Sunday, October 31, 2010

ingin tahu itu membunuh kucing



Semenjak dua menjak ni, perasaan ingin tahu aku semakin membuak-buak tak seperti zaman muda-muda dulu. Sebagai contoh:

i. Ape bezanya kalau aku balik ikut jalan biase berbanding jalan highway?
ii.Ade ape kat Kuala Gula sebenarnye? (belum tercapai)

Ingin tahu #1:
Kebiasaannya, kalau aku balik menjenguk Sungkai, aku akan menggunakan jalan highway, tapi disebabkan perasaan ingin tahu aku membuak-buak sampai temuntah-muntah, aku dengan selambenye ikut jalan biase (jalan persekutuan, kalau x silap aku). 
Akibatnye, bertolak dari USM pada pukul 5 ptg, sampai dirumah pukul 10 mlm. Yakni kalau dicampur tolak darab bahagi, +-5jam perjalanan. Kalau ikut highway, +-3 jam je. Dari pemerhatian aku, route dari Kuala Kangsar ke Ipoh adalah yang paling jauh berbanding dengan melalui highway.
Solusinya, aku dah fix route aku kalau bile-bile aku balik: USM ke Kuala Kangsar ~ jalan biase; Kuala Kangsar ke Simpang Pulai, Ipoh ~ highway; dan Simpang Pulai ke Sungkai ~ jalan biase.

Route Kuala Kangsar


 Ipoh


 Ipoh


Kalau ade peluang, aku akan setelkan ingin tahu #2. Bak kate orang-orang tua; "ingin tahu itu membunuh kucing" atau dalam bahasa orang putih, "curiosity kills the cat"....erk!!

Wednesday, October 27, 2010

bandung tarik



Sekiranya anda berada di USM Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, bolehlah pekena penangan Bandung Tarik tarikan brader cafe Meranti yang terletak di cafe staff bertentangan dengan library. Dibuka pada waktu pejabat, Isnin hingga Jumaat.

 
Sampai temuntah-muntah aku cakap kau



Bandung tarik satu!!

Tuesday, October 26, 2010

risiko berkereta



Bila berkereta, risiko untuk ditipu oleh para blood suckerssss (many many 's' for many many blood sucker) adalah tinggi lebih-lebih lg bagi yang masih fresh dalam bidang pengkeretaan. Contohnye..

"lu punya absorber da tak bley pakai lol. Lagi sebulan pakai, absorber lu hancur pny" padahal absorber takde masalah pape pon.

"lu pny pasal wa bagi murah, rm2000 wa kurang jadi rm1000" padahal memang harge die rm1000. Kuat betul pancing.

"bearing lu masalah, tu pasal bunyi" padahal tayar yang masalah.

"lu punya.......itu.....ini.......yang tu. .....yang ni......yang belah sane......side mirror......belah situ......belah sini.......seat ......................ROSAK!, kene ganti ni lol" dan macam-macam lagi.


Untuk mengelakkan masalah ni dari berlaku, rajin-rajin bertanya pada yang expert dan lebih berpengalaman, rajin-rajin tengok forum berkenaan dengan penjagaan kereta, dan yang paling penting, carik kedai yang buat kerja tip top tapi harge berpatutan dan tak menipu.

Bagi area Parit Buntar-Nibong Tebal, kedai Mutiara Bateri dan Tayar jadi feveret aku sebab depa tak pancing customer untuk tukar bende-bende yang bukan-bukan, harge berpatutan, kerja tip top, bukak awal pagi (dalam kol 9 lebih), dan hasil yang memuaskan.


Sekadar tempelan,AFDal 154



**pagi tadi aku buat alignment kat AFDal 154, da terlajak aku tanye sekali pasal alignment tayar depan dengan belakang bagi kancil. Menurut pengalaman die (bos kedai), kancil yang lebih dari 3 tahun, tak payah buat alignment belakang sebab memang tak boleh nak adjust. Jadi, kalau ade blood sucker yang kate buat alignment belakang kat kancil, tu menipu namenye Sebelum tu, aku suruh buat alignment depan belakang. Disebabkan tayar belakang tak boleh nak adjust (boleh adjust belah kanan je), die tak charge.

*Muriara Bateri dan Tayar terletak di Parit Buntar, berdekatan dengan Pizza Hut Parit Buntar, dan berhadapan dengan pasar basah Parit Buntar.

Sunday, October 24, 2010

solidwork, photoshop, frontpage



Kalau diteliti balik title yang aku buat ni, boleh 'divide'kan tiga software ini kepada tiga profession yang jauh berbeza dan mungkin tiada kaitan langsung antara satu sama lain. Solidwork, Photoshop dan Frontpage.....

