Saturday, December 29, 2012

wishlist 2013



2012 dah nak melabuhkan tirainye. 2013 dah nak menjengah tibe. Macam biase, aku pon listkan la wishlist yang aku suspek boleh achive tahun 2013 nih..

1. CAREER DEVELOPMENT

Aku sekarng ni menceburi bidang construction. Projek yang sekrang ni aku suspek akan setel keje aku dalam bulan 3. Dengan balance contract yang masih berbaki beberapa bulan, aku harap akan di'posting' ke tempat lain, dan, of course la dapat belaja benda lain, yang aku rasa amat bagus untuk pengalaman aku. At least sementara masih bujang ni.. :P

2. RUMAHTANGGA?

zzzzzzzzzzzz

3. HOBI

Aku harap dapat upgrade camera aku dengan lens potrait dan zoom. Serta flashlight.. Baru puas nak snap picture :P

4. SMART PHONE

Mungkin dah nak sampai seru untuk aku angkat satu smart phone memandangkan handphone sony ericsson aku dah semakin barai. Aku tak cerewet dalam hal ni. Senang kate, tak payah yang latest2 pon takpe

Ni wishlist aku, korang pulak?



Wednesday, December 26, 2012

aku dan diet..



Aku ade bace pasal satu jenis diet ni, namenye, diet Atkins. Kalau ikut diet ni, korang kene elak makan makanan base karbohidrat dan juge gule. Sebab bile tenaga kite dah tak terjana dari pembakaran gula, lemak yang berlapis lapis dekat badan pulak akan jadi sumber tenaga. Make sense..

Kalau nak ikut diet ni, memang tak mampu la aku. So, aku just kurangkan makan nasik. Motto aku untuk dinner: 'no rice for dinner'. Makan la sup ke hape ke.

Tadi aku pergi makan dekat kedai. Selalu aku order sup cendawan ataupon bihun sup cabai potong. Tadi saje nak try lain, order bihun goreng singapore. Bile sampai je, bihun tadi bertukar jadi nasik goreng singapore. Member aku order meggi sup bertukar lak jadi meggi kuah. Hai... Ajaib... Ajaib.... Terime kasih kepada adik tukang amek order yang cute.

p/s: sekarang aku still duduk untuk memberi ruang kepada nasik tadi tu turun dengan selamat. Harap esok pagi, nasik tadi keluar balik.

p/s lagi: semalam aku pegi kenduri. member aku cakap aku dah kurus. 

Friday, December 21, 2012

penat, lapo



Semalam aku memang penat.

Mane tak penatnye, turun naik launching girder sampai bape kali ntah aku tak ingat. Nak troubleshoot problem yang kitorang tak penah jumpe. Totally no idea..

Dari jam 9.00 pagi sampai la ke jam 3.30 petang..

In between lak, aku perut aku memulas. Lepas buang, jadi kosong la..

Makan pulak tak order. Nak beli kat mane pulak kan tengah tengah laut nih.

Serius..

Memang penat dan lapo..

p/s: kalau nak tau, ni la punca masalahnye. Vacon Power Inverter. Dah jahanam! So, pegi cabut dari launching girder yang lain dan pasang dekat yang rosak ni. Nak kene bawak turun n bawak naik lunching girder natang aram ni memang satu cabaran. (p/s: saiz lebih kurang CPU tapi lagi berat)

Sunday, December 16, 2012

aku pencinta alam: pantai keracut lagi



Masuk ini kire da kali ketiga aku berkunjung ke Pantai Keracut. Ape yang buat trip kali ni lain dari yang sebelum ni ialah: pergi just balik hari - dan pergi / balik just 'by foot' iaitu hiking. Sebelum ni aku pergi dan camping 1 malam sebelum balik. Memang best rasanya bile dapat keluarkan peluh sambil menikmati betapa indahnya alam ciptaan Allah. Yes, memang best.

klik untuk ke gambar gambar yang lain

Sunday, December 9, 2012

movie review: life of pi - kembara spiritual dan persahabatan




I was really hope that he will stop and look back at me...

Aku memasuki pawagam dengan expectation yang tinggi disebabkan IMDB rate ke atas filem ini yang agak tinggi iaitu sebanyak 8.4/10. Ternyata tidak mengecewakan..

The score was awesome..

The effect was astonishing..

The cast was brilliant..

Ah, aku tak merasakan langsung tempoh 2jam 7minit filem ini suatu tempoh yang lama. Kesemuanya hampir lengkap aku rasakan - score, visual effect dan casting - begitu indah disampaikan. Namun, kisah hidup Pi semasa kecil yang obses terhadap 3 agama - buddha, kristian, islam - mungkin akan mendatangkan negative impression pada sesetengah orang. Pi semasa kecil yang mahukan penjelasan, sifat ingin tahu, reasoning telah menyebabkan beliau menjadi begitu.

Kembara Pi diteruskan apabila dia bersama keluarganya terpaksa berhijrah dari India ke Kanada bagi memulakan hidup baru.  Penghijrahan mereka itu disertai dengan haiwan haiwan dari zoo milik bapa Pi. Namun, dugaan berlaku di pertengahan jalan - kapal yang dinaiki mereka karam dan yang terselamat hanyalah Pi bersama beberapa ekor haiwan - termasuk seekor harimau bengal bernama Richard Parker.

Bermula dari ketika itu, Life of Pi menghidangkan bagaimana survival Pi untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Kalau diimbas semula, filem ini seakan mirip Cast Away lakonan Tom Hank - seorang lelaki yang terdampar di pulau dan hanya ditemani sebiji bola tampar, survive untuk terus hidup - Akan tetapi, Life of Pi menawarkan kehebatan kesan visual yang begitu mengasyikkan - kehadiran ikan paus, obor obor, ikan lumba lumba, taburan bintang di angkasa - Ah, semuanya tampak indah. 

Lakonan Suraj Sharma sebagai Pi (muda) begitu cemerlang sekali. Begitu juga Irrfan Khan selaku Pi (tua) turut sama menghidupkan lagi filem ini. Persahabatan antara Pi dan Richard Parker benar benar berjaya menjentik perasaan aku. Begitu indah persahabatan tersebut hinggakan Pi menangis teresak esak tatkala berpisah dengan Richard Parker (spoiler!). Bertambah sedih lagi apabila Richard Parker terus meluru masuk ke dalam hutan - setelah tibanya mereka di pantai Mexico - tanpa menoleh (spoiler lagi!). Perkara yang sama berlaku dengan keluarga Pi yang lain - pergi sebelum sempat Pi mengucapkan selamat tinggal.

Ah, ini adalah filem yang sangat bagus..



Rating: 8/10

smart phonisme syndrome



Kisah 1:

Ali, Abu, Dolah dan Ahmad merupakan kawan baik yang sentiasa saja berempat tak kira ke mana. Suatu malam, seperti biasa mereka berempat akan keluar untuk makan malam. Kedai Mak Gayah Goyang menjadi tujuan.

Sesampai saja mereka ke sana, masing masing mula memesan makanan pilihan masing masing - Nasi goreng padprik, nasi goreng cina, nasi goreng ayam merah dan juga nasi goreng kundasang - Selesai sudah sesi memesan.

Ahmad begitu teruja untuk keluar malam itu sebab ade berita gembira yang ingin dia kongsi dengan kawan kawan baiknya itu. Dia baru sahaja dinaikkan gaji. Namun ...... masing masing hanya tunduk dan fokus pada smart phone masing masing - BBM, Wassup,  dan Facebook - Keadaan sunyi. Keterujaan Ahmad padam begitu sahaja. Ahmad angkat handphone nokianya yang tak berapa smart sambil membelek belek gambar yang ditangkap setahun yang lalu..

