Sunday, September 25, 2011

24th of september




This is what happened on the 24th of september 2011




All the sweats, all the pain in the ass, all the struggling, all the tense, all the pressure, all the burdens..

Had finally paid off

Thanks mak and apak

Thanks my fellow friends

Thanks prof, doc, sir, miss, mrs

Thank you

Terima kasih

Xie xie

Syukriya

Syukran

Gracias

Thank you all

I love u all




Tuesday, September 20, 2011

Saturday, September 17, 2011

the must watch malay movies of 2011



Tajuk: Songlap


Review: Kalau berdasarkan  trailer, memang tampak menarik. Tapi, trailer mane ade yang tak gempak. Even Hantu Bonceng yang tak best tu pon trailer die gempak. But, TONTON had proposed this movie to be a must watch malay movie of this year. So, giv a shot la kawan. Tambahan lagi filem ni bukan arahan Ahmad Idham mahupon Razak Mohaideen. So, risiko kekecewaan tu kurang la..

Tarikh tayangan: 15 Disember 2011



Tajuk: Bunohan


Review: Gempak tak gempaknye filem ni dah dibuktikan dengan pencapaiannya even tak ditayang kat sini lagi. Bunohan akan ditayangkan di festival filem antarabangsa Toronto ke 36. Selain itu, Bunohan juga telah mendapat pengedaran antarabangsa oleh Universal Picture untuk tayangan di UK, Perancis, Jerman, New Zealand, dan Australia. Ni kalau TONTON kencing aku kire aku kencing korang jugak la ni. Aku dah review trailer filem ni. Skill Faizal Hussein bermain pisau mengukuhkan lagi yang filem ni memang benar-benar kencang. 

Tarikh tayangan: tak diyatakan lagi.

Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, September 13, 2011

banyak alasan la ko!!



Aku penah cerite sebelum ini tentang appoinment 'Stress Test' yang di arrange di Hospital Slim oleh Dr kesayangan aku. Ni yang terjadi sehari sebelum test tersebut.

19 Ogos 2011:

Aku ke Hospital Slim(HS) bersama surat oleh Dr. Hajat di hati nak buat 'Stress Test' terus. Takde la aku nak pegi HS banyak kali. Tiba di kaunter Klinik Pakar, ni bukan klinik yang tepi2 jalan tu, ni klinik ade dalam HS, aku bagi la surat tu pada misi muke ketat. Time aku je, tak penahnye nak dapat misi muke cute, muke ketat sokmo.

brader: takleh buat hari ni la dik.

Tibe2 brader ni tegur aku. Aku tak tanye die pon. Dah la tak hensem.

aku: yeke. nape ye?

brader: mesin rosak, cable rosak. lagipon, adik kene queue dulu.

aku: ow, bile leh buat kalau gitu?

brader: 14/9 leh tak?

aku: ok je.

brader: nak buat macam mana kan. mesin rosak.

aku: ye la bang oi ...




13 September 2011:

Kringg... kringgg... 

brader: helo dik. ni azlan kan?

aku: ye saye

brader: pasal stresst test tu. takleh nak buat lagi la dik.

aku: la. sebab ape lak?

brader: mesin rosak 

aku: bukan aritu da rosak ke?

brader: ye la. tak repair lagi. tu yang bagitau awal2. takut adik datang esok lak.

aku: dah nak sebulan da bang oi.

brader: ye la. nak buat macam mana. mesin rosak. buat hari lain la ye dik. tapi abang tak jamin la boleh buat hari lain. abang tak jamin mesin boleh ok.

aku: grrrrr


Banyak alasan la ko. Mesin nak dekat sebulan takkan tak reti2 nak repair. Hari2 datang keje buat ape. Kalau ade orang kritikal ni, mau mati tunggu ko bagi alasan. 

Stop giving excuses, do ur job la 



Monday, September 12, 2011

movie review: hantu bonceng





Dek kerana ade member aku ni post komen "hantu bonceng memang terbaekk!!" dekat fb, aku pon masuk la wayang untuk tengok movie ni. Tambahan lak takde movie lain yang menyinar disamping boleh meluangkan mase bersama member-member. Ye la, dah keje ni mase tak bape nak ade untuk bersosial.

Overall komen untuk movie ni: err, ok la. Kalau nak compare zizan dengan johan, aku lagi prefer lakonan johan dari zizan. Lagi nampak expression muke. 

Sinopsis: zizan menang lumbe haram and then hadiah die adalah sorang pempuan untuk di entot. Tiba-tiba, terlibat dalam excident yang meragut nyawa pempuan tersebut. Sejak itu zizan sentiasa diganggu hantu pempuan tersebut.

Humor: Suam-suam kuku. Kebanyakannye hanya lawak yang aku suspect direcycle dari movie-movie ahmad idham yang lain. Cth: scene nyanyian watak yang tengah hangat bercinta.  