Solidwork: Salah satu software yang famous dalam kalangan mat-mat dan minah-minah mechanical engine. selain dari C++, Ansys, Catia, Femhub, dan juga Matlab. Software ni digunakan untuk membuat design dalam bentuk 3D dan menjalankan analisis seperti Stress Analysis dan sebagainya. Dalam tempoh 4 tahun study, mat-mat dan minah-minah mekanikal sudah mampu design segala macam benda bermula dari Hand Held Device, mesin perah kelape, mesin tebu, hinggalah Air Asia A320.



Friday, October 22, 2010

top 10 all time world wide box office movies




#10 : Harry Potter and The Order of Pheonix


Box Office:  USD 937,000,866

Synopsis: With their warning about Lord Voldemort's return scoffed at, Harry and Dumbledore are targeted by the Wizard authorities as an authoritarian bureaucrat slowly seizes power at Hogwarts.

Director: David Yates

Year: 2007

Distributor: Warner Bros. Picture

Rating:  7.3
.........................................................

perihal tidur lambat



Kehidupan sebagai student memang tidak dapat lari dari masalah tidur lambat, sama ada disebabkan oleh faktor kesihatan (insomnia) ataupun sebagai hobi. Selain dari itu, masalah tidur lambat juga adalah disebabkan oleh himpitan kerja yang tak setel-setel, sebulan supervisor mintak proposal tapi sehari sebelum hantar baru teringat, study untuk final exam, buat discussion, hafal rumus, hafal kamus, tengok movie,  tengok drama Korea, main DOTA, belek-belek hfs, dan ade juga yang menikmati malam bulan mengambang sambil dihiasi bintang-bintang berkelipan. 



Tapi, tahu tak bahawa tidur lambat tu mendatangkan kesan negatif pada tubuh badan kita. Antara akibat kekurangan tidur malam ialah:

Tuesday, October 19, 2010

vortex tube competition day



Date: 18th October 2010
Venue: Heat Transfer Lab & Robotic Lab
Judge: Dr Zaza

Last Monday, the vortex tube competition was successfully been held without any problem. There were about 13 teams took part in the competition. Each vortex was tested to check the lowest temperature it can gain by using Thermocouple and pressured air from compressor. Each team was evaluated by Dr Zaza according to the rule he'd made few years back. After a tight competition between these teams,the result of top 6 lowest temperature are as below:
      1. -0.6 degree C ~ team black widow (the winning team)
      2. -0.1 degree C ~ team In Hock
      3. 4.0 degree C ~ team Apit
      4. 4.2 degree C ~ team Epam
      5. 4.5 degree C ~ team Red Scorpion
      6. 6.3 degree C ~ team Jawarian Carrrrrrrrrgggggaaaasssssssss


 Dr Zaza

 
 Dr Zaza

Monday, October 18, 2010

aku pencinta alam: pantai kerachut



Baru-baru ni aku bersama beberapa pencinta alam menyerbu Taman Negara Pulau Pinang yakni Pantai Kerachut. Pantai Kerachut merupakan satu-satunya pantai yang terpelihara dan yang tercantik di Pulau Pinang jika dibandingkan dengan Batu Feringgi mahupun Pantai Queensbay. Kalau di'search' melalui Google map, Pantai Kerachut terletak berhampiran dengan Teluk Bahang atas sedikit selepas Batu Feringgi.

Peta ke Pantai Kerachut, sama ada hiking ataupun melalui laluan air (bot)

Friday, October 15, 2010

langsir baru



Testing..testing...testing

Ok, line clear...beribu-ribu aku habes pasang langsir baru nih...hehh~

Thursday, October 14, 2010

senapang ais = 3.6 degree C



 

Senapang ais yang menjadi kebanggaan group 6: aku, sapuang, jeli dan markusan(bos). Request kpd bos, blanje r technician2 nih. Penat da fabricate senapang ni.Kalau setakat Old Town tu ape r sgt...hehe~

Wednesday, October 13, 2010

the shawshank redemption



     Aku baru habes layan satu-satunya movie yang mendapat rating tertinggi sepanjang zaman yakni sebanyak 9.2 dari total 10 point berdasarkan rating dari viewer di imdb. Movie ini adalah mengisahkan tentang keadaan di sebuah penjara yang diberi nama Shawshank. Segalanya menjadi lebih menarik setelah kehadiran seorang banker yang geliga ke situ setelah didapati bersalah membunuh isterinya yang curang, dan disitu die bertemu Red, lakonan Morgan Freeman. Apa yang menarik mengenai movie ini ialah ia bukan sebuah filem tipikal yang mampu kita predict apa yang akan berlaku seterusnya bagi setiap scene. Nak citer banyak pon tak gune, tengok la sendiri penangan Shawshank Redemption...





