Friday, July 29, 2011

bicara puasa#2



Malam ni aku rase agak rajin. Sambil-sambil dengar OST The Borrower Arrietty, anime dari sang taiko kegemaran aku, Hayao Miyazaki. OST yang boleh layan dan sedap didengar.

Lagi kire-kire 2 hari je lagi Ramadhan bakal menjelma. As for me, macam-macam cerite dah aku dengar dari workmate berkenaan dengan puase ni. Bile tibe bulan puase, maka akan tertubuh satu group or persatuan di kilang aku, yakni, "GENG PLASTIK HITAM"..

Geng Plastik Hitam??..Yes, Geng Plastik Hitam. Die macam orang yang jual pirated CD la. Mane ade orang jual pirated CD dalam plastik clear. Semua hitam. Sebab? Nak sorok ape yang ade dalam plastik. Government said: PIRATED CD IS ILLEGAL. Same goes to fasting period, EATING IS NOT ALLOW DURING DAY. So, method plastik hitam digunakan untuk sorok ape yang nak disorok, which is in this case, ermmm boleh fikir sendiri kot..... haha



:
:
:
:
:

Harap aku tak tergolong dalam golongan Geng Plastik Hitam....

Thursday, July 21, 2011

suatu cerita di pagi hari



Pagi ni agak berkabus, atau berjerebu. Aku pon tak pasti sama ada kabus atau jerebu. Seperti pagi-pagi biasa, aku bergerak menuju ke kereta kancil bernombor pendaftaran AFD 154. Panaskan enjin, kibas-kibas pelapik kaki, dan meihat keadaan sekeliling. Lengang. Mungkin ramai yang sudah bergerak menuju tempat kerja masing-masing. Atau mungkin masih dibuai mimpi. ‘Ah, not my concern’. Aku menarik nafas panjang. Menghirup udara pagi. ‘Isk, tak sesegar seperti di Sungkai’. Getus hatiku. ‘Kawasan perindustrian la katakan’.

Kelihatan pintu pagar jiran sebelah terbuka luas. Miss-hot-with-short-skirt dilihat keluar sambil memeluk seekor…. ‘Aw man, anjing ni dah kluar pulak dah!’ bisik hati aku. Bersaiz kecil, berbulu umpama karpet pakistan, berbaju vase dan bertaring tajam. Satu-satunya watak antagonis yang paling dibenci seisi rumah aku. Villain yang suke menyalak dan mengejar macam nak makan orang. Villain yang suke kencing merate-rate termasuklah dekat tayar kereta aku beserta rakan housemate yang lain. What a total badass!

Aku berdiri ditepi kereta. Kalau-kalau si anjing datang nak memancut, seriously aku sembelih buat sup bagi orang Myanmar makan. Kalau die menyalak, aku pijak muke die sampai jadi belacan. Kali ni aku serious. Tatkala Miss-hot-with-short-skirt lalu dihadapan aku, aku usha tajam si anjing. Die balas balik aku punye usha. ‘Grrr, ko ingat ko kuat, hah budak gemok?’ Agaknya ini yang  difikirkan si anjing terhadap aku. Kurang ajar nampaknya si anjing ni.

Aku angkat jari hantu kasi tunjuk sama ini anjing. Dengan tak semena-mena, si anjing melompat turun dari pangkuan Miss-hot-with-short-skirt berlari sambil menyalak sambil tarik muka ketat sambil menjelir lidah. What the heck! ‘Datang sini kalau ngkau anjing jantan!’ aku menjerit dalam hati. 

5 meter. 

4 meter. 

Nak pijak jadi belacan ke nak sembelih buat sup. 

3 meter. 

‘Bring it on wahai syaitan bertopengkan anjing!’ Aku menjerit lagi… Dalam hati. Miss-hot-with-short-skirt buat tidak tahu je dengan anjing beliau yang hilang kawalan ni. 

2 meter.  

