Saturday, January 22, 2011

setinggi mana nilai integriti kita?






Ngkau seorang jurutera pembinaan yang bertanggungjawab mengenal pasti keadaan sesuatu binaan sama ada ia berada dalam kedaan baik atau buruk. Andai kata ngkau mendapati terdapat satu kecacatan pada bangunan tersebut yang pada masa terdekatnya tidak kelihatan namun pada jangkamasa panjang (long-term effect), ia memudaratkan dan boleh mengancam nyawa. 

Kemudian, datang la mamat kemeja tight-in dengan tali leher, berkaca mata hitam, berkot, berkasut kilat, bertopi putih, dan berkereta saiz bagak memberi sejumlah wang yang didakwa sebagai "hadiah" dengan balasan agar ngkau membutakan mata memekakkan telinga terhadap masalah tersebut. Kembali kepada prinsip "You see nothing!", ngkau bute-bute dapat duit dan mamat tadi tak payah susah-susah kuar duit nak repair. Everybody live happily ever after. End of story. Full-stop.

"RM5 juta ni ngkau punya, tapi kalau ngkau tutup mulut"

"Boxster spyder belakang ni ngkau yang punye kalau ngkau diam"

"Ngkau boeh amek awek aku ni kalau deal kite on"

If this happen to you, what would you do? Setinggi mana nilai integriti ngkau? Terima atau tolak? Mungkin ngkau akan kata dalam hati;

"ish, takdenye aku nak terjebak dalam bende-bende macam ni", 

"taubat aku taknak amek rasuah", 

"aku belia benci rasuah"

Dan macam-macam lagi. Tapi beb,tu mase sekarang. Boleh ke kite predict orang yang macam mane kite akan jadi 10 20 tahun akan datang? Jadi mat alim ke, jadi pemutar belit ke, jadi mat jenin ke, jadi mat karung guni ke, jadi artis muke jambu sore aram tak sedap pon. Kite tak tau semua tu. Misal kata bos ngkau kaki rasuah. Memang peel die suke merasuah; kat ofis rasuah, kat bank rasuah, kat kedai makan rasuah, kat tapak projek rasuah, kat tandas rasuah, kat rumah rasuah. Pendek kate semua orang la die rasuah, termasuklah ngkau. Apa yang ngkau akan buat? Tunduk, patuh, terima atau bangun membangkang?

Aku bukan nak kate diri aku ni berani membangkang, berani menegakkan kebenaran. No. Aku cume nak kite renung balik diri kite. Setinggi mana nilai integriti dan keimanan kite. Sanggup tak kite menggadaikan nilai diri demi mengaut keuntungan atau berpegang pada prinsip "kau hidup kau, aku hidup aku" atau hanya membenci dalam hati. Apa tindakan kite kalau berhadapan dengan situasi ni. Alam kerjaya jauh berbeza dengan alam sekolah, ada cikgu untuk bagi guidance. Dalam situasi ni, we are on our own. 

Setinggi mana nilai integriti kita?





Renung-renungkan dan selamat beramal....


Wednesday, January 19, 2011

aku pencinta alam: parit buntar - kelantan - cameron



Aku baru perasan yang punch card aku da cecah 10000 org.. haha..

Kembara siri pencinta alam aku kali ini selepas siri 1 dan siri 2 membawa aku ke negeri cik siti wan kembang a.k.a kelate.. Siri jelajah kali ni di'support' oleh Mr Kimi bersama keluarga.. Memang satu pengalaman yang syiok banget walaupon penat. 

Satu benda yang aku perasan di Kelate terutamanya di Kota Bharu (KB) ialah penggunaan ejaan jawi yang meluas sampaikan McDonald pon dieja dalam bahasa jawi.. Kalau kat Sungkai, haram nak jumpe tulisan jawi, tambah-tambah lagi Ipoh.. Tulisan Taufu Fa, tulisan Long Taufu je yang banyak.

Walaupon pada asal perancangan Mr Kimi hanya jalan-jalan di Kelate, namun, disebabkan rembesan adrenalin yang tak terkawal tambahan duit gaji jpa yang baru masuk, kembara pencinta alam diteruskan dengan penginapan satu malam di hotel Jasmine, tanah tinggi Cameron..

