihatlah stor kerja kami yang bersepah sepah.

Kerja tertangguh:

1. Dua bijik Power Team hydraulic pump yang dah barai belum lagi dibedah. Spesifikasi masalah: pump unable to maintain its pressure - pressure descending rapidly 

2. Tiga bijik translation motor yang menanti untuk diassemble semula setelah stator di're-winding'. Spesifikasi masalah: stator leaking

3. Sebijik hydraulic hand pump menanti untuk dibedah. Spesifikasi masalah: pump pressureless - no pressure at all

4. Sebijik support relocation motor (dalam gambar - stator yang besar dekat kaki tu) yang menanti untuk di servis - cuci segala karat karat, megger test, dan assemble semula

5. Tiga bijik air gun yang menanti untuk diservis - cuci segala karat karat, ganti bearing, dan assemble semula

Kerja akan datang:

1. Empat Launching Girder yang menanti untuk dibukak dan disimpan. Spesifikasi kerja: kerja peluh peluh bawah panas matahari, balik kerja lewat, dan badan sakit sakit dan lenguh lenguh


Lihatlah betapa company aku mendiskriminasi aku dan kawan kawan aku dengan memberi ruang sesempit ini untuk bekerja. Aduhai

Friday, February 1, 2013

movie review: argo - suspen




Baru baru ini, judul filem Argo sering aku nampak keluar di dada dada akhbar mahupon tajuk utama blogger. Diangkat sebagai Filem Terbaik dalam beberapa festival filem sudah cukup membuat aku terpanggil untuk menonton filem ini.

Malam tadi aku berpeluang menonton Argo downloaded version. Ya, Argo memang layak menerima title filem terbaik.

Alkisah Argo:

Berdasarkan kisah benar yang berlaku di Iran pada tahun 1979. Konflik bermula apabila pemimpin Iran ditangkap pihak Amerika dan ditahan di Amerika - menyebabkan rusuhan menuntut kebebasan pemimpin tersebut. Dan of course la yang menjadi tumpuan ialah kedutaan Amerika di Iran.

Rusuhan menjadi klimaks apabila pihak perusuh berjaya menawan pejabat kedutaan Amerika dan menjadikan kesemua yang berada di sana sebagai tebusan - akan tetapi, enam daripada pegawai kedutaan tersebut berjaya melarikan diri dan berlindung di kedutaan Canada.

Kebencian warga Iran terhadap Amerika sangatlah tinggi. Mereka akan bunuh mana mana warga Amerika yang mereka jumpai. Persembunyian enam warga Amerika di kedutaan Canada cuma menunggu masa untuk ditemui oleh pihak perusuh.

Ben Affleck (Tony Mendez) merupakan agen FBI yang kerjanya ialah mengeluarkan mana mana warga Amerika dari mana mana negara yang berlaku krisis. Dalam kes ini, Iran. Berjayakah Tony menyelamatkan keenam enam mangsa tersebut? Dengan keadaan yang sangat kritikal - kebencian yang sangat mendalam warga Iran terhadap Amerika. Airport, border, pekan, semuanya dikuasai oleh pihak perusuh. It's a worst nightmare.

Watch it if you wanna know. It is truly a heart-pounding movie..

Rating: 8/10


Thursday, January 31, 2013

masa senggang



Dua hari lepas aku totally busy. Dari pagi sampai malam non-stop problem datang. Paling bestnya ialah bile aku rase keje dah settle - dan dalam otak aku dok terbayang minum air sejuk sambil surf internet dalam office yang berhawa dingin setelah penat bekerja di bawah terik mentari - malangnya, sangkaan aku meleset. Belum sempat pon aku menjamah lunch, problem lain pulak datang.

Sampai jam 9 malam, aku dah terase sangat barai. Mane taknye, pagi, aku sarapan pisang seulas - tengah hari, minum air kosong - petang, rembat limau raye cine dekat office - petang jugak, dapat la merase karipap belas ehsan kawan kawan. Limau embat + pisang + karipap ehsan + air kosong = sumber tenaga untuk aku turun naik Gantry Crane (search google untuk explainasi). Penat... Serius penat...

.................................................................................

Semalam belum boleh senyum lagi. Awal pagi lagi aku da naik bot menuju Batu Maung, Penang - untuk ambil spare part - untuk setelkan keje yang belum setel dua hari lepas. In the mean time, workmate aku sibuk prepare spare DC motor untuk replace motor yang dah rosak.

Hasil terkejar ke sana ke mari, kami berjaya setelkan kerja dalam jam 2 petang.

....................................................................................