Kisah 2:

Ali dan isterinya sedang bersembang sembang di sebuah kedai mamak.

Ali           : Yang, esok abang ingat nak pegi jalan jalan dekat Feringgi Wok la yang. Cane? Ok tak yang rase?
Isteri Ali  : Yang on je. Lagipon bosan jugak duduk kat rumah je. Ok je
Ali           : Nice. Kalau gitu, sok kite gerak lepas sarapan. Ok tak?
Isteri Ali  : Ish, kang jem lak bang. Pas subuh la kite gerak.
Ali           : Em, ok gak. Kite sarapan dekat sini (kedai mamak). Ok tak?
Isteri Ali  : Ha, jap bang.... (sambil tangan godek godek dalam purse. smart phone die berbunyi)
Ali           : Sape tu yang?
Isteri Ali  : .............. (bunyi cengkerik)
Ali           : Yang, bende ape yang bunyi tadi?
Isteri Ali  : ..............  (bunyi cengkerik makin kuat)
Ali           : Urgh..
Isteri Ali  : .............. (bunyi cengkerik menari nari)
Ali           : .................................

Setelah setengah jam...

Isteri Ali  : Bang. Ni si Semah ni tadi post dekat FB. Bang nak tau, die ni dah bercerai. Laki die main kayu tiga bang. Tadi saye tengah korek rahsia la tadi ni bang. Komen sampai 2000 komen da tadi. Fuh..Err, bang cakap pe tadi? Plan kite macam mane bang?
Ali           : Plan pe?? (buat muke merajuk)
Isteri Ali  : ....................... (bunyi cengkerik)

- bunyi cengkerik -

Friday, December 7, 2012

Bisnes



Pernah sekali aku dihubungi - melalui facebook - oleh kawan lama (serius lame gile tak jumpe) yang pada mulanya bertanya khabar dalam sebaris dua. Pom pang pom pang sembang, then..

Weh, ko ade niat murni tak nak turunkan berat badan ko? Tak pon kawan kawan ko yang nak slim.. Ade tak?

Aku ade jual produk kelangsingan ni..

Dua kali minum guarantee turun berat 20 kilo.. Beli la.. Murah je...

Secara automatik aku reply.. 

Yop, sori aku sakit perut.. Nak berak.. Salam..

Full-stop!

Ah. Ni antara bende yang aku benci. Kalau nak contact member lame tu takde masalah. Memang bagus pon. Tapi, bile contact member lame semata mata untuk promote bisnes - kite punye la excited nak sembang sembang, almaklumlah dah lame sangat tak bertanya khabar - this is not right bro. Paling sakit hati lagi bile habis 'sesi' promote bisnes tu, sampai ke sudah tak contact kite balik.

Aku pasti ade ramai jugak yang penah kene macam tu. Oh dunia~

Thursday, December 6, 2012

aku pencinta foto: cuti cuti malaysia



Last week aku dikehendaki untuk cuti oleh HR aku disebabkan balance cuti aku yang melambak lambak. Tapi aku setelkan lima hari je - ditambah dengan sabtu dan ahad, jadi la seminggu - So, tak banyak bende aku buat time aku bercuti - no FB, no blogging - sebab takde akses internet. Coi! 

Anyway, ahad lepas, aku selaku full-time driver telah membawa family aku ke Cameron Highland. Tak banyak gambar yang aku snap. Cume mane2 yang aku rase menarik je aku edit..

Klik gambar untuk view gambar gambar yang lain

Sunday, November 25, 2012

kartun kegemaran zaman kanak kanak



Selamat pagi semua!

Pagi ni aku memang tak boleh tido balik lepas bangun Subuh tadi. Dah jadi habit aku, mungkin. Apa lagi nak buat pagi pagi buta ni? Belek belek internet je la nampak gayenye.

.....................................................

Zaman aku kecik kecik dulu, hari Sabtu dan Ahad merupakan hari yang paling best dalam hidup aku. Yela, hari hari biase, pagi pagi kene pegi sekolah. Balik sekolah, pegi kelas KAFA pulak. Malam pulak, mak tak bagi tidur lambat. Pukul 9:30 dah kene tidur. So, Sabtu Ahad yang partially free dari schedule schedule ni memang la jadi 'heaven' bagi aku. Bukan aku je. Budak budak lain pon same. 

Tau tak ape lagi yang menyempurnakan hari Sabtu Ahad aku? Sudah semestinya himpunan cerita kartun yang Fulamak memang best! Cerite ape? Of course, the one and only: DRAGON BALL

Dragon Ball

 Well, of course kene tengok Sailormoon dulu sebelum tengok Dragon Ball. Haha. Tipu la kalau korang tak tengok. Sailormoon jam 9:00 pagi, Dragon Ball pulak jam 9:30 pagi. Memang kene tengok jugak la.

Sailormoon

Dengan kekuatan bulan, akan menghukummu!!! Sambil berpusing pusing menukar pakaian yang entah datang dari mana.

Tagline yang aku rase, semua orang tau. Haha.

Anyway, bukan pasal Sailormoon yang aku nak bicarakan, tapi mengenai kartun kegemaran zaman kanak kanak aku: Dragon Ball. Bermula dari Pikor, sampaila ke Majin Buu, Dragon Ball betul betul telah mengiburkan zaman kanak kanak aku. Tak cukup dengan tu, sambung dengan Dragon Ball GT pulak. Dragon Ball GT, seingat aku, merupakan zaman aku sekolah menengah. Tapi still tengok siri ni lagi. Haha. A truly world phenomenon...

Kartun zaman kanak kanak aku ialah Dragon Ball, korang pulak? Mesti ade kan..

Thursday, November 22, 2012

aku pencinta foto: penang second bridge - on site



Sebelum ni aku ade post entry berkenaan Penang Second Bridge: Land site, yang, kebanyakannya gambar yang aku snap dalam land site (darat). Entry ini pula, gambar yang aku snap dari atas laut. Disebabkan aku merupakan antara orang bertanggungjawab dalam maintenance natang alah dalam gambar ni, maka, aku berpeluang untuk main panjat-panjat dan.... dapatlah aku snap view yang orang lain susah nak dapat. Ooo yes~

Klik gambar untuk ke storage 


Wednesday, November 21, 2012

everybody's changing



Apsal ngkau sekarang dah lain? tak macam dulu..

Dulu ngkau baik, skang ngkau  macam syaitan yang direjam!

Dulu ngkau kurus, skang ngkau gemok!

Dulu ngkau kuat makan, skang dah tak kuat makan macam dulu..

Dulu ngkau ok, skang ngkau tak ok!

Dulu ngkau lurus, skang ngkau besa kepale!

Well,


Semua orang berubah.

Moga kite berubah ke arah ynag lebih baik.


p/s: lagu ni sentiasa best tak kire berapa ratus kali aku repeat..percayala....

Saturday, November 17, 2012

arigato



Sedutan filem Songlap:

Taxi driver: Bang, ni wallet saye jumpe dalam teksi saye. Ni anak abang kan. Duit semua ade dalam tu. Yang pentingnye tu IC die tu bang.

Pakcik ketat: hmm...(mencebikkan muke sambil mengalih muke dan menutup pintu rumah)

Taxi driver: Ape punye orang. Bukan kene bayar pon cakap terima kasih..(sambil berlalu pergi)

....................................................................................................


Arigato - Thank you - Syukran - Gracias - Terima kasih

Pernah tak bila ngkau tolong seseorang, nak senang cakap, member. Ikut la tolong ape pon. Kite dah spent something untuk tolong die. Minyak. Idea. Duit. Masa. Tenaga. Untuk tolong die. In the end, bile 'pertolongan' tu dah selesai, without any word, without saying the 'Thank you' word, member ngkau blah. 