Storyline:
1. Momentum storyline pada beginning cerite memang buat aku agak excited. And then, datang pulak kisah cinta yang meleret-leret. Aku faham ini adalah movie seram komedi, so back to basic la. Seram. Bukan kisah cinta yang takde kene mengena yang totally annoying. Yep, as expected dari ahmad idham. Contoh Hantu Kak Limah adalah contoh movie seram komedi terbaik yang penah aku tonton.
2. Kisah 'Hantu Bonceng' itu sendiri hanya mengisi tak sampai separuh dari overall story. Tujuan gangguan hantu tersebut hanya nak suruh mayatnya dikebumikan. That's it. Aku expect maybe ade story yang lebih besar yang hantu tu cube nak sampaikan. Clumsy and not interesting.

Effect: Aku paling benci pada effect slow motion dalam movie ni.  Pada aku, motion yang biasa je dah cantek. No need slow motion effect. Lain la kalau effect slow motion ngkau sama level dengan The Matrix. Tu cter lain.

Rating: 4.5/10




p/s: teringat Lagi-Lagi Senario, Buli, Buli Balik, Man Laksa, Zombie Kampung Pisang, dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, contoh movie humor melayu yang best.

Sunday, September 11, 2011

kisah medical checkup



Suatu petang, Julai, 2007

Petang tu hari agak terik. Panas. Sumpah panas. Tapi aku gagahkan gak jalan menuju Pusat Kesihatan USM. Hajat dihati nak buat medical checkup. Bukan tak boleh buat sendiri, tapi dah ade yang free, sebat je la. Buat ape nak membazir belanja makan 2 3 minggu kalau dah ade yang free.

Tengah hari tadi aku dah scan tulang selangka aku kat klinik panel. X ray bak kate omputih. Sume freashie kene wat. Name je klinik panel, budak-budak hingus ni pon depa nak cekik seploh ringgit sorang. Rugi rugi.

Berbalik pada kisah pengembaraan aku menuju Pusat Kesihatan tadi. 

Peluh dah merenek kuar. Ketiak dah basah. Rambut sikat tepi dah jadi serabai kene tiup angin. Akhirnya aku sampai pon ke destinasi. 

Macam pegi klinik biase, pegi kaunter bagi IC. Jangan 'peghak' sangat. Klinik je pon. Duduk kat sofa dulu. Memang best la sebab ade aircond. Sejuk je. Terase sejuk kat spot peluh banyak tadi. Nice.

"Muhamad Azlan". Kakak misi muke ketat panggil aku.

Aku pon pegi masuk bilik dengan muke sengih-sengih. Duduk kat kerusi. Tengok dinding. Tangan atas meja. Mata tengok-tengok sekeliling. Kalau misi cun memang tak tengok mane-mane dah.

"Mane X-Ray?" Kakak misi tu tanya.

"Eh, kene bawak ke kak? Tak tau pon" Aku jawab.

"Ye la cik adik oi" Kak misi punye muke dah betambah ketat. Kelat.

"Err..." Aku jawab tersedu-sedu.

"Ish kamu ni. kenapa tak bawak? kakak banyak keje lagi ni..bla..bla...bla...tak beretika...bla.. bla... macam mane la boleh masuk usm.....bla...bla...phuii....bla..bla...perangai macam taik...bla...bla.." Ade la dalam 15 minit aku kene ceramah. Telinga dah panas. Hati pon panas gak. Ketiak dah nk kering pon jadi basah balik.

"Ok kak, nanti saya bawak Xray tu" Ujar aku menutup sesi ceramah bersama cik muke ketat.

"Bagos sgt la tu. Sok datang bawak xray skali" jawab kak misi.

"Ok kak, i promise" Aku jawab simple.

Aku pon bergerak pulang ke hostel.



Last2 sampai grad aku tak datang balik.






ps: ni la punce kenapa aku tak penah buat medical checkup sampai la ke tragedi medical checkup di southern steel.

Friday, September 9, 2011

aku dan irregular heartbeat



2 3 minggu sebelum raya dulu, aku dah dioffer keje oleh southern steel sebagai tukang cuci. Memang aku excited la. In the mean time, aku memang dah dapat offer keje dari Soon Soon. Kalau nak ikut minat, memang Southern steel la aku punye choice.

So, aku terime la southern steel tapi belum tolak Soon Soon. Sign la offer letter. Offer letter beb, memang dah konferm dapat. Wat la medical checkup. Guess what, besides blood pressure yang normal, Dr panel southern steel, Dr Kuan, detect sesuatu yang tak penah aku  duga: irregular heartbeat. Sebab bende tu, aku di reject sourthern steel. Sikit pon depa tak kesian.

dup dup DUP, dup dup DUP,... Macam ni la lebih kurang bunyi die. Aku nak cerita pon tak tau.

Aku tak penah jadi wakil pape dalam sukan, tapi aku rajin jugak turun main time belajar dulu. Paling teruk pon, turun joging. Seingat aku, tak penah pon rasa pening sume bagai. Rasa nak pitam ke. Non. Rasa nak berak ade la.

So, sebab tak puas hati, aku buat checkup dengan  Dr lain. 2 orang aku mintak pendapat dan dua2 bagi pendapat: 

Saya rasa kamu ni boleh je keje. rhythm heartbeat kamu ade. kompeni tu tak patut reject kamu sebab kamu overall normal.saya akan arrangekan stress test utk kamu. so nanti saya boleh buat proof dkt kompeni kamu.