 Hentian pertama: Residensi Sapuan, Grik..

Tuesday, January 11, 2011

my blood type is O +ve



Selama lebih 22 tahun aku hidup kat muka bumi ni, baru la aku tau jenis darah aku  ialah  jenis O+ve. Terima kasih pada Hospital Pulau Pinang sebab datang USM ni menyedut darah student-student termasuklah aku yang 1st timer dalam dunia pendermaan darah.

Bak kate wikipedia, "Individu dengan golongan darah O memiliki sel darah tanpa antigen, tapi memproduksi antibodi terhadap antigen A dan B. Sehingga, orang dengan golongan darah O-negatif dapat mendonorkan darahnya kepada orang dengan golongan darah ABO apapun dan disebut donor universal. Namun, orang dengan golongan darah O-negatif hanya dapat menerima darah dari sesama O-negatif."

So, that's how it's works.. I am a universal donor..

So, pada warga USM Kejuruteraan yang masih belum mendermakan darah lagi, boleh la berbuat demikian di Foyer Lembaran, USM Kejuruteraan sementara masa masih ada. Bagi 1st timer, syabas! Bagi yang sembang lebat pom pom pom bagai nak jatuh langit tapi tak derma pon, lantak ngkau lah! Bagi yang banyak kali derma, keep it up! Bagi yang takot jarum, nurse tu tak pakai jarum besa peha la, nak takut ape..hehe




Sunday, January 9, 2011

i am a comic reader



one piece

Aku layan komik, and I'm not ashamed of being a comic reader. Korang layan komik tak? Kalau tak, korang memang dah terlepas salah satu nikmat hidup. Same la macam orang yang tak makan kerang siput, memang dah terlepas nikmat makan. Same jugak macam makan makanan pedas, peh! Memang tak best makan kalau takde pedas-pedas kasi panas telinga. Kesimpulannye, sape yang tak bace komik, terlepas salah satu nikmat hidup...haha, sampai camtu skali

Kalau zaman kecik-kecik sekolah rendah dulu, komik yang menjadikan budak-budak baya aku menjadi obsessed; sanggup naik basikal pi pekan semate-mate nak beli komik; sanggup bertumbuk ngan abang rebut sape nak bace dulu; sanggup tipu mak pak kate nak bayar duit PIBG padahal beli komik, tak lain tak bukan: DRAGON BALL, a truly whole world phenomenon. Sampaikan Hollywood buat real-action movie based on this comic. Tapi, bile mat saleh yang leh kate king of world's movie production nak buat movie asia, memang tak menjadi dan totally sucx!

Anyway, tu zaman dulu-dulu, siri DRAGON BALL pon dah sampai ending bile mangaka die dah buntu  nak continue sebab yang jahat-jahat die dah sampai ke'power'an tahap dewa-dewa sampaikan leh hancurkan bumi ngan petik jari je. Haha, totally ridiculous. Sekarang, layan komik lain pulak dan yang menjadi my no 1 favorite comic is ONE PIECE

ONE PIECE mengisahkan pengembaraan seorang pirate bernama Monkey D. Luffy bersama krewnye mencari harta karun milik Pirate King, Gold D. Roger. Bese la, dalam perjalanan diaorang ni, macam-macam la dugaan dan konflik yang depa ni tempuh. Nampak macam bosan, tapi sebenarnye tak. It's totally interesting! I'm bursting to read the next issue each time i read an issue of this comic. It's adventurous, it's hilarious, it's awesome!!...peh, lebih-lebih plak mamat nih,lempang kang

Kalau nak sembang panjang pon tak gune, bace la komik ni. Kalau bace pon malas, tengok la anime die. Kalau tengok pon malas, tak tau la bende ape lagi yang ngko rajin.. Pegi tido je la sane..





rating: 9/10

Thursday, January 6, 2011

kisah harun yahya



Di satu tengah hari yang hening, di cafe Raida, aku bersama sekutu-sekutu yang tengah kelaparan sedang menjamu selera. Memang berselera aku makan: nasik secedok campur kuah kari kaw, telur dadar separuh, nuget setengah ketul, dan salad seguni.. Cafe Raida memang best kalau time-time tengah lapa macam ni walaupon kadang-kadang dikatok oleh tauke kedai dengan harge yang buat student-student terutama geng-geng mpp naik angin...