Apa ngkau rasa? Frust. Geram. Tension. Tak dihargai.

Isunya disini bukan mengenai 'pengorbanan' yang kita dah buat, tapi ini isu 'appreciation'. Isu penghargaan. Susah sangat ke nak ungkapkan ucapan 'terima kasih'. Bukan kena bayar pon. At least kite, orang yang menolong, rasa dihargai. Aku memang konfiden mak bapak kite, masa kite kecik kecik dulu, bile ade orang bagi sesuatu dekat kite, duit raya contohnye, mak bapak kite akan bagitau kite..

Ha, tu dah dapat tu cakap ape dengan uncle tu?

Terima kacih..

Tak susah kan?

Friday, November 16, 2012

aku pencinta alam: hiking bukit bendera




Aku sudah lame tak bersukan. Dah hampir sebulan aku rase. Futsal. Badminton. Joging. Tarak. So, plan untuk berhiking memang dah lame aku teringin untuk buat. Kebetulan pulak hari ni cuti sempena Maal Hijrah. Makanya, aku tak buang masa. Bukit Bendera, aku datang! hehh

Seawal jam 6:30pagi, aku bersama kawan aku bertolak menuju ke Kebun Bunga (salah satu trek menuju ke Penang Hill @ Bukit Bendera) menaiki AFD 154 660cc kesayangan aku. Singgah nasik kandar Pelita pekena roti canai kosong kuah banjir melimpah ditambah kuah daging pekat kehitaman. Peh! Pedas pedas berempah. Memang best.

Tiba di parking Kebun Bunga @ Botanical Garden dalam jam 7:50pagi. Kereta bersusun. Parking penuh. Full house. 

So, jam tepat 8:00pagi, kami mula mendaki. Angkuh tak angkuhnye aku, start mendaki tanpa sebarang stretching. Ok, this is the best part. The first 1.7km track, kecuraman track aku jangka dalam range 35 degree ke 45 degree, dan, track mendaki tersebut non-stop. Dengan keadaan badan aku yang dah lama tak bersukan, ditambah pulak dengan roti canai kuah banjir nasik kandar Pelita, aku pancit! dan, perut memulas!! Agrhh, this is not even halfway!!! Ah, ni memang dugaan. 

Setelah dua tiga kali pit-stop, jam menunjukkan 8:30pagi, aku tekad. Maraan ini mesti diteruskan. Perut yang memulas mulas tadi berjaya aku bendung. Human waste, obey me!! Badan pon dah rase ok. Maka, kami meneruskan dakian. Alhamdulillah, aku bersama kawan kawan aku berjaya sampai ke puncak tanpa sebarang pit-stop. Cuma mengambil masa 1 jam setengah untuk ke puncak (kalau takde pit-stop maybe boleh sampai dalam 1jam suku). 

Track dari kilometer 2.0 sehingga puncak, average kecuraman ialah 30 degree dan sesetengahnya, landai

Track sejauh 5.0km untuk ke puncak

Jam 9:30pagi, kami tiba di puncak

View dari top of the hill. If you're lucky, you might see the second bridge, in making, from here. Fascinating isn't. 

RM1 untuk teropong. Cis, teropong pon nak kapak orang! Puii!!

Pekena Mat Jus ice blended kiwi yang dibuat khas oleh awek Mat Jus untuk aku ^_^. 

Ini merupakan perkhidmatan urutan dan carian kutu. Aku dengar depa ni bagus. Tengok muke pelanggan dah tau. Muke puas

Dalam perjalanan menuruni bukit, baru perasan ade kedai dekat tepi cerun. Gile misteri

Must snap picture!

Apapun, ini merupakan pembuka tirai aktiviti hiking aku untuk aktiviti aktiviti pencinta alam aku yang akan datang setelah lama menyepi.. 

Wednesday, November 14, 2012

maruku laddu




Aku punyai officemate seorang India yang bertugas sebagai kerani. Katherine (paggil Kat) nama die. Die ni memang ramah. Aku selalu usik die. So, esok Deepavali. Kat pakai baju tradisional India (tak tau nama.hehe) yang bagi aku, anggun dan menawan. 

"Amboi Kat, baju raya! haha"

"Ish mane ade la. baju biase biase je"

"Kat, apa... ni takde ke? Maruku ke Laddu ke?"

"Nak buat ape?"

"Nak makan la Kat. Sok kan Deepavali. Hehe"

"Ish, takde takde. Nanti lain kali saya bawak kasi sama you"

"Orite" 

Aku perasan muke macam lain bile aku mention Deepavali. Em, takde ape kot.

2 hari selepas tu, aku datang kerja. Kat pon sama. So, semasa di bilik Pantry, ketika Kat dan makcik makcik pencuci sedang bersembang, aku tegur Kat lagi.

"Ai Kat, semalam raya harini takkan takde pape? Maruku ke laddu ke? Hehe"

"Ish awak ni" 

Balas Kat sambil merenung tajam dekat aku. Aku jadi tak sedap hati. Aik, salah ke aku tanya. Aku takde kutuk kutuk balak die pon. Inikan lagi mak bapak die. Takkan la tanya maruku dengan laddu pon nak marah. Aku punye la berjiwa 1 Malaysia tegur die, die marah aku pulak. 

Tibe tibe salah sorang makcik pencuci tegur aku.

"Ish ngkau ni Lan. Ni baru Kat punye"

Makcik tadi menunjukkan sesuatu kepada aku.



Tunjuk pada kalender........... Bulan Disember........ 25hb Disember!




Alamak!





Kat bukan Hindu!....

Aiya! memang malu la aku!!!!!

Happy Diwali

Sunday, November 11, 2012

aku pencinta foto: land site



Seawal jam 7 pagi tadi, aku, dengan berselipar, ber'sweater' dan berkamera, menuju ke land site of Penang Second Bridge project. Hajat hati nak snap sebanyak mane gamba yang boleh. Akan tetapi, disebabkan hujan pada malam semalam, jalan agak becak dan menyukarkan pergerakan aku. so, snap yang mane sempat je.

klik gamba untuk ke simpanan gambar aku :)

Saturday, November 10, 2012

game yang nostalgik



Baru baru ni aku ade nampak satu keluarga India sedang main layang layang di tepi kawasan kilang berhampiran rumah sewa aku. Layang layang beb. Ade lagi rupenye orang main permainan ni. Aku ni boleh dikira outdated bile sentuh pasal isu game. Game warcraft la, DOTA la. Sorry to say, zaman kanak kanak aku cume terisi dengan brick game dan game game budak kampung. Pernah try main, tapi tak minat. Bila aku nampak orang main layang layang, oh, its bring back my childhood memories.. Nostalgic...

Layang-Layang
Game tipikal bila datang musim angin kuat. Either ngkau creative enough untuk buat sendiri atau just beli dekat kedai runcit. Kumpul ramai ramai dekat padang, then main. Yang paling legend layang layang dia akan naik paling tinggi sekali. Yang jahat pulak akan lekatkan serbuk kaca sepanjang tali layang layang. Kalau ngkorang pernah main layang layang, ngkorang akan tau sebab pe depa ni buat macam tu. Hehe

Guli


Game time kelas KAFA. Bile ustaz or ustazah tak masuk kelas, kitorang akan keluar dan main guli. Yang paling hebat akan dapat kumpul guli dengan banyak sekali.

