Sudah genap dua bulan aku bekerja dalam bidang food industry ni dan bermacam ragam lagak perangai yang aku lihat, perhati dan telan. Tugas sebagai jurutera bukan sekadar setelkan kerja yang dibagi bos dan pihak atasan, tapi turut bertanggungjawab meng'control' anak buah, orang bawahan.
"aku buat kerja tara gaji 600 je r. tu bukan keje aku.."
Satu mentaliti yang pada aku amat 'sakit' dan annoying. Aku paling anti kalau soal gaji dibangkitkan dalam penyelesaian keje. Bekerja untuk duit semata, bukan untuk maju ke level yang lebih tinggi, atau untuk merubah nasib bangsa, jauh sekali.
Tak kisah pada pandangan orang. Tak kisah pada pandangan Ah Chong dan Raju. Tak kisah pada satu impression; takleh pakai punye melayu..
"aku taknak buat keje assistant miller, aku nak buat conditioning je.."
Aku pernah terfikir untuk propose keje secara giliran pada assistant miller dan condition-man. Ya, supaya both asst. miller dan condition-man boleh buat kedua dua keje.
Dan, bos terlebih dahulu membuat keputusan untuk laksanakan sistem ini sebelum sempat aku propose. Ternyata, memang mereka liat dan keras kepala.
Pada hemat aku: mereka ni tak punya fikiran untuk berubah, atau malas untuk berubah. Terlalu selesa dan 'naik lemak'.
Aku tahu aku masih mentah dan hingusan dalam bidang kerja ni. Ya, sape yang nak dengar cakap budak budak.
"aku memang tak puas hati betol dengan bos ***** tu.."
Bile depan mata, 'ya bos', 'baek bos', 'setuju bos'
Time bersembang memang best, boleh jatuh langit kalau dengar die bersembang. Time suruh buat keje, macam macam la alasan die bagi.
...................................................................................................
Ya, memang susah dan mencabar untuk handle orang bawahan yang sebegini. Aku tahu mereka makan garam dulu dari aku dan aku masih cetek ilmu kerja berbanding mereka. Masih banyak lagi yang aku belum teroka dan belajar.
Dan sebab itu, aku selalu set minda aku,
"satu hari, aku nak ubah mentaliti depa ni.."