Tiba-tiba apit the blogger bukak cerite..

"weh, betul ke harun yahye nak jumpe aku kat induk?"
"eh betulla. kan aku ade post kat twitter td"
"tu r pasal. bile ek"
"ntah,20 hb something r"
"kene pegi aku ni"
"aku pon rase nak pegi gak"

Tibe-tibe pulak, sorang lelaki budiman ni menyampok. Dah la tak bagi salam, hello pon takde,  nameste pon haram takde, main sodok aje budak ni mencelah..

"sape pulak si harun yahye tu? artis bintang popular ke"
"ko ni biar betul lelaki budiman, takkan tak kenal harun yahye. satu dunie kenal die beb"
"iyeke.die buat ape sampai femes?.."
"ko betolla tak bace paper.haish.."
"hehehe..."

Walaupon aku tengok lelaki budiman kaw-kaw kene debik secara halus oleh sapuang meister, habis merah padam muke die, aku angguk-angguk tanda setuju dengan pendapat sapuang meister.

"Kite memang patut kenal dengan mamat Harun Yahye ni"...aku menambah.

"ko ni kalau artis-artis ko kenal, Caterine Zeta Jones la, Robert Downey Jr. la, George Clooney la, Hamid Gurkha la, tapi Harun Yahya ko tak kenal.."...aku tambah lagi

"kite ni kena la kenal tokoh-tokoh ilmuan Islam ni.." .....lagi-lagi aku tambah

"renung-renungkan dan selamat beramal..."... aku tutup ceramah ringkas.

Lelaki budiman hanya mampu tersenyum tawar sambil dihambat perasaan bersalah. Slow-slow aku makan salad yang seguni tadi sampai habis.Licin...









Balik je bilik, aku bukak google, aku taip..........."harun yahya"





p/s: Tau tak sape die Brader Harun Yahya ni? Ha, die la mamat yang dengan coolnya lempang balik si Charles Darwin ni punye statement yang kate; manusia berasal dari beruk, manusia adalah beruk-beruk yang dah berevolusi... Punye la selambe badak je die kate kite ni asal beruk, agak-agak la kalau muke sendiri tu ade iras-iras, takyah la kate orang lain pon beruk jugak.. Anyway, ni la sebab ke'famous'an Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar ni disamping banyak lagi hasil penemuan dalam kajian beliau...

p/s: Lelaki budiman, jangan marah..hehe


Tuesday, January 4, 2011

movie review: hantu kak limah balik rumah





 Brader Idham pernah berpesan..

"ade dua sebab untuk kita buat movie; yang pertama-nak untuk untung juta-juta, yang kedua-nak menang anugerah.."

Ternyata Brader Idham pilih pilihan yang pertama, dan ternyata filem-filemnya kering, takdak isi, tengok sekali taknak tengok lagi, cerita terlalu tipikal, skrip "saye" "awak",  stereotaip, hawo dan bosan. 2 X 5 dengan Brader Ajak, cerita buat tangkap muat, jalan cerita hancus, lawak takde modal, muke belakon nak sama..ok, cukup la komen setakat tu.

Sepanjang pengalaman aku dalam penontonan filem melayu, hanya beberapa pengarah yang menjadi feveret aku antaranya Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Afdlin Syauki, Shuhaimi Baba, Khabir Bhatia dan one and only, Brader Mamat Khalid.

Karya-karya Brader Mamat Khalid seperti Zombie Kampung Pisang, Man Laksa, Kala Malam Bulan Mengambang dan yang terbaru Hantu Kak Limah Balik Rumah, semuanya terisi dengan lawak-lawak yang bukan sekadar lawak kosong yang memualkan.