Gasing


Game ni bermusim dan selalunya rotate dengan game guli. Bile dah bosan main guli, tukar pulak main gasing dan jugak sebaliknya. Gasing pon boleh dibuat sendiri or beli je dekat kedai runcit. Game die senang, pangkah gasing orang lain je. Yang power akan pangkah gasing orang lain sampai tebelah dua. Haha

Senapang Buluh


Ha yang ni memang dah tak nampak langsung budak budak main, even budak kampung sekalipon. Diguna untuk main perang perang. Bile kene memang sakit, mau merah merah badan. Mungkin sebab game ni agak bahaya (boleh bute kalau kene mate), so mak bapak melarang anak anak depa main game ni.

Galah Panjang


Ni pon game time kelas KAFA. Perlukan stamina sebab kena berkejar kejar. Tu pasal balik dari kelas KAFA, bau dah hapak sebab bepeluh. Keh keh.

Kalau nak direvise balik game game yang dimainkan suatu ketika dulu, memang banyak. Tapi sekarang, dah susah nak nampak game sebegini dimainkan even dekat kampung sendiri. Kalau ade pon, maybe dekat sukaneka ataupon hari keluarga. Budak budak zaman sekarang lagi suke main DOTA dekat cc, main angry bird dekat Samsung Galaxy SII ataupon main PSP pinjam dekat jiran sebelah.

Oh, mungkin zaman dah berubah. Hehh..

Friday, November 9, 2012

movie review: Istanbul, aku datang! - ini baru betol romantik komedi





"Awak, jangan pegi..."

Aku memang ternanti nanti buah tangan dari pengarah Gol dan Gincu ni, Bernard Chauly. Ya aku tau ini cerita yang agak keperempuanan, sama seperti Pisau Cukur dan Gol Dan Gincu, yang mana amatlah kekok untuk ditonton bersama kawan kawan lelaki. Ah, biarkan. Ini menunjukkan betapa aku support our good movie no matter what type it is.

Ok, Istanbul Aku Datang. Wow..

First thing first. Ini merupakan contoh filem romantik komedi Malaysia yang terbaik pernah aku tonton. Berkisar tentang Dian (Lisa) yang datang ke Istanbul untuk bertemu dengan kekasihnya, Azad (Tomok) dan berharap agar Azad akan melamarnya. Akan tetapi, plannya tak menjadi dan terpaksa menyewa di sebuah pangsapuri yang didakwa tak berpenghuni. Tapi yang sebenarnya, pangsapuri tersebut didiami oleh Harris (Beto). Maka bermulalah kisah lucu Dian dan housematenya. Berjaya ke tak misi si Dian di Istanbul tersebut? Sama samalah serbu ke pawagam..

Well, storyline yang simple. Mudah. Ringan.

Aku akui lakonan Lisa sudah banyak improve. Dia bukan lagi si kaku dari I'm Not Single yang aku tonton suatu ketika dulu. Bahkan, dialah tunggak filem ini. Dan of course disokong oleh Beto dan Tomok. Beto memang sudah aku kenal kredibilitinya dalam lakonan. Sebelum ini, beliau banyak berlakon dalam telemovie seperti Uri dan Dayuskah aku. He's a good actor. Bersahaja dan berkesan. Tomok, masih punya ruang untuk beliau memperbaiki lakonannya. Walaupon begitu, lakonannya masih lagi boleh diterma.

Bernard Chauly memang benar benar tahu dimana untuk meletakkan elemen humor. Lawak bila time lawak. Sedih bila time sedih. Ah, aku masih belum puas ketawa melihat humor filem ini. Walaubagaimanapon, 15 minit pertama merupakan bahagian yang pada aku, agak kekok. Akan tetapi, minit minit yang seterusnya merupakan saat indah aku dalam cinema. Memang berbaloi dengan harga tiket yang aku beli.

This is a damn good movie. You should watch it


Rating: 7.8/10

Wednesday, November 7, 2012

rutin



6:30 pagi - Alarm handphone bunyi, bangun pagi
               - Mandi, bersiap

7:10 pagi - Start moto, pegi keje

7:30 pagi - Sarapan sambil check email, FB

8:00 pagi - Start keje

12:30 tgh hari - Rehat dan makan

2:00 ptg - Sambung keje

5:30 ptg - Balik keje

8:00 mlm - Keluar makan

9:30 mlm - Balik makan
               - Tengok tv / main FB / update blog

12:00 mlm - tido

...........................................................................................................................

Kalau nak tau, ni la rutin aku tiap-tiap hari. 

6 hari seminggu.  

Ahad, cuti.

Bosan..

Oh.

Bosan..

Monday, November 5, 2012

movie review: skyfall - typical?




Typical? Well, kite tau yang James Bond memang cekap dalam kejar mengejar villain. Kite tau yang James Bond ni takkan kalah. Even kalau kalah, die akan bangkit semula melawan si villain tu. Dan, in the end, memang dah tau yang James Bond akan menang. So, why bother watching on cinema? Why bother spending your money even you already know the ending? The answer is, kite nak tau how the story goes. macam mane plot berkembang. Macam mane James Bond kick the villain's ass. Aksi yang macam mane ade dalam filem tu. Tu yang mengekalkan minat penonton even dah berpuluh filem James Bond dihasilkan.

For Skyfall:

Aku suke filem ni sebab plotnya tersusun kemas, even sedikit slow pada certain part, lakonan tip top, aksi yang tak payah nak cakap la memang best, dan ending yang sedikit tak disangka.

Sinopsis:

James Bond telah gagal dalam misi mendapatkan semula list agen yang telah dicuri. Lebih teruk lagi, beliau telah diisytiharkan mati oleh pihak MI6. Lebih memburukkan keadaan lagi, si villain telah mendedahkan nama lima undercover agent di internet dan mengugut untuk terus mendedahkan list agent agent MI6 di seluruh dunia. Dan natijahnya, mereka telah dibunuh. So, sape die yang jahat sangat tu? Ape tujuan tindakan jahat die? tengokle dekat wayang... ^_^

rating: 7/10

Sunday, November 4, 2012

aku pencinta foto: walk-a-bout



Aha, ni slot baru yang aku buat bersempena lambakan gamba yang dah aku tangkap. Pada pagi 21 oktober lepas, seawal jam 6:30 pagi lagi aku bersama kawan @ housemate aku bertolak menuju Mengkuang Dam yang terletak di Kulim. Hajat hati nak snap sunrise, tapi kurang kesampaian. heh

But guess what, selama hampir aku berada di Penang, inilah kali pertama aku tahu ada satu tempat berhampiran Penang Port, ditutup untuk laluan semua jenis kenderaan pada hari Ahad sahaja. Dari jam 7pg hingga 1ptg. Can you believe this? Area tu memang menarik dari segi architecture. Like the resemblance of late British building.  Dalam kawasan tu memang ramai tourist datang snap gambar. Ada jugak yang snap gambar konvo.

Ini merupakan sesi fototerap aku yang paling puas hati :)

klik gamba untuk ke simpanan gambar aku ;)

Sunday, October 21, 2012

Backpacking Around Europe



Backpacking Around Europe


We question what we are
this has been the best so far
and i miss you
when we are apart

i barely even know you
you rarely do this too
i don't usually talk to strangers
until i met you

and this feeling shall last
this feeling shall last
we are proud enough to not to know
that we aren't strong enough
to let it go
and this feeling shall last
this feeling shall last
we could be a thousand years apart (bisow)
and you'll always have my heart

well this has been nice
we`ll meet again sometime
bui i can't promise you
cause i`m flying away
when i`m on top of some
building in Montreal
with the lovely view
i`ll think of you

we`ll go on that backpacking trip
we planned around europe
and in 7 different languages
we`ll learn how to say hello
oh we`ll yoddle on top of the
Eiffle Tower
drive around rome
before we head on home
you`ll see its a small world darling
and we are still young
you might be so far away
we might meet again someday

music, lyric by Yuna


p/s: love this song..