 ‘Aisey, nampak ganas lak anjing ni’. Bisik hatiku. 

1 meter. 

Lutut dah mule menggeletar. Peluh dah mula menitik.

Alamak!!

Berdesup aku lari masuk dalam rumah. ‘Cilanat punye anjing’. Dari jauh aku tengok si anjing tengah tersengih-sengih sambil angkat sebelah kaki menghala tayar Goodyear AFD 154 aku. Dan… Bermandikan air kencing lagi kereta aku pagi ni. Aku tengok si anjing buat muka puas sambil tunjuk ‘thumbs down’ padaku. Kurang ajar betul. Serious.


‘Jaga ngkau makhluk kencing..’


‘Esok aku beli klorofom. Aku pengsankan ngkau..’


‘Aku kencing atas muke ngkau….’












**ini hanyalah rekaan semata-mata. takde kaitan dengan yang hidup ataupon yang mati..

bicara puasa #1






Tahun ni, puase bakal jatuh pada 1 Ogos 2011 sekiranya kelihatan anak bulan Ramadhan. 1 Ogos 2011 jugak jatuh pada hari Isnin, yakni, hari bekerja bagi company aku yang sangatla kedekut dalam bab-bab cuti ni. So, melepasla plan aku nak berpuasa pertama dekat rumah. Aiya..

Memang terase best bile dapat puase kat rumah; sahur ramai-ramai, buke ramai-ramai. Bile dah keje ni, tak tahu feel puase aku nanti rase macam mane. Teringat lagi puase time kecik-kecik dulu. Mak kejut bangun sahur. Aku dengan abang aku masuk toilet nak gosok gigi. 5 minit. 10 minit. 15 minit. Tak kuar-kuar. Mak pon masuk toilet tengok. Rupenye; tangan kanan pegang berus gigi, tangan kiri pegang ubat gigi, duduk bertenggung, mate pejam. Haha..

Tu bab sahur, belum masuk bab terawikh lagi. Bile semayang terawikh je, duduk paling belakang sekali. Kire kalau takde dinding, duduk terus kat parking moto sane. Sebab duduk belakng sekali, boleh bersandar sambil sembang pasal baju raye. Bile imam takbir, kitorang tak takbir lagi. Tunggu sampai rukuk, baru kitorang takbir. Habis je 2 rakaat, siap tulis atas karpet berape rakaat lagi kene semayang. Haha..

Memang best kalau terkenang time puase zaman hingusan dulu...

Tak sabar nak berpuase.. :)




Wednesday, July 20, 2011

wordless wednesday #1





Kais pagi makan ikan bilis,

Kais petang makan ikan tuna..

:
:
:
:


Monday, July 18, 2011

movie review: nur kasih the movie






Maybe ramai yang dah tgk movie ni. Aku je yang ketinggalan zaman. Sebulan lagging.. Anyway, malam tadi aku berpeluang menonton Nur Kasih The Movie downloaded version. Impression aku; movie ni bukan sekadar cerite cinta kosong.. It’s a wonderful story..

Ade yang kate cite ni bosan, efek cam tahi, dan sebagainye. Well, lain orang lain pendapat. Lupekan efek keretapi meletup, tembak menembak dan kemalangan kereta. Memang ketinggalan zaman.. Tapi, fokus kat jalan cite, lakonan, skor musik dan sinematografi. Skor music dan sinematografi die memang cantik, as expected from kabir Bhatia. Dari segi lakonan, persembahan yang mantap dari kesemua pelakon. Lihat saja ekspresi wajah Aidil dan Nur yang benar-benar menampakkan kesedihan. Benar-benar sampai ke hati..

Bagi jalan cerite, Kabir menyampaikan cerite dengan skop yang lebih luas: bukan sekadar kisah cinta Adam, Nur, Aidil dan Aliah, tetapi kecintaan kepada keluarga, bangsa, dan yang paling penting, kepada Allah. Episod kesedihan Aidil kehilangan isteri, Nur menjaga Adam yang kesakitan, memang betul-betul menyentuh perasaan. Ditambah skor music yang meruntun jiwa.

