Aku memasuki pawagam dengan expectation yang tinggi untuk filem ini. Ya, ternyata filem ini tidak menghampakan aku.
Alkisah Gravity:
Kapal Angkasa milik US, Explorer berlabuh di ISS (International Space Station) dan Dr Ryan Stone (Sandra Bullock) ditugaskan untuk memasang suatu device pada bahagian luar kapal tersebut. Sementara itu, komander Matthew Kowalski (George Clooney), pada misi terakhirnya, turut serta dalam misi ini.
Semasa mereka sedang menjalankan misi tersebut, Houston, pemilik suara yang berkomunikasi dengan Stone dan Kowalski, melaporkan terdapat sisa kepingan yang berterbangan dengan sangat laju mengelilingi orbit Bumi. Sebelum sempat mereka kembali ke dalam kapal angkasa, mereka telah dilanggar dengan serpihan tersebut menyebabkan mereka mengalami kerosakan yang dahsyat dan terpaksa mencari jalan untuk pulang memandagkan kapal angkasa mereka telah rosak.
Review:
Apa yang benar benar mengkagumkan aku ialah, kesan khasnya. Ya. Sangat cantik, sangat real dan teliti disampaikan. Aku sangat teruja menyaksikan visual filem ini. Visual Bumi yang begitu indah. Disertakan pula dengan kesan bunyi yang betul betul kena pada 'scene'nya. Semasa sunyi, semasa cemas. Benar benar hebat. Kalau ada filem yang boleh menandingi
Life of Pi, inilah filemnya.
George Clooney sebagai Matthew Kowalski adalah begitu bersahaja, kelakar dan bijak. Manakala Sandra Bullock sebagai Dr Ryan Stone pula disampaikan dengan baik sekali. Seorang yang kematian anak dan cuba untuk bangkit semula dalam hidup. Bagaimana beliau cuba menyampaikan semangat survival itu, pada aku, berjaya disampaikan. Persembahan yang cemerlang dari kedua dua pelakon.
Ini, boleh dikatakan, bagi aku, filem yang terbaik pada tahun ini. Well, setakat ini..
Rating:
8.5/10