Saturday, October 20, 2012

sadis




Pada umur aku sekarang ni, nearly 25

Aku tertanya tanya

Ape pencapaian yang aku dah capai dalam hidup

I mean, pencapaian yang cool

Yang aku boleh story dekat anak cucu aku

Menawan Mount Kinabalu?

Berenang merentas selat Melaka?

Berjumpa face-to-face dengan PM?

Berlawan dengan harimau?

none

none..

Apa yang aku ingin capai dalam hidup?

pftt..





p/s: aku baru tambah dua lagi target dalam Wishlist aku.. I want to explore M'sia and Asia.. Yes, it's a big plan ;).. Oh Pasport Ekspres, you inspire me..

Friday, October 19, 2012

movie review: untuk tiga hari - terkongkong




Sejak pihak Astro memperkenalkan channel Astro First, kutu kutu yang tak suke merisikokan duit pada filem tempatan yang belum tentu memuaskan hati berpeluang untuk download filem tersebut lebih awal. Note: aku tengok Songlap dan Bunohan dekat wayang k ;). Bile dah tayang Astro First confirm confirm la ade malaun yang akan share. Kalau diikutkan memang tak fair la bagi pihak penerbit filem sebab their film has the right to be on screen until the very end. Dan, orang da tak payah nak sibuk sibuk ke wayang untuk tonton sebab lepas dua tiga minggu filem ditayang, dah boleh tengok dekat youtube da pon. Kalau dulu, sebelum adenye Astro First, mau kene tunggu sampai dua tiga bulan baru kuar CD cetak rompak. Itu pon gambar senget dan ade ramai pelakon extra yang nampak bayang je.

Nasib yang sama terjadi kepada 'Untuk Tiga Hari' arahan Afdlin Shauki.

Okla, aku bukan nak sembang panjang mengenai Astro First, tapi aku nak sembang mengenai filem ini. UTH (Untuk Tiga Hari) mengambil francais trend filem sekarang, novel adaptation. Bagi aku bende ni takde masalah pon. Asalkan filem tersebut entertaining.

Sinopsis: Sepasang balak dan awek telah plan untuk berkahwin dengan calon yang telah dipilih keluarga masing masing hanya untuk tiga hari. Tujuan: untuk memuaskan hati keluarga. Then, after tiga hari, plan mereka adalah untuk bercerai dan mereka berdua bersama semula. Berjaya ke tak plan diorang ni? Pi le download sane kalau nak tau..

Komen: Aku tak tahu sama ada ini kehendak penerbit atau what-so-ever, tapi filem Afdlin Shauki yang 'ini' amatlah terkongkong dek skrip yang kadang kadang aku terasa macam 'arghhh!!'. Sape penulis lirik filem ni?? Skrip yang terlalu mencuba untuk menjadi 'meaningful' tapi tak menjadi. Khabir Bhatia merupakan pengarah Malaysia yang bijak bermain dengan momen dan 'meaningful script'. Oh, this is just not like Afdlin.

Komen lagi: Aku perasan yang kebanyakan scene diiringi dengan runut bunyi yang, bagi aku,  takde point. Style runut yang sebegini aku selalu jumpe dalam filem filem junk Ahmad Idham dan seangkatannya. A good director know where to hit the moment with the right background music. Ini tak bermaksud Afdlin pengarah yang tak bagos, tapi, this film is like partially not him.

Komen last: Ini bukanlah filem terbaik Afdlin tetapi bukanlah yang terburuk oleh beliau. Apa yang mengekalkan momentum penontonan aku ialah, humour. Yes, humour. Afdlin memang bijak bermain dengan medium ini. Seingat aku, filem terbaik yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah 'Misteri Jalan Lama', and of course the infamous 'Buli' and 'Buli Balik'. And also Papadom.

Hope Afdlin tak give up untuk hasilkan filem lagi..

Thursday, October 18, 2012

selidik



Baru baru ni, a friend of mine post status berkenaan dengan hukum ASB dan ASN. Aku, selaku pengguna tegar FB, dan juga pelabur ASB, agak terkejut dengan ape yang dikatakan. 

'ASB ASN HARAM??'

'SURUHAJAYA SEKURITI MENJATUHKAN HUKUM HARAM PADA ASB ASN??'

Sebelum ni bukan ke Majlis Fatwa kata 'Harus'. Disebabkan dengan status ini, dan link yang nak menunjukkan penghukuman ini, sesetengah orang menjadi keliru dan mulalah siri 'kekecohan komen' di FB.  Semua orang jadi was was sebab tak penah digezekkan secara official hukum HARAM ke atas ASB ASN sebelum ini. Termasuk aku.

Salasilah pelaburan ASB aku: Aku telah melabur dalam ASB sejak umur aku 18 tahun lagi, yakni, right after my secondary school. Starting with just RM100. So, kalau nak dihitung ada la dalam 6 tahun. Masuk tahun 2009, aku buat loan dari Maybank sebanyak RM ** *** for this purpose. So, sepanjang 6 tahun ni, bayangkan berapa banyak yang dah aku dapat dan aku guna.

So, tak guna aku bertanya sana sini pada sumber yang tak legit. First thing first, aku tengok ape reason atas hukum dari Majlis Fatwa (klik untuk ke laman web Majlis Fatwa) berkenaan isu ini. Done. Next, aku tengok pulak ape reason hukum dari Suruhanjaya Sekuriti (klik untuk ke laman web). But, none that i can find in the website discussing about this issue. Just a letter. Itu pon jumpa dalam blog. Yes, just a letter. Masih tak jelas bagi aku. So, aku carik jalan dan email pada pihak suruhanjaya.

Last monday, suprisingly, aku mendapat panggilan yang tak disangka sangka, dari pihak Suruhanjaya Sekuriti sendiri!! Aku suspek untuk mendapat reply email je dari pihak tersebut.

Ini isi perbualan aku dengan pihak SS (Suruhanjaya Sekuriti):

1. SS tak pernah pon mengeluarkan hukum ke atas skim ASB ASN. Ini adalah disebabkan pihak PNB sendiri tidak pernah request dari pihak SS. Pihak SS hanya akan validate certain scheme sekiranya diminta.

2. Isi surat berformat pdf bertarikh 12 Februari 2009 yang diwarwarkan dalam isu ini bukanlah ditujukan pada bank bank islam malaysia, tetapi ditujukan pada Bank Islam (kalau tak silap saya). Isi surat tersebut bukanlah menghalang pihak bank untuk beri pembiayaian pada pelabur ASB ASN, tetapi, untuk explain pada pihak bank bahawa pihak mereka tidak menilai skim ASB ASN. So, tak pernah pon jatuh hukum ape dari pihak SS pon ke atas ASB ASN.

3. Isu ke arah mane wang pelaburan. Aku memang dah well aware yang ASB ASN ade melabur pada sektor perjudian. Majlis Fatwa ade menerangkan isu ini. Even hasil pendapatan negara pon datang dari cukai arak cukai rokok. Dan, subsidi kita dibayar/ditanggung dengan hasil pendapatan negara.

My point is, sesetengah orang ade pendapat mereka dan mereka yakin dan berpegang pada pendapat mereka pada isu tertentu. Pokok pangkalnya ia berbalik pada diri sendiri. Tepuk dada tanya selera.


Moral of the story: Daripada kita dok kalut serabut komen dalam FB, kan bagus kalau kita pegi selidik sindiri validity of the issue.. :)

Tuesday, October 16, 2012

series review: keluarga iskandar




Aku dah lame tak layan Malay Series ni. Paling last pon Trilogi Cinta (erk, jiwang siot!), kehkeh, Kami (memang favourite aku), Nur Kasih, Ghost, dan... em tu je.

