Thursday, November 25, 2010

bayan lepas 6:40 am





Seawal pukul 6 pagi, aku bertolak ke airport Bayan Lepas. Tujuan utama, nak hantar member aku ni balik JB. Tiket pulak pkul 6.30 pagi. Kalau nak drive 70 sambil-sambil tengok view pagi matahari terbit  dengan burung-burung kuar sarang, memang tak sempat. Mula dari parking kereta USM, aku terus tekan minyak full. Takde mase da nak borak-borak tanye semalam makan ape, hari raye aritu pakai baju ape, adik bradik bape orang. Takde mase da. Terus je pecut. 

Kondisi AFD 154~660cc bile didrive selaju 120 kmph secare constant, seluruh body termasuk seat akan bertukar menjadi mesin urut Ogawa~urutan melalui getaran. Kalau laju lagi, keta ni akan terbang tinggi. Produa (bukan name sebenar) memang buat model ni 2-in-1 : atas jalan dan kat udare.

Sampai airport Bayan Lepas, jam da pkul 6.40 pagi. Aku berkira-kira, agakye da terbang kot plane budak ni. Sambil menunggu di parking yang ade tulisan "taxi only", aku berfikir sejenak. Tiba-tiba...

"Plane ade lagi, ko gi r balik"..mesej masuk.."ok" aku reply

Aku fikir, kalau da telepas flight, aku hantar die pi airport Butterworth je. Ade banyak plane petak-petak tayar 8 yang free...

Tuesday, November 23, 2010

kisah marzuki, mutalib dan . . .



Mesin basuh Mak Limah memang selalu busy. Tak kire pagi, petang, siang mahupun malam, sentiase aje ade malaun-malaun yang dambakan perkhidmatan mesin basuh Mak Limah. Mane taknye, senang lagi menyenangkan. Masuk duit syiling 2 3 kupang,  tekan-tekan, mesin jalan. Isap rokok 2 3 4 batang, baju da siap basuh. "As easy as A B C " bak kate Mak Limah sambil tersenyum girang melihat sambutan hangat mesin basuh beliau. 

.....................................................................

Pagi tu memang sejuk. Kabus tebal masih belum hilang. Matahari masih belum mahu menampakkan sinarnya. Tenang. Nyaman. Memang kombinasi yang sesuai untuk berselimut. Samar-samar kelihatan seorang pemuda berjalan sambil terbongkok-bongkok di koridor aras 1.Marzuki bin Muta'al nama diberi. Tangan kanan beliau memegang baldi yang sarat dengan muatan pakaian beliau. Tanpa menoleh ke kanan ke kiri, Marzuki terus menghayun langkah menuju ke mesin basuh Mak Limah yang terletak di bilik pantri aras bawah. Langkah beliau besar-besar dan laju-laju. Seperti dikejar hantu gayanya.

Selaku senior di hostel itu, Marzuki sudah masak benar dengan jadual penggunaan mesin basuh Mak Limah. Mak Limah tak penah bagi pun jadual kepada Marzuki, tetapi Marzuki memang bijak. Tatkala semua orang sedang nyenyak dibuai mimpi, beliau mengorak langkah seribu meng'conquer' mesin basuh Mak Limah. 

Friday, November 19, 2010

bandaraya Sungkai 2018?



Baru-baru ni aku dapat tau pekan Tapah, eh silap, mantan-pekan Tapah dah dinaik taraf jadik Bandar Baru Tapah. Atas dasar ape kenaikan pangkat tu aku pon tak pasti. Mungkin disebabkan pembinaan UiTM Tapah barangkali ditambah pula dengan MRSM Tapah.


Majlis perasmian oleh YAB Zambry

Selaku jiran tetangga Bandar Baru Tapah, mungkin Sungkai juga akan dinaik taraf menjadi Bandar Baru juga suatu hari nanti.

Atau mungkin,

Bandaraya Sungkai 2018?

siapa tahu..

Monday, November 15, 2010

angkara sambal



Jam: 8.00++ pagi
Tempat: Kedai Pak Halim

"sedap jugak sambal nasik lemak nih" getus hati aku tatkala menyuapkan nasik goreng bersama sambal nasik lemak. Merah-merah manis-manis dan pedas ala-ala tak pedas. Memang kena dengan selera aku. Sesuap demi sesuap aku sauk sampai licin pinggan Kedai Pak Halim. 