vortex tube refrigeration



     
     Vortex tube merupakan salah satu dari cara untuk mendapatkan kesan penyejukan (refrigeration effect) selain dari meletak ais ke dalam kotak ikan. Aku bersama group aku yang terdiri dari Wak Jeli, Sapuang dan Markusan mengambil masa selama 2 hari sahaja untuk fabricate vortex tube ni. Hasilnya. . . . .


 bahan-bahan yang diperlukan: paip pvc, washer, batang mop, skru dan nat, pengikir, gam epoxy, gam pvc, pisau, tape dan juga teh ais bungkus



Tuesday, October 12, 2010

aku seorang Kasasian...[pt 1]




     SMKA Sultan Azlan Shah yang juga lebih dikenali dengan SMKA Bota merupakan sebuah sekolah yang  terletak di pinggir jalan raya menghala Bandaraya Ipoh dan ia dihuni oleh semua warga Kasasian termasuklah pelajar, guru, kerani, pengetua, makcik cleaner mahupun brader kantin. Ke'legend'nan skolah ini bukan shj diukur melalui result pmr dan spm yang sentiase je power, (ntah makan ape la budak-budak ni) ia juga dapat dilihat melalui guru-gurunya sendiri yang 'Legend'.


Saturday, October 9, 2010

berubah alam



     Berubah alam mungkin pada pandangan sesetengah orang bermaksud berubah dari alam kanak-kanak ke alam dewasa, alam tadika ke alam universiti, atau mungkin dari alam roh ke alam dunia. Di sini, perubahan yang menjadi priority ialah berubah dari alam bujang ke alam perkahwinan.


     Pertunangan Chu esok hari mengingatkan aku kepada kawan-kawan aku yang telah berumahtangga tak kire yang nikah dalam negara mahupun di selatan Thai ataupun di Mesir. Terdapat juga yang dah plan tarikh perkahwinan sama ada pada umur 27, 25 ataupun 30, tidak kurang juga yang nak kawen tahun depan sejurus selepas tamat pengajian. Apa-apa pon, selamat berbahagia diucapkan pada yang akan dan telah melangsungkan perkahwinan...
 

Munirah bersama suami


 Naimah bersama suami


     Dah kawen da depa, aku blajaq pon tak hbis lg...adey~

Thursday, October 7, 2010

karok nan barai @ jamuan raye 2010



     Selain dari event Gusti lengan dan Pool, booth karaoke juge tidak kurang hangat menjadi tumpuan para Mechian menunjukkan bakat masing-masing. Bermula dari level pro-karok, pre-karok hinggalah first timer-karok, masing-masing tak mahu ketinggalan menghentam set karok CC Jaya yang separa barai. Di samping itu, booth karok juga berjaya mengeratkan tali silaturahim antara geng2 meche bak kate pepatah "tak kenal maka tak cinta"..ade kaitan ke???


Smapian a.k.a ariel Peterporn

Menunggu giliran 


 Berhajat join Rabbani lepas grad


Most influenced singer in US, Marcus a.k.a Marzuki 


 Shukue de Johorian


 Last but not least....penganjur booth karok


     Selain dari mereka-mereka di atas, turut menyumbangkan suara tetapi tak sempat di'candid' adalah antaranya Mark Yo, Malik Jurit, Shasha, Alip Zubir, Paod, En Jay, serta Faris...Memandangkan sambutan hangat dari Mechian, maka diharapkan booth karok akan dibuka lagi pada jamuan raya haji, raya cina, dan juga raya deepavali


[tiada dalam gamba: Ain, Sareh, Hasif, Chu, nurul husna]

Hope this will not be the last....

Sunday, October 3, 2010

aspura



       Aspura 


       Aspura atau name panjangnye, asrama putera merupakan pot tido bagi kasasian-kasasian yang telah sehari suntuk menelaah dan menghafal segale jenis nota, rumus, alamat rumah, toyol dan segale macam bahan pelajaran demi mendapatkan straight A1 dlm SPM atau secare commonnye lulus semua subjek tanpa sebarang cacat cela.


Bilik Prep

       Disebabkan penghuni2nya yang terlalu taksub dgn pelajaran, maka pihak pentadbiran telah terdesak menyediakan bilik telaah di aspura yakni lebih dikenali sebagai bilik Prep.
       Disinilah para kasasian menghempas dan memulas otak2 mereka untuk mengulangkaji pelajaran, membuat latihan, membuat nota, menyediakan laporan, menjalankan mesyuarat, bermain badminton, bermain futsal, mendengar Palito, mendengar final AF3 yanag mane pada mase tu Mawi menjadi juara dan akibatnya kedengaranlah Aduhai Saleha di tandas2 dan di bilik2 seluruh Kasas pada setiap hari, dan selain dari itu, bilik Prep juga merupakan tempat yang sesuai utk membute setelah penat menelaah.



kasasian= Bermaksud budak kasas atau student kasas atau ahli kasas. Kasas pula merupakan singkatan dari SMKASAS (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah)...