First time aku tengok promo Keluarga Iskandar ni sekitar sebelum puasa dulu, aku cakap dalam hati "macam best citer ni", dan, yeah! memang best pon citer ni.

Kisahnya mengenai Mak Jah yang mempunyai lima orang anak yang boleh dikatakan berjaya (terdiri dari businessman, engineer, lawyer, pengarah jabatan kerajaan n sorang student). Sebuah keluarga moden Johor tetapi masih mengekalkan adat dan budaya Melayu. Anak anak Mak Jah ni memang rapat antara satu sama lain. So, story hanya berkisar berkenaan kisah mereka ini.

Apa yang menariknya siri ini ialah..

Satu, cara penyampaiannya yang lain dari yang lain yang mana bagi aku, menarik dan belum pernah dilihat sebelum ini dihasilkan as drama melayu. Kalau dilihat, ia seakan shot realiti tv dimana ade interview bagai, dan shot shotnya tak statik macam drama tipikal melayu yang lain.

Dua, skrip yang tak terikat pada "saya", "awak", "i", "u" dan bahasa baku. Itu sebab aku minat drama siri Kami yang lebih 'real' dan santai.

Tiga, content drama ini yang dekat di hati. Isu isu yang disampaikan nampak macam simple, sebagai contoh; cara penjagaan anak, cara layan mentua, cara mengemas rumah, dan lain lain, tapi isu isu ni la yang sebenarnya 'realiti' yang berlaku dalam hidup kita. Ada satu episod dimana, Abang Ngah dan isteri die cuba mendidik anak anaknya supaya tidak menyebut 'curse words' macam 'bodoh', 'bangang', etc. It kind of funny, but at the same time, educational.

It's sad that the series will be end tonight. Anyway, hope akan ada continuity bagi siri ini. Ditayangkan sebanyak 15 episod (setakat ini) setiap selasa, jam 10 malam dan ulangan pada hari ahad jam 9 pagi.

Friday, October 5, 2012

movie review: the raid redemption (serbuan maut) - woowww!!






One word: Wow!

Cerita die mudah. Plot simple. Tak payah nak pening pening macam tengok Inception. Tapi, daya penarik movie ni ialah pada fighting scene die. Aksi tembak menembak. Yes, memang superb. Kalau Malaysia boleh nak bangga dengan KL Gangster (untuk fighting scene), Indonesia memang deserve untuk bangga dengan The Raid Redemption yang far exceed KL Gangster (untuk fighting scene). Very convincing!

Sepasukan elit yang kebanyakannya newbie bertanggungjawab menumpaskan gangster yang paling samseng di sebuah flat miliknya. Apa yang mereka tahu ialah si penjahat ni memang jahatnye, Masyaallah, jahat gile. Apa yang mereka tak tahu ialah apa yang sebenarnya menanti mereka disana. Gile suspen.

Untuk pengetahuan, filem ni memang ganas dengan aksi tikam menikam, aksi tembak menembak, aksi pulas pulas tengkuk, darah menymbur nyembur yang hanya sesuai untuk 18tahun ke atas. 


Saturday, September 29, 2012

this view is so wrong..




Gambar sekadar hiasan

Situasi
Aku bersama kawan kawan aku sedang menunggu makanan di sebuah kedai makan yang agak terkenal di Perda. Then, datang seorang budak berpakaian melayu yang agak lusuh, membawa buku sebesar buku 555 tertulis buku doa harian, berwajah sayu dan berkata 'mintak derma bang...tolong bang...' 

Err, you get the picture right? 

Aku bersama kawan aku, bukan tak kesian, tapi, daripada aku terus memberi wang kepada budak tersebut, aku bertanya kepada budak tersebut.

"ni sape suruh mintak derma ni?"

"aa..ustaz"

"mane ustaz?"

"mm...tolong derma bang."

"mane ustaz? panggil die datang sini"

"mm.."

Budak tu terus blah.

Aku menjadi sangsi sama ada hendak menolong atau membiarkan sahaja budak tersebut. Kalau benarlah legit aktiviti budak budak ni, kenapa tak si ustaz sendiri yang datang collect derma. Bukan ke derma yang sebegini boleh collect dekat masjid masjid atau surau surau je. Kenapa dekat kedai makan? Kenapa dekat bus station?

Budak budak ni tak bersalah langsung dalam hal ni. They're just victims. Orang yang mempergunakan mereka ni yang bersalah. Ciss!


Wednesday, September 26, 2012

movie review: SAM - wow!!






Pernah dengar tak term "expect the unexpected'?, well, this movie really suit that term.

Mungkin agak lewat aku review filem ini. Yep, memang lewat. Anyway, bukan itu yang aku nak rengekkan, tapi, aku nak membicarakan betapa filem ni benar benar menghiburkan aku. Ini merupakan filem psikopatik melayu terbaik pernah aku tonton selepas Trauma arahan Aziz M. Osman

Separuh masa pertama filem ini hanya mempersembahkan kisah cintan cintun Sam dan Lisa yang kebanyakannya mengambil latar pejabat. Sedikit konflik dengan pekerja sejawat yang lain.  Skrip tipikal 'saya', 'awak'. Runut bunyi yang mengingatkan kita pada style filem zaman Maria Mariana, Sembilu, Roda Roda Kuala Lumpur. Aku mengaggap Syafiq sengaja menjadikannya sedemikian sebagai pembuka tirai filem pertamanya dimana mewakili gaya penceritaan filem filem melayu 90'an khususnya. 

Bermula dari pertengahan cerita, maka bermula style penceritaan dengan gayanya yang tersendiri. Runut bunyi, shot kamera, mula berbeza dari pengawalan cerita. Apa yang benar benar menarik minat aku ialah, betapa teliti dan 'gelap'nya filem ini dihasilkan. Mungkin sudah melangkau abangnya sendiri.

Adegan dalam kilang terbiar yang merupakan klimaks bagi filem ini, amat memeranjatkan aku. Aksi bergaduh Sam yang bukan seperti aksi gaduh ala ala 'Kongsi', yang mana, pretty convincing. Detailed lighting,  runut bunyi, dengan elemen 'The Matrix' (Ah, didn't expect this coming) membuatkan aku lagi teruja. Betapa terujanya aku hinggakan aku mengulangi scene dimana Sam 'bermonolog' dengan 'dirinya' yang kedua (spolier!), dan diikuti dengan imej Sam dalam cermin yang bergerak sendiri dan ketawa. 

Ah, nampaknya SAM berjaya memasuki carta filem melayu kegemaran aku selain Songlap dan Bunohan. Yes, Syafiq Yusof, you'd really done it! 


Rating: 7/10

Wednesday, September 19, 2012

cawangan blog



Dengan ini, aku memperkenalkan anak blog kepada blog Alkisah yakni, ALAN.Photography... Sila silalah datang melawat ;)

Klik gambar untuk ke blog ALAN.Photography

Buat ape nak banyak banyak blog?
Sebabnye, aku nak khususkan satu tempat untuk aku post hasil kerja fotografi aku. Tu je..

Sekian

Saturday, August 18, 2012

movie review: the expendable 2 - poyo dan overdone





Aku bukanla peminat-susah-mati bagi The Expendable (yang first), so, aku masuk dalam cinema dengan expectation yang tak berapa tinggi. Dan, serius betul ape yang aku expect. This sequel even worst than the first one. Pftt.

Dalam antara filem filem yang aku tonton baru baru ni: The Dark Knight Rises (splendid), Total Recall (ptuiitt), Bourne Legacy (not bad), dan The Expendable 2 (err...), filem ni la yang paling takleh blah. Poyo dan overdone.

Comment: 
Acting - biase biase je
Effect - biase biase je
Action scene - Poyo dan overdone. 