Kite tolak tepi kisah cinta Adam, Nur, dan Aidil. Apa yang lebih besar yang cube disampaikan disini adalah; penerimaan Qada’ dan Qadar Allah serta ujian dariNya. Sejauh mane kita sanggup berkorban demi agama. Sejauh mane kite mampu menghadapi ujian dari Allah. Seteguh mane iman kite nak menghadapi cabaran. Hidup ni bukannye sentiasa senang sentiasa seronok, banyak lagi ujian yang bakal kite hadapi. Sedikit sindiran pedas juga pada orang yang bersikap racist dalam penyampaian ilmu.



Akhir kata, It’s one of the greatest malay movie ever made..




**Ending movie ni menyedarkan aku yang kite semua akan menjadi tua, sekiranya panjang umur, dan pergi mengdapNya.

**walaupon efek cam tahi, tapi still lagi best dari Transformer..

Saturday, July 16, 2011

movie review: harry potter and the deathly hallows part 2





Harry potter and the deathly hallows part 2..

Sikit pon tak menyesal tengok kat wayang..

Two thumbs up!!

.........................................................................................

Disebabkan komen paklah berbaur amarah, so aku elaborate sikit aku punye excitement in watching this movie. 

Opening scene, bese la, review sikit Harry Potter and The Deathly Hallows part 1, dan misi harry potter, ron dan hermoine mencari hocrux pon bermule. Nak cter kang, spoiler lak bagi yang nak tengok movie ni.

Anyway, dalam siri harry potter, ni antara yang terbaik. Of course la, kalau ending cam tahi, mau kene baling popcorn. But seriously, score music, effect, cinematography, and storyline…superb!

Scene yang paling best; time Voldemort dan army die try nak pecahkan seal disekeliling Hogwarts… Nicely done..

As I mentioned above, sikit pon TAK nyesal tengok kat wayang movie ni..

It's a must watch movie for this year..

Two thumbs up lagi!!


Monday, July 11, 2011

jom join bloglist ajeyy rawk





Ni 1st time aku buat bende macam ni. It's not bad to be a good blogger..hehe.. Anyway, jom join blog ajeyy rawk..


Sunday, July 10, 2011

weekend aku di Jogjakarta, Indonesia



Depan rumah, ade geng ni..

Belakang rumah, ade geng ni..

Taman permainan, ade geng ni..

Kedai runcit, ade gak geng ni..

Punya la ramai geng-geng Indon kat taman ni..



Weekend aku di Jogjakarta, Indonesia..

Saturday, July 9, 2011

demo BERSIH 2.0





Dah berminggu-minggu kot aku mendengar pasal perhimpunana BERSIH 2.0 ni tapi still tak tau ape yang bisingnye. So, aku pon terpanggil untuk search kat internet perihal BERSIH 2.0 ni. So, search punya search, aku pon jumpa la web page BERSIH (dah kene block da pon).

Ni merupakan lapan tuntutan yang BERSIH buat (credited to Brader Nami):

1.Bersihkan senarai nama pengundi
2.Undi pos biar jangan mengarut sangat
3.Gunakan dakwat kekal
4.Akses media yang adil
5.Tempoh berkempen 21 hari
6.Agensi kerajaan bebas dari parti politik
7.Hentikan rasuah
8.Hentikan politik kotor

So, secara dasarnya, takde pon geng-geng BERSIH tuntut Najib turun kuasa ke, Anwar naik kuasa ke, UMNO kene bubar ke ape ke. Cuma menuntut ketelusan dalam sistem pilihanraya. Tak timbul pon soal guling kerajaan sepertimana yang berlaku kat Mesir mahupon Lubnan. Mungkin kita dah terlalu sangat disuapkan dengan cerita-cerita buruk geng-geng pakatan dalam akhbar dan berita aliran nasional. Aku rasa tak salah untuk ambil tahu view dari kedua belah pihak (e.g. ko bace berita mingguan, bace jugak harakah), then judge sendiri.