"fuhh..puas.."


Jam: 10.30++ pagi
Tempat: Dewan Peperiksaan Baru
Paper numerical tinggal 1/2 jam

"adoi.....perot sakit..........s...a...m...b..a...l................dem!!"


Saturday, November 13, 2010

hilangkan tension korang



Selepas ditala dengan 3 hari exam paper berturut-turut  tanpa belas kasihan, kepale pon da naik berasap,  malam tadi aku tibai siri One Piece sampai meleleh air mate. Tapi agak-agak r kalau nk relek pon, study kene study gak. Paper 2 jam "Numerical Method" hari isnin nanti mampu mengundang amukan geng-geng Mekanik 4th year dalam dewan pekse nanti sape nak jawab. 

Pape hal pon, jangan tension-tension, jangan hantuk kepale ke dinding, jangan gigit kerusi meja, kite tenang-tenang aje. Relekkan minda, bacelah cerite-cerite lawak yang aku kutip dari blogger2 len...adios~

Friday, November 12, 2010

paper #3




Subject : Engineering Management
Date : 12 Nov 2010
Time : 3.00 pm till 6.00 pm
Venue : Main Hall, USM Eng. Campus
Comment : Orang tua2 kate, kalau da amek subjek ni, korang da boleh bukak bisnes da. Aku ingat nak bukak bisnes macam Syed Mokhtar Al Bukhary time cuti sebulan nih, orite x?..

Thursday, November 11, 2010

paper #2




Subject : Ergonomic
Date : 11 Nov 2010
Time : 2.15 pm till 5.15 pm
Venue : Main Hall, USM Eng. Campus
Comment : Paper ni bukan macam paper Ekonomi walaupon name dua ekor ni cam adik-beradik len mak len bapak. Kalau tengok past year, bentuk lebih kurang same je tiap2 taun tambahan lagi ni paper open book, so, cemas2 tu kurang sket. Mintak2 jgn buat surprise macam paper semalam sudah (sampai garu kepale pon tak sempat).

Wednesday, November 10, 2010

paper #1




Subject : Refrigeration and Air Conditioning
Date : 10 Nov 2010
Time : 9.00 am till 12.00 pm
Venue : Main Hall, USM Eng. Campus
Comment : Unexpected question!! 70% je yakin..adoi!

Sunday, November 7, 2010

inception




A magnificent work by Christopher Nolan. 2 thumbs up!!


Leonardo Dicaprio and the super cute, Ellen Page



** Nak citer banyak pon tak gune, tengok sendiri r weh..

Saturday, November 6, 2010

lari-lari anak



Bangun pagi ni je aku da pasang niat nak joging satu USM. Ntah mimpi ape ntah malam tadi pagi-pagi nak joging. Bangun je Subuh, takde cakap banyak da, aku tros mandi, gosok gigi, kumur-kumur, potong kuku, sikat rambut, pakai baju, pakai kasut, tros je lari. Bak kate pepatah "time is gold". Takde mase da nak tegur-tegur roomate. Tros je lari.

Belom sampai lap#1, tibe-tibe pulak perut sakit. Macam nak kuar anak rasenye. Adusss.. Bende macam ni tak boleh dibiar je. Aku pon buat u-turn maut setibenye dekat round-a-bout depan cafe Jaya. Destinasi: bilik menunggu cafe Jaya.

.............................................................. 

Fuhh..lega....

Err...malas la pulak nak sambung lari...

Ciss!

Tuesday, November 2, 2010

study oi study



Nak exam dah ni, study la woi. Begholoh je keje..


Kroihh...kroihh..



The hell?? cam kate diri sendiri je..ciss!

Monday, November 1, 2010

perihal toyol



Yang mana satu kite istilahkan sebagai 'toyol'??


 Yang ni (alahai comelnye toyol ni)? 


ATAU



Yang ni?


"Tak grad budak-budak ni kalau takde toyol.." 
~Shaffuan Shidun~