If you're the fan of The Expendable, you might wanna watch this movie. But for me, it is not even worth watching. 

Rating - 5/10

Friday, August 17, 2012

salam tulus aidilfitri





Salam tulus ikhlas dari aku untuk semua

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir Batin

Sunday, July 15, 2012

bila segalanya adalah FB




Minarwan Mawawi: Weh, ko pegi meeting semalam aram tak bagitau pon. Macam ni la..

Suparman: La.. Kan aku dah bagitau ko malam semalam. Ko je yang tak respon..

Minarwan Mawawi: Bagitau aku? Bile mase pulak?? Tak dapat mesej pon.. Call pon takde..

Suparman: La.. Kat FB la. Aku siap tag name ko lagi..

Minarwan Mawawi: #$%#^$$#@@%@

Tuesday, July 3, 2012

luahan hati seorang driver yang kurang stabil



Aku merupakan pengguna tegar highway dari Penang ke Sungkai. Almaklumlah, keje Penang, kampung Sungkai. 

Gambar sekadar hiasan. Sikit pon takde kaitan dengan penceritaan aku ni.

Ahad lepas, aku macam biase, aku drive balik dari Sungkai. Macam biase, naik Kancil 660 aku. Macam biase, ade ole ole sikit mak aku bekalkan dari rumah. Cume yang tak biasenye, radio aku jahanam, langsung takde lagu lagu yang nak mengiringi perjalanan pulang aku. Yang tak biasenye, aku terlajak tidur time kat rumah sebelum bertolak. So, mental rase malas gile nak drive. Yang tak biasenye, bunyi squeaking dari dashboard aku makin menjadi jadi. Urgh!

Bile semua bende rase macam tak best, then, ade pulak mamat ni bawak vios, tapi bawak slow mengalahkan Kancil. So, natijahnye, beratur la kereta kat belakang die. Aku mule hilang sabar. Dan, takde banyak tanye, aku tekan full-pedal kasi potong semua kereta.

Baru je aku masuk lane memotong, aku usha dari cermin belakang, ade pulak sekor lagi mamat ni bagi high beam dari jauh. High beam ni pada tafsiran aku same la macam si driver memekik melolong menjerit nak bagitau:

"WOI LEMBAB! BLAH! BLAHHH!!! AKU NAK LALU!!!! KETE KO BUKAN LAJU PONNN!! BLAHHHH!!!!"

Thursday, June 28, 2012

future plan



Dulu, erm, bunyi macam lame beno kan, sebelum ni, planning kerjaya aku adalah: dalam 20 tahun buat engineering, then, resign dan start business. Tapi masalahnye, still tak jelas lagi business ape dan macam mane yang aku nak buat. Nak buat business kedai runcit ke, business kain ela ke, business makan makan ke. Masih tak jelas. Sampai la 2 hari lepas...

...............................................................................................

Aku bersame kawan aku, Abe, pergi ke office ex-majikannye, S.E.M Dynamics Engineering Sdn Bhd atas urusan tertentu. So, on the way ke sana, aku bertanya serba sedikit mengenai ex-majikan Abe. This is where the story caught my interest.

S.E.M Dynamics Engineering Sdn Bhd merupakan syarikat milik orang melayu yang offer wiring installment service. S.E.M juge pernah install wiring system pada segment casting factory milik UEM Buildcast (hasilkan segment untuk Jambatan Kedua Penang). For the record, menurut Abe sendiri, S.E.M masih lagi tak ketandusan projek dan masih terus menerus mendapat projek. 


Kesimpulannya, business yang macam ni la yang sepatutnye aku ceburi. Ah, aku dah nampak matlamat kerjaya aku. Korang macam mane?


Monday, June 25, 2012

movie review: mael lambung ~ mak ai. kenape la aku tgk cter ni





Alkisah Mael Lambung:

Mengisahkan mael Lambung lakonan Zizan, seorang penarik kereta pro di KL. Disebalik ke'gangster'an mael lambung , rupenye tersimpan sejarah silam, kisah cintanya dengan Rozie. Mael lambung merajuk pinangannya ditolak oleh sebab level hidup yang tak setaraf.

So, mael ke KL demi membuktikan yang die boleh menjadi orang yang berguna. Sewaktu beliau sedang menarik kereta, masuk pulak Maria (Juliana Evans) ke dalam kereta mael dan mengarahkannya keluar dari KL. Sebab pe? tengok le sendiri..

Ulasan:

Mael Lambung? takde point

Maria? takde point

Rozie? takde pont

Storyline? kelam kabut, merapu. takde point

Humor? Kalau korang penah menyaksikan Raja Lawak, Maharaja Lawak, Spontan, Super Spontan, yang basically ade Zizan dalamnya, korang akan nampak humor die berulang dan predictable. Dah basi.

'Heh, aku penah nampak lawak die ni'. 

'lawak ni lagi!'

Tahniah kepada pengarah kerana telah menghasilkan satu lagi filem junk yang pada hemat aku, tak layak pon jadi 'filem'. 'Mael Lambung' boleh pegi jauh sekiranya diberikan skrip yang bagus serta idea humor yang segar. Bukan sekadar buat cerita tangkap muat. 

Rating: 3/10

p/s: Aku penah menonton lakonan zizan dalam KL Gangster, yang mana, aku rase, lebih hidup. Tak pasti sape die yang bermasalah, pengarah? penulis skrip? atau pelakon sendiri?

Wednesday, June 20, 2012

human are fragile






Human are fragile..

3 days of medical leave are enough..kehkeh

steps in dismantling launching girder




Ok, this is launching girder (LG). The thing that lift up segment of the bridge. 

And.. 

This is the 600 tonne crane barge (crane on the floating barge) which used to lift up LG components, part by part. Have you ever visited Menara Condong in Teluk Intan? The base of the crane even bigger than the Menara Condong, and, the renting cost for this crane per day is madly expensive.

Wednesday, June 13, 2012

Kawen? Da ready ke aku ni??



Mak ai, da kawen da member aku ni..

Honestly, bile aku tengok gamba kawan kawan aku yang dah kawen, aku, sebagai tindak balas terhadap ape yang aku tengok, sebagaimana hukum daya dan tindak balas, akan berasa nak kawen jugak. Tak salah kan. At least, I'm straight. Tapi, dah ready ke aku ni?

Aku masih cetek ilmu perkahwinan. Tapi aku tau yang kawen bukan setakat dapat bersame dengan orang yang jadi pilihan hati kite. Dapat halalkan yang haram. Dapat tido bersame. Dapat makan bersame. Yep, bukan setakat itu. Tapi, perkahwinan datang dengan tanggungjawab yang beso. Nafkah zahir batin. Tanggungjawab membimbing isteri, mendidik anak anak.

Bagi yang belom kawen macam aku ni, aku selalu terbayang: 

Ai, nak kawen, kene kumpul duit. Duit hantaran. Duit kenduri lagi. Duit barang barang lagi. Duit tu, duit ni. Mampuih teman...

Monday, June 11, 2012

temubual bersama stalker



Get a life la, STALKER!!

Kenape ngkau stalk minah tu?
Mane ade aku stalk minah tu. Aku saje2 je usha fb die, like komen die, like relationship status die, like picture die, like gambar die dengan family die, like gamba die time hiking dekat Broga Hill tu. Ape salah ke ape yang aku buat tu? Tak menyalahi undang undang kan? Bukannye aku komen lucah dekat wall die pon. Aku rase bukan aku sorang je usha fb die. Come on la. Get real!

Dah tu, apsal minah tu kate ngkau stalk die?
Oi oi. Bulan lepas aku baru usha sekali je fb die. Tu bukan stalk name die. Tu nak mengupdate info terkini namenye. Ape, ingat die cun sangat ke.. Ptuiitt..

