Aku bercuti raya sehari je. Itupon mostly jadi driver mak dan bapak aku. Dan, awal pagi selepas solat raya, aku, mak dan bapak aku pergi melawat pakcik aku di Felda Trolak Selatan, Sungkai.
Nak dipendekkan cerita, setibanya kitorang ke sana, secara visualnya, macam takde orang dekat rumah pakcik aku: pintu tertutup dan takde moto pakcik aku parking dekat luar. Tapi, bapak aku selamba bagi salam 2 3 kali dan tolak pintu utama. Tak berkunci. Dari luar aku dengar sayup sayup kedengaran suara seseorang menjawab salam kami. Oh, ade makcik aku rupenye.
Kisah makcik aku:
Makcik aku kena serangan strok lama dah. 3 4 tahun mungkin. Aku pon dah tak ingat. Lumpuh separuh badan. Even separuh badan, sekarang tangan die pon dah semakin lemah. Sampai sekarang pakcik aku yang jaga die dekat rumah.
Ok, sambung balik cerita. Yup, makcik aku sorang sorang dekat rumah. Anak anak tak balik. Pakcik aku ada dekat kenduri berdekatan. Dia balik rumah lepas bapak aku call. Mereka dua beradik pon bersembang. Dan isi perbualan mereka dipenuhi dengan sungutan dari pakcik aku: Anak tak balik jenguk diorang; Kalau balik pon, nak pinjam duit.
Aku, sedikit sebanyak dapat rasakan rasa kekecewaan pakcik aku. Dan satu lagi, aku juga dapat rasa betapa sunyinya makcik aku disaat saat hujung usia ni. Sebak. Sayu.
Aku berdoa agar benda ni tak jadi dekat mak bapak aku.
5 comments:
g la teman makcik tu.. tlg2 apa yang patut.. banyak ganjaran dia.. hihih!
anak2 akan tgk camne mak ayah dia treat nenek/datuk..harap2 bila dah tua x jadi camne ni la kt kite.
Aah, nampaknya kalau kita anak sedara dia tolong jenguk2 diorang pun, at least diorang x rasa sunyi sgt.
mohon dielakkan perkara2 sebegini.
;'( aku pun pernah tgk keadaan lebih kurang cam ni. arap2 kita tak jadi macam tu lah lan yer
Post a Comment