Hantu Kak Limah Balik Rumah mengambil latar yang sama seperti dalam Zombie Kampung Pisang yakni Kampung Pisang. Segalanya bermula sewaktu Hussin (Awie) yang baru pulang dari Singapura mendapati sesuatu yang tak kena pada jiran beliau, Kak Limah.  Kak Limah tidak bercakap, orang tegur die buat dek je, rambut panjang mengurai dan muke penuh dengan bedak sejuk (muke kaler2 putih).

Kemudian, penduduk Kampung Pisang beramai-ramai pergi melawat Kak Limah di rumahnya. Apa yang memeranjatkan ialah; penemuan rangka mayat yang pada mulanya dipercayai milik Kak Limah. Lintang-pukang mereka cabut dari rumah Kak Limah. Tak cukup tanah dibuatnya.

Mereka sangkakan dengan penemuan mayat tersebut, maka berakhirlah masalah hantu Kak Limah, tetapi sangkaan mereka meleset, hantu Kak Limah masih berlegaran mengganggu penduduk kampung. Bermula dari situ, berbagai usaha telah dilakukan oleh penduduk Kampung Pisang untuk menyelesaikan masalah hantu Kak Limah seperti menggunakan bomoh.

Nak tau lagi?? tengok sendiri r woi..haha. Naskah Brader Mamat Khalid kali ni sarat dengan mesej-mesej yang mendalam. Sebagai contoh, sikap sesetengah dari kita yang tidak mengambil tahu hal orang sekeliling, hidup ke mati ke sakit ke. Selain dari itu, sindiran padu beliau pada penggiat filem negara yang menghasilkan filem tangkap muat je; fahaman kolot sesetengah masyarakat yang mempercayai segala tahyul mahyul serta hantu; dan kepentingan English Education..haha

"tak nampak depan mata ada pembangunan"
"jangan salahkan pengarah aje, salahkan penulis skrip sekali"
"tu la, dulu tak nak belajar English Education, sekarang nak sebut wheel chair pon tak reti"
"ce citer"
"kite bako je, lotnye kite ratekan buat taman cili"

Antara dialog-dialog yang menarik dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah...


*Turut memuatkan lagu-lagu old skool yang meruntun jiwa seperti Cinta Kristal nyanyian asal dari Rahim Maarof, dan yang len tak tau tajuk..hehe




rating: 7.3/10

wikileaks: antara ketelusan dan kebimbangan






Pada penghujung tahun 2010, dunia dikejutkan dengan lembaran yang disebarkan oleh Wikileaks; mengenai penyeksaan rakyat Iraq dan Afghanistan semasa US menakluki benua tersebut.

"kami adalah polis dunia, kami memang paling power. Sape lawan, kami serang"
"korang tak ade hak nak buat nuklear, nuklear adalah hak mutlak kami selaku polis dunia"


Keangkuhan AS ditundukkan oleh Wikileaks dengan terdedahnya segala tindakan kejam askar AS terhadap tahanan perang hasil dari kempen memerangi keganasan mereka. Ratusan malah ribuan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa peperangan tersebut. Video tahanan yang diseksa tersebar luas ke seluruh dunia, menambah lagi kepedihan AS dalam menangani tohmahan dunia.

Sebelum aku bersembang lebih panjang, tahu tak apa tu Wikileaks? Wikileaks merupakan laman sesawang yang bertindak seumpama Wikipedia, ensiklopedia dalam bentuk maya. Tetapi yang membezakan Wikileaks dengan Wikipedia ialah Wikileaks mendedahkan agenda sulit yang menjadi rahsia sesebuah negara sama ada baik atau buruk, sehinggakan pertahanan sekebal Pentagon pun mampu ditembusi Wikileaks.

Dengan slogan "we open government", Wikileaks ternyata berjaya dalam menjalankan kempennya untuk mempastikan ketelusan dalam sesebuah negara.

Sebagai contoh; kantoinya Singapura dalam mengeluarkan kenyataan...


"Kepimpinan yang kurang cekap adalah satu masalah besar di Malaysia," kata setiausaha kekal di Kementerian Hal Ehwal Asing Singapura, Bilahari Kausikan kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Asia Timur, David Sedney.