Saturday, October 2, 2010

tragedi malam sabtu...



       11:31pm (approximate)
       Aku yang sedang lena dibuai mimpi tiba2 terjaga dikejutkan oleh panggilan dari Makyo setelah beberapa  kali beliau missed call. Dengan mamai aku menjawab panggilan tersebut setelah dijawab oleh Sapuang. "lan.....bal.....bla.....bla.....kereta....bla.....bla.....rosak....bla....bla.....highway..bla..bla. ..bla..datang tolong ........ beli minyak itam....bla....Yusof Tayoob..." sayup2 kedengaran suara Makyo. Walaupon tak berape paham ape yang cube disampaikan beliau, tapi  aku  assume die perlukan pertolongan. 
       Tanpa lengahkan mase, aku bersama Sapuang memecut AFDal 154 sepantas halilintar menuju highway. Tapi sebelum itu, berdasarkan permintaan Makyo, aku membeli minyak itam/enjin bernilai RM67 dimana RM40 (aku) + RM27 (sapuang) = RM2 (balance) yakni berdasarkan tarif Samivelu, tak cukup pon nak bayar tol Juru. WTH!!!


       12:00pm (appoximate)
       Kelihatan ADB 3753 sedang tersadai di tepi highway tanpa seurat benang pon.Kesian..~. Aku dengan tidak membuang masa memberi minyak itam/enjin tadi kepada Makyo. Berdasarkan keterangan mangsa yakni Shukran, Syukry dan Affi, ADB 3753 telah kehabisan minyak, tapi bukan minyak petrol, minyak HITAM a.k.a minyak enjin. Tak penah dibuat orang minyak hitam leh kering. 
       Malangnya, ADB 3753 masih tidak mahu hidup. Maka, Makyo datang dengan satu solusi, "kite perlukan jumper..."
       Maka, AFDal 154 menjadi wira sekali lagi bergerak dengan halaju cahaye menuju Shell Juru mencari jumper. Sudah jatuh ditimpa tangga, jumper tidak dijual di stesen tersebut. Dengan tekad, kami menuju ke Safira mencari jumper. Mane la tau kalau2 ade jumper teselit antara Abanja, WaRaK mahupun PJD.


       12:20am (appoximate)
       Nasib kami memang bertuah, jumper ditemui tersadai dalam Abanja milik Matrem. Nak dipendekkan cerita, kami teruskan perjalanan berpatah balik ke tempat kejadian. Disebabkan tiada U-turn di tol Batu Kawan, kami berU-turn di tol Jawi. Meter bahan bakar AFDal 154 kelihatan menyala kelip2 menunjukkan bahan bakarnye sedang kekurangan. Mengikut firasat pemilik AFDal 154 yakni, aku, kite jalan je, minyak abes, kite naik bas. Makyo dan Shukran angguk tanda setuju.


       1:05am (appoximate)
       Walaupon dengan bantuan jumper, ADB 3753 masih tidak dapat dihidupkan. Sedang kami asyik berbincang mengenai masalah dunia, hujan mulai turun dengan tiba2. Kami bertapa didalam AFDal 154 dan ADB 3753 selama beberapa ketika sehingga Rudi sampai bersama WaRaK beliau.


       2:04am (appoximate)
       Setelah cubaan menghidupkan ADB 3753 menemui jalan buntu, Makyo menghubungi beberapa kenalan beliau termasuklah Plus Careline, pihak insuran dan juga Samivelu. Tidak lama kemudian, Abanja tiba membawa bantuan makanan serta ubat-ubatan. Semua mangsa dirawat dan diberi makanan.


       3:00am (appoximate)
       Kelihatan trak tunda Plus datang dengan lampu disconya. Seperti hero lagaknya. Dengan tidak membuang masa, ADB 3753 ditunda menuju Plus Juru.AFDal 154, WaRaK, dan Abanja secara perlahan2 mengekori dari belakang.


       3:27pm (appoximate)
       Setelah selesai sesi menangkap gambar (photo-shoot) dan melepas hajat di Plus Juru, kami bergerak pulang meninggalkan ADB 3753 keseorangan di Plus Juru....




      
       4:00am (appoximate)
       Aku kembali tidur dikatil yang empuk dan selesa..... 


       11:50am 
       Sehingga ke pagi ini, nasib ADB 3753 masih belum dapat diketahui.....