Monday, July 4, 2011

my all time favorite movie ever



Ni la die kalau da takde keje sangat. Korang taknak bace?? Ahh, aku peduli ape!

#10: Talentime

My rating: 6.0/10


Tak salah kan minat movie melayu. Pada aku, ni adalah movie Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang paling best dan palinng tacing. Tambahan soundtrack yang masyuk dan meruntun jiwa. Ade satu scene dimana si anak memeluk emaknye yang terlantar sakit kanser. Scene tu memang tacing dan nyaris menitis air mata aku. Ape yang aku suke mengenai movie2 Allahyarhamah Yasmin Ahmad ialah ia tak terikat pada cerite2 biase movie melayu dan ia terase sangat dekat dengan msyarakat kite. Nice banget~


#9: Piretes of the Carribean, The Black Pearl

My rating: 7.8/10


Dalam siri Pirate of The Carribean, movie ni la yang paling best. Sangat nice untuk ditonton sebab ade action, humor dan sebagainye. Nak sembang banyak pon tak gune sebab ramai dah kot tengok movie ni.



#8: Akira

My rating: 7.8/10


Movie yang diadaptasi dari manga Akira. Ape yang buat aku impress berkenaan dengan movie ni ialah, ia dibikin pada tahun 1988, tapi animation die tersangat nice. Mengalahkan mana2 animation movie pada time tu.

Saturday, July 2, 2011

movie review: Transformers, Dark of The Moon






Sequel Transformers yang ketige ni langsung takde improvement dari siri yang lepas. Pada aku, Transformers: Dark of The Moon hanya kencang pada trailer dan of course la CGI effect die yang kababoom. Tapi, dari segi storyline, memang thumbs down. 

Movie ni jugak banyak sangat scene-scene yang meleret dan idea humour yang aku suspect berulang dari siri Transformers yang lalu.

Ade satu scene yang pada aku memang tak leh blah. Scene 1: Sam dengan gelabah nak bagitau pada minister of Defense pasal geng-geng Decepticons. Scene lepas scene 1: Boleh pulak die pegi pulun carik awek die yang merajok ati ngn die. Dua scene yang aku rase tak selari langsung.

Overall, dari segi effect, memang superb, but in term of storyline, sucx. Sorry to say..




Rating: 6.0 / 10

**Lain orang lain pendapat…


Friday, July 1, 2011

dilema alam kerjaya #1



Semalam workmate aku blah dr kilang ni. Die pny plan nk blah da lame da. So, aku pon ape lagi. Lagi betambah membuak-buak rase nak blah dari company ni. Mcm-mcm aku apply da. Tggu kol je. Tu pon kalau depa pandang resume aku r. Hehh..


In the mean time, ade lak offer dari Soon Soon pny engineer merangkap housemate aku. Vacancy dalam mechanical engineer dkt Soon Soon Group bergaji sebyak 2500 abaq ang. Interested tu memang r. Masalahnye, bukan dkt Penang, tapi, Klang. Area yang aku rase agak serabut utk bina hidup kt sane.

Da ade peluang tu rembat je la…

Tapi kalau bleh aku nak belah utara je…

Am I being paranoid? Or am I being close-minded? Hmm. Maybe Klang takde la terok sangat? Maybe aku patot ubah angin? Asyik kat belah utara je, try lak merantau belah selatan. Hmmm

Tadi aku baru sembang sembang dengan brader Wan (planner yang byk ajar aku psl keje kat sni). Nak senang citer, tadi punye sembang ade berbaur nasihat r.

Tetibe lak rase macam nak layan je keje ni setaun dua. Aiyak! Mane satu ni? Nak pi Soon Soon ke atau nak layan je dulu keje ni..... hmm