Friday, January 27, 2012

movie review: 50/50 ~ kisah sakit yang tak buat aku mengerut hidong





I wish you were my girlfriend..

..... Girlfriend can be nice

Movie ini ber'genre' drama komedi. Ade sedih, dan komedi yang tak melampaui level gelak tahap movie Razak Mohaideen. Dan juga Ahmad Idham. Oh, nak ingatkan. Ni adalah based on true story. Bukan Hasan Mutalib yang tulis.

Alkisah 50 / 50

Adam merupakan seorang lelaki normal yang ade awek tapi relationship depa macam suam suam kuku, seorang member yang kaki pempuan, dan mak pak yang jarang dihubungi. Kehidupan die normal je sampaila ke satu hari dimana die mendapat tau bahawa die menghidap kanser yang sangatla rare.

Dalam die punye fight nak melawan kanser tersebut, awek die pulak layan balak lain. Betambah frust dan pressure la si Adam ni. In the mean time, member Adam, yakni, Kyle, tidak mahu menjadikan kanser tersebut membuatkan member die down dan mandom. So, die bagi idea botakkan kepala dan jadikannye point untuk mengorat awek. Adam juga bertemu therapist mude bernama Katherine. So, ape jadi seterusnya pada Adam. Hidup ke mati? tengok la sendiri, yop dan yong sekalian..

Thursday, January 26, 2012

kenapa aku suke kerja aku



Post: M & E Engineer

1.   M & E engineer is equal to maintenance engineer. Tugas M & E ialah menjaga dan troubleshoot segala mesin baik dari segi mekanikal mahupon elektrikal. Dengan kata mudah, hands-on job. Aku memang suke hands-on job, dan aku rasa sepatutnya, sejak dari awal lagi aku patut masuk team maintenance (so, takde la asyik lompat company je).

2.    Aku punyai basic mekanikal yang tak berapa kuat, tambahan lagi ilmu elektrikal, memang aku paling tak suke. So, involving myself into this kind-hands-on-job membolehkan aku menajamkan ilmu mekanikal aku, disamping mempelajari ilmu elektrikal. Mechanical stuff: Hydraulic system, chiller system, motor system, mechanism, tools, electrical stuff: inverter, switch breaker, relay, phase, etcetera etcetera.. Banyak benda aku boleh belajar dari kerja aku. Sedikit sebanyak, aku, sedikit demi sedikit menjadi agak minat pada ilmu elektrikal, even kadang kadang serabut. 

3.     Kontranya M & E department ni ialah: bila ade kerja, memang sungguh ade kerja. Tapi, bila takde kerja, makanya, menjadi ulat ulat bertebaran mencari perlindungan. So, disini, workplace memainkan peranan. Kerja site memang panas. Tangan dan muke aku memang dah makin gelap. Tapi, mencari port mengulat, memang banyak. 

Ok, aku compare area kerja kilang dengan area kerja site, dalam kes aku, laut. Kilang (mengambil pengalaman aku bekerja di Soon Soon dulu): close area, yakni, pusing pusing, jumpe balik benda yang sama. Environment yang tak best. habuk dan lain lain. Site: Open area, banyak tempat boleh lepak / explore. Environment yang best. Still ade sikit sikit habuk, tapi, bayu laut boleh cover semua habuk tu. Senang cerita, aku tak rasa pressure pon kerja dalam site. Well, kecuali kerja melambak la.

4.    Ni lebih kepada peribadi. Kerja jadi lagi best bile workmate kite best, dan, workmate aku memang best...So, best la keje aku :)

Sekian..


Launching girder

Atas permintaan, aku tambah sikit gambar2 site keje aku..

Wednesday, January 25, 2012

rusuhan



Ah Seng dan Ah Chong memang dah lame tak sebulu. Ade je yang tak sependapat. Ah Seng suke hijau, Ah Chong suke biru. Ah Seng suke tembikai, Ah Chong suke nangke. Ah Seng sokong MCA, Ah Chong sokong DAP. Pendek kate, memang tersangatla kontra dua mamat nih.

Bile ade pertandingan, memancing contohnya, mereka berdua mesti berhabis habisan bersaing untuk menjadi juara. Bukan setakat pertandingan, malah aset mereka turut diragakan untuk bersaing. Kereta. Rumah. Motor. Bini. Anjing. Pokok bunge kertas. Semua disaingkan...

Satu satunya persamaan yang mereka ade adalah....mereka merupakan, jiran aku :(

*****************************************

Di satu malam yang hening, sedang aku berehat rehat sambil menjamah biskut Hup Seng bersama Nescafe 'O' panas, tiba tiba..

Aku dikejutkan dengan letupan yang teramatla kuat. Begitu hampir aku rasa. Sangat hampir. Bertalu talu bunyi letupan tersebut. Seperti bunyi tembakan. 

"Rusuhannnnn!!"

Saturday, January 21, 2012

kan aku dah kate



Walaupon isu dah berlaku agak lama, tapi disebabkan aku baru dapat intention untuk tulis ape yang aku rasa mengenai isu ini, maka, ni la hasilnye.

Sape tak kenal Adam Adli, sila duduk senyap senyap..

In my previous entry mengenai isu pemansuhan AUKU, aku sudah pon highlight PRO dan KONTRA tindakan tersebut. Secara ringkasnya, KONTRA tindakan ini; akan ada student yang bertindak ekstream memperjuangkan parti politik pilihan mereka.

Well, kan aku dah kate..

Aku tak blame Adam Adli atas tindakan beliau sebab he has the right to get involve in political matter since PM dengan yakinnya memansuhkan dasar AUKU. Aku secara jujur tabik spring pada Adam Adli sebab he has the guts untuk menyuarakan hak mereka untuk berpolitik. But then, of course in the extreme way.

Wednesday, January 18, 2012

movie review: minah tu bukan tomboy, der!




Gambar hanya hiasan. Tajuk pon aku tak sempat nk photoshop. Tajuk sebenar die "Minah tu bukan tomboy, der!"


Disebabkan aku sudah lama tak update dan entry latest aku macam ptuii, makanya, aku akan buat review movie ni.

Alkisah Minah tu bukan tomboy, der!

Da name tajuk pon da ade tomboy, mesti la ni cerita pasal tomboy. Alkisah Sapeah seorang gurl yang hilang arah tuju kejantinaannye dan menjadi tomboy.

Hmmm...

Aku rase malas pulak nak continue review movie ni.. Sekian...




Sunday, January 8, 2012

kenape aku masih pakai henset zaman firaun



Rosalinda dan Margarita

"Orang sekarang ni dah tak pakai handphone yang tekan tekan button ni. Semua touch screen. Smart phone beb!"

"Ko ni, ketinggalan zaman la." 

"Pegi duduk bawah tempurung sane." 

Pegi mati la orang nak pakai ape. Bagi aku, aku masih guna handphone based kepada keperluan, dan bukan kehendak. Keperluan untuk texting dan calling. Nak surf internet? ape sangat la yang aku nak bukak selain FB. Tipu la kalau kate nak bace paper online dekat handphone.