Singapura dengan nyata menunjukkan sikap talam dua muka yang memperlekehkan usaha pemimpin negara dalam mengukuhkan hubungan antara dua negara. Bila tersebarnya kenyataan ini, maka terhegeh-hegehlah pemimpin Singapura menghadap pemimpin negara.

Dalam keghairahan warga dunia mengorek isi rahsia kotor AS dalam pasca perang di Irag dan Afghanistan, muncul suatu kebimbangan yang merunsingkan. Adakah relevan tindakan Jullian Assange selaku pengasas Wikileaks mengorek segala rahsia peribadi sesebuah negara bagi merealisasikan negara dunia yang bebas persengketaan? Bagaimana sekiranya rahsia sesebuah negara tersebut dengan sewenang-wenangnya disebarkan menjadi punca pertelingkahan antara negara.

Bagaimana sekiranya rahsia ketenteraan negara kita diperoleh oleh pihak musuh? Bagaimana pula dengan kewangan, pentadbiran dan segala yang menjadi 'sulit' bagi sesebuah kerajaan menjadi tatapan umum dengan sewenangnya. 

Kita tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku sekiranya dasar "negara telus" ini mampu menjamin kesejahteraan dan keamanan sejagat ataupun sebaliknya. Namun yang pasti, kewujudan Wikileaks bukanlah sesuatu yang patut diteruskan meskipun ia mendatangkan kebaikan, namun, masih besar keburukan yang dibawa bersamanya.











Renung-renungkan dan selamat beramal...


Sunday, January 2, 2011

movie review: the prestige







Are you watching closely?....



What did u know about magician? Are they using magic by dealing with demon or devil?? Then they are a wizard or shaman, not magician. A magician using tricks to trick the audiences. The only thing that differentiate between the good tricks and the bad tricks is; the complexity of the tricks and how it is delivered.

The prestige is totally one of the great movie i'd ever watched. It is about two apprentices  (hugh jackman and christian bale) of a magician. Due to some reason, both of them got separated but still doing their magic shows on their own. From there, they struggling, get their hands dirty to gain new idea/tricks. Each tricks are secrets to the inventor/magician.

Until certain time, christian come up with a trick called "the transportation man" by simply using a double (the man which have similar face) and he became famous. Hugh doesn't want to believe that christian was just using double. He became obsessed and bring him to meet Tesla, a scientist.

No doubt it is an interesting story..Want to know more? Watch urself r...




p/s: I only post movie review if the movie satisfy me..and if u're not a fan of a flashback-present-future-type-of-movie, don't watch this movie

rating: 8/10

movie review: law abiding citizen






Lately i'd been watching several movies as my free-time fulfillment besides celebrating new year countdown in queensbay. The countdown event was sucx, and the firework was hopeless. Damn it!..This movie is among others movies that i'd watched lately; the prestige, the tourist, gulliver's travel, ice age and one and only, hantu kak limah..haha. Quite an interesting movie hantu kak limah is. 

Ok, law abiding citizen..

There is a man named Clyde. He has a lovely wife and a beautiful  little daughter and lived in harmony. One day, a pair of thieves (Ames and Darby) came to their house, stab him in the stomach, killed and raped his wife and killed his daughter. He was barely saw his daughter getting slaughtered by the thieves. So, he simply had a weak evidence.

The thieves were captured by police after several weeks. Darby made a deal with the district attorney (DA) claiming he is not guilty but the truth is he was the one that slaughtered the whole family except for Clyde. In this story, there is a rule that allow suspect to made a deal with the DA in return to some favor. So, Darby was released without any further investigation. Clyde was disappointed with the system, he felt that the law was abiding him.

After 10 years, with a well-preparation, Clyde returns with vengeance. He killed both Ames and Darby (cut into 25 pieces). He let himself get caught by the police as he planned. There, he plays with the rules and the court, kills prisoner, and others. His purpose was just to show how corrupt the system was.



*p/s: if u are pregnant, or u have heart problem, u might don't want to see this movie....

rating: 7/10