Tapi, apsal ngkau jadi top viewer die 2 bulan berturut turut?
Err.. em.. Ha, kes ni dah biase jadi kat laptop aku. Bile aku bukak fb die je, jadi hang. Pastu mule la spam masuk sane sini. Aku rase die terlebih kire aku punye view kat fb die kot. Come on la. Get real!

Bernas betol jawapan. Aku da check laptop ngkau. Apsal ngkau ade download gamba die, pastu save dalam hidden folder?
Errrr... emmm... Sape ko cakap ko tadi?

Saturday, June 9, 2012

sikap yang sangat hensem



2 3 4 hari lepas, rambut aku memang serabai. Punye la serabut aku tengok. So, aku pon pegi la kedai gunting rambut Raju (bukan nama sebenar). Tujuan: bagi tebas sikit rambut neh.

Situasi dalam kedai gunting:
Ade apek tua tengah digunting rambutnya oleh Raju depan cermin. Aku conclude die tua sebab rambut die beruban dan ade tongkat dekat tepi die. Yang kedua, Sorang India dengan dua anaknye yang super cute, tengah tunggu que. Aku suspek die nak Raju gunting rambut anak die sebab rambut die memang dah kene tebas licin. Dan yang ketiga, aku. Tengah duduk sambil tunggu giliran sambil jeling jeling dekat cermin tengok muke sendiri.

Lagu hindustan @ tamil masih berkumandang di tv. Kedengaran Raju mengikut rentak lagu tersebut sambil mulutnya terkumat kamit menyanyi bersama. Manakala, India dan dua anaknye tadi masih menanti dengan sabar. Kedua dua anaknya terkinja kinja sambil bergurau senda antara satu sama lain.

Setelah beberapa ketika, guntingan Raju terhadap apek tadi pon selesai. Apek tadi bangun sambil menyerahkan bayaran pada Raju. India dan dua anaknya tadi bangun dengan pantas sambil menolong apek tadi. Tolong mendapatkan tongkat, memimpinnya ke pintu, dan membuka pintu sambil tersenyum.

Uncle, ok uncle?

Friday, May 25, 2012

luahan hati si ayah



Jam dah menunjukkan jam 5. Asar dah masuk. Aku bersiap siap depan surau office aku. Duduk, bukak stokin, selinsing suar. Pintu surau terbukak. Kelihatan brader yang duduk dekat belakang cubical aku dekat office.

"bang Pozi.." aku tegur ringkas di selikan dengan senyuman.

"Lan.." balas brader tu. Die duduk disebelah aku.

"Aku ni tak tau la Lan. Minggu depan ni nak antaq anak aku masuk matrik" Brader tadi memulakan bicara.

"Ow, matrik mane tu?"

"Changlun.."

"Ok la tu. Takde jauh sangat"

"Entah la, matrik macam susah je. Setaun je kan. Hang pon matrik gak kan?"

"Em, same la. Memang susah. Tapi boleh je kot. Lepas tu teros je masuk Degree. Sat je. Anak sulung ke bang?"

"Ha a. Tu la, adik die sume kat asrama. Tinggal la yang sekolah rendah tu dengan 'orang rumah' dekat rumah. Yang no 2 tu dari form 1 lagi da masuk asrama...Hai~~" Die mengeluh.

Aku cume dengar sambil tersenyum.

Monday, May 21, 2012

hi, saye umairah




Gambar ni Umairah tangkap pakai webcam tau. Ape? Ingat Umairah bute IT ke. hihi

Hi kawan kawan.. Name saye Umairah. Umur empat tahun. Name abah Umairah, Rahim. Name mak Umairah, Masnitawati. Tahun depan saye nak masuk Tadika dah. Excited sangat rase. Lepas tu Umairah nak amek UPSR. Nak skor 5A, nak masuk skolah asrama. Sekolah MRSM.

11 tahun lagi, Umairah kene study kuat kuat. Nak amek SPM. Mak kate SPM susah sangat. Mak kate paper macam Fizik, Kimia, Biologi, sume tu susah susah belake. Lepas tu Umairah tanye mak, sebab ape kene amek sume tu? Umairah kan amek Akaun. Mak pon terus ke dapur dan masak nasik. Umairah pon bingung. Orang dewasa memang sukar difahami.

Umairah nak skor 11A dalam SPM. Nak masuk matrik. Bagi cepat sikit boleh amek Degree terus. Bernas tak keputusan Umairah? Hihi. Habes je U, Umairah nak keje. Nak balas jasa Mak dengan Abah. Atok, Pak Lang, Mak Long, Mak Su, sume sume la. Depa sume ni baik. Selalu belanja Umairah makan KFC mase Umairah kecik kecik dulu. Yum yum.

Friday, May 11, 2012

suatu hari bersama suparjo




Kisah ni aku kongsi bukan berlaku pada aku, tapi berlaku pada kawan aku...So, aku representkan diri die sebagai James (bukan nama sebenar).

.............................................................................................

Malam tu James bersama dua lagi kawan die keluar menaiki kereta menuju ke Maya Tomyam yang terletak tidak jauh dari rumah mereka. Tujuan sebenar, mesti la untuk makan. Malangnya, James telah ketandusan cash money. Takkan nak makan bayar pakai kad kredit kot. Almaklumlah, kad kredit beratur dalam wallet.

So, James singgah sebentar di Maybank Simpang Empat untuk mengeluarkan duit.

Peringatan: walaupon nama watak utama ialah James, tidak bermaksud dia adalah mat saleh yang berasal dari Scotland. Ini kerana, mesti korang tertanya tanya pehal pulak mat saleh makan nasik goreng belacan dekat Maya Tomyam dan duduk dekat Simpang Empat, Penang, well, as i said earlier, die bukan mat saleh...

Ok, sambung cerita. Setibanya James di Maybank tersebut, maka, seperti kutu kutu lain yang menuju ke sana, James mula beratur. Mesin ATM cuma ada dua. Bukan tiga, bukan seploh. Dua je. Untuk sepuluh minit pertama, takde masalah. Cucukan duit berjalan lancar. Seorang demi seorang mula selesai keluarkan duit.

Wednesday, April 18, 2012

ptptn: personal opinion



Sebab pe lak isu ni bangkit?
Tak reti reti lagi ke. Ni kan nak pilihanraya. Parti yang ni nak mansuh, parti yang tu taknak mansuh. Biase la, nak pancing undi. Sekarang kan budak budak U dah boleh mengundi. Obvious isn't? 

Kenape isu ni tak berbangkit sampai macam ni dulu dulu?
Dulu pon ade bangkit jugak.Tu pasal interest die dah kurang jadi 1% dari 3%. Yang peningnye, prosedur untuk tukar interest rate ni sangat la menyakitkan hati. Kenapa tak secara automatiknye bertukar menjadi 1%?, ataupon melalui prosedur yang tak leceh lagi melecehkan? Ni dah soalan dijawab dengan soalan dah ni! Tampo nak??

Releven tak ptptn dimansuhkan?
Udah terang lagi bersuluh. Memang tak releven la. Ni bukan dah makan juta, ni dah makan billion. Pada pendapat aku, ptptn patut dijadikan biasiswa bagi pelajar yang cemerlang, dan, hapuskan interest rate yang dikenakan dalam pembayaran balik. Yeap, interest rate yang ridiculous. Dengan rakyat sendiri pon nak berbisnes ke? Ptptn bukanlah bantuan sekiranya mencekik lepasan U dengan interest rate. Be reasonable la. Ko kate nak tolong, tapi ko kire nak untung jugak. Kire iras iras Along jugak la.