Hari ni - pagi pagi datang keje ingat boleh la nak sarapan depan laptop sambil hirup teh o panas bersama kueh sagu - malangnya, datang masalah lain pulak. Motor yang di pasang semalam ada masalah. 

Nak dipendekkan cerite - memandangkan cerite aku ni lebih macam luahan perasaan dan syok sendiri - setelah hampir setengah hari berada di atas Launching Girder (search google untuk explainasi) - berulang alik mencari punca masalah - dan kulit muka dan tangan aku mula menjadi tanned melampau - barulah punca  masalah ditemui. Selesai..

....................................................................................

Sekarang, aku cume mahu menikmati masa senggang aku dengan menghirup air soya ais bersama limau rembat Raye Cine yang aku rembat dari receptionist sambil mendengar lagu Torn nyanyian Natalie Imbruglia. 

Ahh, work is good - keeps my mind and body occupied - but having time for myself once in a while is also good...

limau rembat

Monday, January 28, 2013

addicted




Malam malam kalau aku balik dari dinner, aku beli keropok pek 3posen balance duit syiling makan. Ikut la pape pon, asam ataupon jajan. Takde la, nak tengok tv nanti takde la bosan. Mulut ni kadang kadang gatal nak makan. 

Tapi, asalnye kadang kadang sekarang jadi selalu. Kalau takde jajan tengok tv jadi tak lalu. Ai, ape nak jadi aku pon tak tau. Bukan tak tau yang jajan ni bukannye boleh makan selalu. Takde vitamin mahupon protein wa cakap lu. 

Ai ape nak jadi aku pon tak tau..

Oh Super Ring, the cheesiness, the flavour, the taste.. reminds me of old time. Still same taste. This is definitely the best jajan of all time. Cume makin sikit je. Cis! 


Sunday, January 27, 2013

movie review: mama - aduhai sayangnya




Alert: review ini mengandungi spoiler yang mak ai, punye la banyak

Menonton filem genre seram pada waktu malam memang satu aktiviti yang ideal. Kesannya, korang akan teringat ingat muke hantu yang muncul dalam filem. Worst case scenario? teringat ingat sampai mimpi. Satu: Yes, filem MAMA memang seram. Dua: Tapi aku tak teringat sampai terbawa bawa ke alam mimpi.

Sebab..

Satu: Aku puji filem ini kerana ia berjaya meremangkan dan memeranjatkan aku sepanjang durasi 1jam 40minit filem ini. Cliché, but successfully delivered. Boleh dikatakan, antara filem seram acuan barat terkini yang sukses dalam elemen seram selain Sinister dan Insidious. 

Pelakon kanak kanak dalam filem ini benar benar sukses dalam menjayakan lagi filem ini. Melihat mereka merangkak pantas turun naik tangga benar benar membuatkan perut aku kecut.

Seram, suspen. Memang cukup intipati sebuah filem seram.

Dua: Figure hantu yang dijana melalui teknik CGI dalam filem ini agak melebih lebih. Satu benda yang aku kurang gemar bile menonton filem seram barat. Kalau dari segi 'scary figure', masih belum dapat mengalahkan hantu versi korea, jepun. Ini, sedikit sebanyak memberi kesan kepada momentum penonton sendiri. Seram, seram, seram, dan apabila si hantu keluar, ok, dah tek berapa seram dah.

Tiga: Ada persoalan persoalan yang tak terungkai sampaila ke akhir filem. E.g: bile si hero mendapat mimpi berjumpa abangnya dan abangnya memintanya pergi ke kabin tempat asal hantu tersebut. Tapi in the end, the scene is skipped dan terus ke 'klimaks' pengakhiran filem. The hero never reached the cabin to begin with.

Ada satu scene di mana awek hero, Annabel (satu satunya nama yang aku ingat dalam filem ni), punyai kesan lebam pada tengkuknya. Dalam fikir aku, oh, adakah ini sama seperti filem Shutter? Si hantu bertenggek di atas tengkuk. Tapi, in the end, nothing is explained.

Empat: Cerita sudah cukup bagus. Elemen seram dan suspen juga turut bagus. Story development juga bagus. Akan tetapi, ending yang terlalu mudah dan...awkward. Adakah si penulis sudah ketandusan idea untuk menyudahkan filem ini. Ah, segalanya tampak cacat dan serba tak kena pabila sampai pada endingnya. Dan, aku dan rakan sepenontonan aku membuat keputusan bahawa heronya adalah seorang yang asshole dan loser. In the end, aweknyalah yang sebenarnya hero dalam filem ini.