Time ni aku memang dah bengang dengan sourthern steel. Kalau aku jumpe manager tu, memang aku bagi sebijik bawah anak mata die. Bukan sekali sourthern steel reject aku, tapi dah 2 kali.

So, nk mengubat kesedihan aku, aku terima Soon Soon dengan seadanya. Sebagai shift tukang cuci. But still, ade medical checkup and once again, irregular heartbeat. Nak buat macam mana, bunyi tu bukan boleh hilang. 

Disebabkan aku keje sebagai shift tukang cuci, so, HR manager die jadi concern. Kata dua oleh si HR manager:

Give me the result of the test, and then i will decide whether we will hire u or not.

Sedih. Sakit ati. Pilu.

Well at least he giving me a chance to proof that i am fit for the job and i will show him i am. Bukan macam sourthern steel. Kerek. Belagak. Poyo. Phuii. Wait, baru aku teringat. mak n pak aku memang takde sakit jantung, tapi arwah adik aku meninggal sebab jantung berlubang... What??




Sekarang tengah gelisah menanti hari stress test. kalau fail test tu, aku nak tukar proffesion jadi cashier je la. kalau aku pass, aku nak lempaq report tu kat muke HR manager tu. kat manager sourthern steel SMP2 pon aku nak lempaq gak.

Monday, September 5, 2011

ini cerite seram (pt. 2)




Suasana menjadi seram sejuk. Bulu roma Mak Wok, Makcik Miah, Saleha dan yang lain-lain tiba-tiba meremang. Seperti ada sesuatu dalam ruangan rumah itu. Sesuatu yang hampir. Memerhatikan. Tok Nik sudah berkumat-kamit mulutnya. Entah apa yang dibacakan. Mak Wok dan yang lain-lain memang tak dapat faham butir kata Tok Nik.

Tok Nik dengan tiba-tiba meragut keras lutut Mak Wok. Kedengaran jeritan nyaring yang datang entah dari mana. Jeritan tersebut bukan datang dari sapa-sapa dalam rumah tersebut. Semua saling berpandangan. Jeritan tersebut masih kedengaran. Makin kuat Tok Nik memicit lutut Mak Wok, makin kuat jeritan tersebut. Makin nyaring.

Tok Nik seperti sedang menarik sesuatu dari lutut Mak Wok sambil mulutnya masih terkumat-kamit. Kuat tarikannya. Tarikan tersebut turut dirasai Mak Wok. Mak Wok mengerang perlahan. Jeritan tadi masih lagi kedengaran.

Tok Nik tiba-tiba menyentap tangannya dari lutut Mak Wok. Dengan pantas Tok Nik seperti memasukkan sesuatu ke dalam botol yang dah tersedia di sisinya. Setelah selesai, Tok Nik tutp cepat-cepat dengan gabus. Dengan tak semena-mena, jeritan tadi sudah tidak kedengaran lagi. Kelihatan peluh jantan Tok Nik merenek keluar.

“Dah selesai.” Tok Nik memecah kesunyian.

“Aku dah masukkan hantu raya tu dalam botol ni. Dua-dua ekor sekali.” Sambung Tok Nik lagi.

“Kurang sikit rasa sakit lutut, Tok.” Bilang Mak Wok sambil urut-urut lututnya.

“Ini botol, aku bagi kamu. Buang dalam sungai.” Hulur Tok Nik pada Mak Wok.

“Terima kasih Tok.” Balas Mak Wok. Mak Wok menyambut botol tersebut.

“Panas.” Jawab Mak Wok ringkas tatkala memegang botol tersebut.

“Dah gemuk hantu tu dalam tu, memang la panas.” Tambah Tok Nik lagi.

“Bende tu mungkin saka nenek moyang atau makcik pakcik ngkau. Tuan die dah mati, tu yang die carik waris tu. Die jumpe ngkau, die tumpang kat lutut ngkau. Lame-lame die seronok. Tu yang lame die dalam tu. Penah ade nasik basi belendir-lendir tak?” Panjang lebar Tok Nik explain.

“……” Berkerut dahi Mak Wok nak refresh berkenaan nasik basi.

“Ada..” jawab Saleha penuh yakin.

“Tu die la tu makan.” Jawab Tok Nik selamba.

“……..” Bertambah kerut Mak Wok memikirkan perkara yang baru beliau ketahui.

***************************************************************************

Setelah selesai membuang botol tersebut ke sungai, Mak Wok serta Saleha pulang ke rumah. Malam itu Mak Wok dapat tidur dengan tenang dek kerana sakit lututnya sudah beransur pulih.

***************************************************************************

Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Saleha terjaga disebabkan bunyi kuat di atas bumbung. Mata Saleha melilau-lilau dalam kegelapan pagi itu mencari handphone.

‘Dup…Dup’ Kedengaran lagi bunyi di atas bumbung. Seperti berjalan gayanya. Menapak setapak demi setapak. Jantung Saleha berdegup kencang. Peluh merenek keluar.


Tiba-tiba…..