Seperti yang aku katakan. Ini sebuah filem seram yang bagus tapi sayangnya disudahkan dengan ending yang betul betul mengecewakan. Walaubagaimanapun, tak rugi juga untuk menonton filem ini kerana korang takkan senang duduk dengan level keseraman filem ini.

It worth a watch..

Rating: 6.7/10


Sunday, January 20, 2013

ahad



Sayup..

Sejuk..

Gelap..

Aku redah.

Pasrah...

Redha...

Aku terima.

Kerja ahad?

Oyeah


Friday, January 18, 2013

movie review: cloud atlas - hebat




Aku tak menjangkakan filem ini untuk menjadi sehebat ini. How great it is? Aku mahu menonton ia berulangkali. Itu maknanya, ia filem yang hebat. Durasi 2jam 52minit merupakan durasi filem yang amat panjang tetapi bagi aku: panjang dan bermakna.

Skor muzik dan kesan visual dihasilkan dengan cantik dan berkesan sekali. Mesti korang masih ingat trilogi The Matrix, filem ini diarahkan oleh pengarah trilogi tersebut bersama seorang lagi pengarah.

6 cerita mungkin kedengaran agak kompak dan berserabut. Akan tetapi, si pengarah bertiga berjaya memuatkan keenam enam cerita dengan masing masing tidak overshadow mane mane cerita. Masing masing punya kekuatan jalan cerita masing masing. I just cannot stop watching because my mind keep wandering what connect the dots. Just superbly done.

Lakonan? Memang tak payah nak komen panjang. Brilliant! Kalau korang alert, korang akan perasan setiap pelakon memegang lebih dari satu watak. Cuma, setiap pelakon punya cerita masing masing untuk menjadi lead actor/actress. 

Alkisah Cloud Atlas:

6 cerita past-present-future yang menceritakan kehidupan cerita masing masing dan bagaimana ia memberi kesan pada cerita yang lain. Nak tau lagi? tengok le.

Aku tak pasti sama ada filem ini dah ditayangkan di malaysia atau belum sebab aku tengok downloaded version :P


Rating: 8/10

Thursday, January 17, 2013

status



Aku rase dah agak lama aku tak update dan tak blogwalk. Thanks pada yang caring dan bertanya. Anyway, aku ade je. Tak bz. Dan takde hal pape pon.

Pagi tadi..

Dekat tempat keje, aku sarapan kueh tiga bijik: kuih sagu, kuih keria (gelang), dan donut. Ni la skema pemakanan aku tiap2 pagi: kuih tige bijik, atau, pisang sebijik kuih due bijik, atau, bihun. Nak makan kenyang kenyang sangat kang jadi malas pulak. 

Setel je aku makan. 'On' laptop, bukak fesbuk, bukak kosmo online, bukak segale email, dan, bukak Alkisah (cet!). 

Namun pagi ni lain pulak ceritenye. Baru je aku bukak laptop, bos aku keluar dari bilik die dan cakap ade emergency dekat 'stitching site'. Dengar dengar macam kate ade kaitan dengan generator set. p/s: stitching merupakan proses mencantumkan partition jambatan dengan concrete. Atau lebih dikenali sebagai, concreting. 

Selama pengalaman maintenance aku, masalah masalah yang biasanye terjadi dekat generator ialah antaranya: generator takleh start, takde output power, leaking minyak, mahupon kehabisan minyak. Bende bende ni la yang bermain dalam otak aku sepanjang perjalanan naik ke jambatan.

Bile sampai je...

What the heck??

Masalah masalah yang aku predict tadi, satu pon tak kena! Rupe rupenye...

Kunci generator hilang!! Dan sebanyak enam bijik generator 150kVA hilang kuncinye!! Tak lupe juga kunci satu forklift juge turut hilang!!

Apa yang mampu aku buat cume bypass kunci generator supaya generator boleh hidup dan mereka mereka ni boleh bekerja..

Ini memang keje khianat..

Serius khianat...


p/s: cerite macam takde kaitan dengan tajuk kan? takpe, aku tau dah..

Saturday, January 12, 2013

same news, different story..



kosmo 
(klik gamba untuk berita penuh)

metro 
(klik gamba untuk berita penuh)

berita harian
(klik gamba untuk berita penuh)


p/s: Never trust Metro. pffttt

Saturday, January 5, 2013

aku pencinta foto: street art



Ini merupakan gambar favourite aku dalam banyak banyak street art / mural yang terdapat di Penang. So far, misi aku tercapai lepas jumpe mural ni. haha

 klik untuk ke simpanan gambar